KUALA LUMPUR: Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (CIDB) telah melaksanakan 1,528 operasi penguatkuasaan di tapak pembinaan di seluruh negara dari Januari hingga April tahun ini.
Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan berkata daripada jumlah itu 169 operasi dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur.
"Operasi tersebut dijalankan bukan untuk menyusahkan kontraktor tetapi bagi melindungi keselamatan dan kesihatan pekerja serta memastikan bangunan yang dibina betul-betul kukuh dan selamat," katanya kepada pemberita selepas menyertai operasi tapak pembinaan di Bandar Baru Sri Petaling di sini hari ini.
Mengenai operasi hari ini, beliau kata ia bermula pada 9.30 pagi melibatkan 160 pegawai penguat kuasa daripada sembilan agensi termasuk Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerja (JKKP) dan Jabatan Kesihatan.
Menurutnya pelbagai kesalahan dikesan dalam operasi itu termasuk bahan pembinaan tidak memiliki piawaian ditetapkan oleh CIDB yang berpotensi membahayakan keselamatan pekerja dan bangunan.
"Lapan tempat pembiakan nyamuk Aedes turut ditemui selain sampah sarap bertaburan yang memudaratkan kesihatan pekerja di tapak pembinaan," katanya.
Ahmad berkata kawasan pembinaan terbabit telah diarahkan memberhentikan operasi selama 14 hari melalui notis pemberhentian kerja yang dikeluarkan di bawah Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan (Akta 520) atas pelanggaran berkenaan.
Dalam pada itu, beliau mengingatkan kontraktor tapak pembinaan agar sentiasa merujuk laman web CIDB bagi mengetahui jenis kursus peningkatan profesionalisme untuk mengelakkan berlakunya kesalahan berkaitan SOP tapak pembinaan.
"CIDB sentiasa mengadakan kursus dari semasa ke semasa. Justeru, kontraktor dan pekerja tapak pembinaan tidak boleh kata mereka tidak tahu kewujudan perkara yang boleh dikenakan kompaun dan sebagainya," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
Ahmad berkata daripada jumlah itu 169 operasi dilaksanakan di sekitar Kuala Lumpur. - Gambar fail/Bernama
ATF 2025: ASEAN setuju jadikan Australia sebagai rakan dialog baharu pelancongan
Kerjasama itu berupaya mengenal pasti produk-produk pelancongan yang berpotensi di seluruh negara anggota ASEAN untuk dipromosikan di Australia.
Florentino Perez dipilih semula sebagai Presiden Real Madrid hingga 2029
Ahli perniagaan berusia 77 tahun itu menang tanpa bertanding selepas memulakan proses pemilihan awal bulan ini.
Seorang maut, lima cedera parah dalam kemalangan di Batu Pahat
Seorang maut manakala lima lagi cedera parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan di Taman Bahagia, Jalan Ayer Hitam-Kluang, di sini, malam tadi.
Bandar di sempadan Mexico kekal tenang menjelang pelantikan Trump
Bandar-bandar di sempadan Mexico kekal tenang sehari sebelum pelantikan Donald Trump sebagai presiden Amerika Syarikat (AS) ke-47.
Pendidikan: China lancar pelan bina negara pendidikan kukuh 2035
China telah melancarkan pelan tindakan nasional pertama untuk membina sebuah "negara pendidikan kukuh" menjelang tahun 2035.
Trump janji batal beberapa perintah eksekutif Biden selepas angkat sumpah
Menurut laporan media AS, Trump dijangka menandatangani lebih 100 perintah eksekutif pada hari pelantikannya.
Western Australia destinasi baharu pilihan rakyat Malaysia untuk percutian keluarga
Perth sebagai sebuah ibu kota Australia Barat atau lebih dikenali sebagai Western Australia kini muncul sebagai destinasi popular bagi rakyat Malaysia yang mencari pengalaman percutian santai.
AWANI Ringkas: Seorang lelaki direman kes pukul OKU di pasar tani
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jangan beri tekanan, Biar siasatan selesai - Armizan
Semua pihak dinasihat tidak mencetuskan spekulasi berhubung penjualan sandwic dengan label ham and cheese yang dijual di beberapa premis dalam Universiti Malaya (UM), baru-baru ini.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, adalah lebih baik tidak diberi tekanan kerana proses siasatan masih berjalan.
Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Armizan Mohd Ali berkata, adalah lebih baik tidak diberi tekanan kerana proses siasatan masih berjalan.
Agenda AWANI: Memperkasa tadbir urus masa depan keselamatan negara
Diskusi mengenai ancaman baharu jenayah siber dan keselamatan dalam talian serta strategi memperkasa tadbir urus sektor keselamatan melalui penganjuran Asia International Security Summit & Expo (AISSE'25) dalam Agenda AWANI 8.30 malam ini.
DBKL perlu ambil tindakan tegas penganjuran Havoc Food Festival - Nik Nazmi
DBKL diharap dapat mengambil tindakan tegas ke atas penganjur Karnival Havoc Food Festival kerana tidak menghentikan penganjuran walaupun telah diarah berbuat demikian.
DBKL arah henti penganjuran Havoc Food Festival di Setapak
Penganjuran Karnival Havoc Food Festival yang diadakan di tempat letak kereta Sama Square di Setapak sejak 9 Jan dan dijangka tamat esok (12 Jan), diarah dihentikan bermula hari ini.
PM Anwar gesa DBKL baiki kawasan perniagaan uzur di sekitar Jalan Masjid India
Perdana Menteri meminta DBKL untuk turun padang meninjau kawasan perniagaan yang usang, uzur di sekitar Jalan Masjid India.
PA Desa Rejang: Satu lif beroperasi, dua lagi dalam proses penggantian - Zaliha
Satu daripada tiga lif di Blok D Perumahan Awam (PA) Desa Rejang yang sebelum ini mengalami kerosakan sudah pun diperbaiki dan boleh digunakan.
Jalan Masjid India dibuka sepenuhnya kepada orang awam - Datuk Bandar
Jalan Masjid India di sini yang terlibat dengan insiden tanah jerlus Ogos lepas, dibuka sepenuhnya kepada orang awam hari ini.
Proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula - DBKL
DBKL menerusi kenyataan memaklumkan proses penggantian lif di PA Desa Rejang telah bermula secara berperingkat oleh kontraktor yang dilantik.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Isu papan tanda: Penguatkuasaan dilaksana untuk pastikan peraturan dipatuhi - Dr Zaliha
Tindakan penguatkuasaan terhadap papan tanda premis perniagaan yang tidak menepati undang-undang dibuat bukan atas desakan mana-mana pihak atau individu.
Papan tanda: Hormati peraturan sedia ada - Abdul Karim
Semua pihak diminta untuk menghormati peraturan serta undang-undang sedia ada mengenai penggunaan bahasa tertentu pada papan tanda.
Papan tanda: Tindakan penguatkuasaan untuk pastikan peniaga patuhi peraturan - DBKL
DBKL menegaskan tindakan penguatkuasaan peraturan papan tanda yang dijalankan di sekitar ibu negara baru-baru ini bertujuan memastikan premis perniagaan mematuhi undang-undang kecil yang ditetapkan.