"Saya sanggup memasuki 'kehidupan istimewa' murid-murid, asalkan mereka menjadi orang berguna dan punyai masa hadapan."
Ia antara kata-kata magis seorang guru yang berhadapan dengan kanak-kanak berkeperluan khas di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir, di sini, hingga mampu melahirkan ramai murid berjaya, terutama dalam bidang sukan.
Ahmad Shabri Mohd, 40, berkata ada yang menganggap apa yang dilakukannya adalah mudah, dengan hanya menonton video, menyanyi, dan menari bersama murid, tetapi hakikatnya ia memerlukan masa yang panjang terutama pelajar yang tidak mahu meneroka bidang akademik.
"Saya tidak mahu paksa mereka untuk belajar. Ada waktunya mereka enggan belajar dan bermain, jadi saya akan ikut main bersama mereka. Saya mahu mereka belajar dalam suasana yang gembira," katanya ketika ditemui Bernama, di sini hari ini.
Penerima Anugerah Guru Cemerlang Pendidikan Khas 2018 peringkat negeri itu telah 13 tahun mengajar kanak-kanak yang mempunyai pelbagai masalah termasuk pendengaran, 'Attention Deficit Hyperactivity Disorder' (ADHD), autisme, 'cerebral palsy' dan terencat akal.
Ahmad Shabri berkata minat menjadi guru pendidikan khas timbul setelah menyertai kerja sukarelawan membantu Orang Kelainan Upaya (OKU), dan walaupun mengetahui ia bukan suatu yang mudah, namun tiada yang lebih membahagiakannya apabila melihat pelajarnya menjalani kehidupan biasa seperti kanak-kanak lain.
Selain mengajar subjek Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (PJPK), Matematik dan Bahasa Inggeris, beliau turut menghabiskan masanya di padang, melatih anak-anak murid yang berpotensi dalam bidang olahraga.
Boleh dikatakan kehidupan seharian Ahmad Shabri banyak dihabiskan bersama anak-anak muridnya, memandangkan pada sebelah pagi hingga tengah hari beliau menghabiskan masa dalam kelas, manakala pada sebelah petang masanya dihabiskan melatih anak-anak murid di padang.
"Melatih mereka di padang pun satu satu cabaran juga. Kalau kanak-kanak biasa mudah faham arahan kita. Tetapi kanak-kanak berkeperluan khas ini kadang-kadang lebih dari 10 kali arahan diberi, mereka tetap tidak boleh ikut. Itu memang memerlukan kesabaran yang tinggi," katanya.
Selain itu antara cabaran yang perlu dihadapinya adalah meyakinkan ibu bapa, untuk melepaskan anak-anak berkeperluan khas mereka untuk aktif dalam olahraga.
"Ada ibu bapa yang dia tidak yakin anaknya boleh buat (olahraga). Segelintir ibu bapa juga yang tahu anaknya berbakat tetapi risau untuk melepaskan anaknya, kerana bimbang keselamatan mereka di padang.
"Ada (ibu bapa) yang kita (guru) boleh pujuk, kita pujuk, yang tidak boleh pujuk kita tidak mampu berbuat apa-apa," katanya.
Ahmad Shabri mengakui pernah terfikir untuk berhenti dari melatih murid-murid dalam olahraga kerana kekangan masa bersama keluarga, tetapi hasrat itu terbatal apabila beliau memandang anak-anak didiknya.
"Bila hendak berhenti saya tengok mereka, dan saya risau jika mereka dilatih orang lain. Mereka bukan seperti kanak-kanak biasa, mungkin jurulatih lain tidak boleh sabar dengan kerenah mereka," katanya.
Antara anak didiknya yang mencapai kejayaan membanggakan adalah Nur Hidayah Mohd Izaha, 14, yang memenangi Peserta Terbaik Kategori Pembelajaran-Perempuan dalam Kejohanan Olahraga Pendidikan Khas Kebangsaan 2018.
Nur Hidayah yang mempunyai masalah pembelajaran berkata Ahmad Shabri adalah orang pertama yang menyedari bakatnya dalam bidang olahraga, ketika beliau berumur lapan tahun.
"Cikgu Shabri latih saya di padang dengan penuh kesabaran. Sehingga kini pun apabila telah memasuki sekolah menengah, saya tetap mahu dilatih oleh beliau, dan tidak mahu orang lain melatih saya," kata pelajar tingkatan satu itu yang menganggap Ahmad Shabri seperti ayahnya sendiri. -- Bernama
Bernama
Thu May 16 2019
Ahmad Shabri berjenaka dengan anak-anak muridnya yang berjaya menjawab soalan dengan betul di Sekolah Kebangsaan Kompleks Seberang Takir baru-baru ini. - BERNAMA
Malaysia perkasa syarikat pemula, pacu penyelesaian inovatif - Chang
Malaysia akan berusaha memperkasakan syarikat pemula dengan memudahkan kerjasama dan menggalakkan penyelesaian inovatif yang lebih komersial.
Thailand sokong Malaysia sebagai tuan rumah AIPA ke-46 - Johari
Perhimpunan Agung Antara Parlimen ASEAN (AIPA) ke-46 yang bakal dianjurkan di Kuala Lumpur, ibu negara Malaysia telah mendapat sokongan yang amat baik dari Thailand.
Malaysia sasar perkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN di Bangkok
Malaysia menyasar untuk memperkukuh hubungan digital pada Mesyuarat Menteri Digital ASEAN (ADGMIN) kelima yang akan berlangsung dari 15 hingga 17 Jan, 2025 di Bangkok, Thailand.
Malaysia perlu rebut peluang peluang perdagangan luar untuk imbangi halangan perdagangan AS
Malaysia perlu mempelbagai rakan dagangan dan tidak bergantung sepenuhnya kepada sumber perdagangan tunggal, untuk mengukuhkan ekonominya.
Singapura perkenal kod amalan untuk aplikasi bagi meningkatkan keselamatan dalam talian
Kategori kandungan berbahaya yang dikenal pasti termasuk kandungan seksual, keganasan, bunuh diri dan mencederakan diri.
Tidak 'janji bulan bintang' MTBC usaha beri penghargaan sewajarnya
Mohd Najeeb menegaskan beliau sentiasa percaya terhadap kemampuan pemain terutama dengan jadual padat menanti mereka sepanjang tahun ini.
Perjanjian Gencatan senjata di Gaza dimeterai, mula Ahad ini
Rundingan gencatan senjata telah mencapai persetujuan berperingkat pada Rabu untuk menamatkan perang di Gaza antara Israel dan Hamas.
PM Palestin seru tindakan tamatkan pendudukan Israel
Mustafa berkata masyarakat antarabangsa mesti ambil tindakan konkrit dan tidak boleh diubah terhadap Israel untuk laksanakan penyelesaian dua negara.
Malaysia, UK optimis peroleh penyelesaian isu Gaza secepat mungkin
Anwar berkata perkara itu dibincangkan semasa pertemuan dengan rakan sejawatnya Sir Keir Starmer di No. 10, Downing Street, London, pada Rabu.
Pengharaman TikTok: Aplikasi RedNote jadi tumpuan pengguna AS
Pengguna di China mengalu-alukan pengguna baharu dari Amerika Syarikat dan bertukar pendapat mengenai topik seperti makanan dan pengangguran belia.
Cikgu Ahmad Shabri dedah rahsia sentiasa disayangi murid pendidikan khas
Hakikatnya, tugas ini memerlukan masa yang panjang terutama apabila membabitkan pelajar yang tidak mahu meneroka bidang akademik.