KUALA LUMPUR: CIMB Islamic Bank Berhad (CIMB Islamic) menjalinkan kerjasama strategik bersama Yayasan Waqaf Malaysia (YWM) dan Yayasan Belia Malaysia (YBM) dengan melancarkan program iTEKAD CIMB Islamic Rider Enterpreneur bagi edisi kedua menerusi konsep wakaf bertempoh.
Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff berkata: “Kami menyedari akan kepentingan Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur, di mana ia menyalurkan bantuan geran motosikal dan peluang pekerjaan sebagai penghantar makanan Foodpanda kepada para peserta yang terdiri daripada komuniti asnaf dan golongan B40, di samping memberi latihan kemahiran keusahawanan demi meningkatkan taraf hidup mereka.”
Mengulas lanjut, beliau berkata, sejumlah RM300,000 telah disumbangkan oleh CIMB Islamic bersama YWM sebagai dana pemula bagi usaha membantu komuniti asnaf dan golongan asnaf B40 demi menjana punca pendapatan yang lebih stabil dan mampan.
Jelasnya, komitmen itu sejajar dengan matlamat iTEKADyang mengutamakan penggunaan instrumen kewangan sosial Islam seperti wakaf, zakat dan sedekah.
“Kami telah banyak belajar menerusi program kali pertama iaitu dari segi pemantauan dan latih peserta. Di sebalik itu, apa yang paling penting adalah penggunaan konsep Wakaf Muaqqat (iaitu Wakaf Bertempoh) di mana motosikal yang diberi akan dijanakan melalui dana wakaf.
“Dalam pada itu, jika peserta yang telah tamat tempoh latihan selama 12 bulan menunjukkan komitmen yang bagus, kami akan hibahkan motosikal tersebut kepada peserta,” katanya kepada Astro AWANI.
Beliau berkata demikian selepas Majlis menandatangani perjanjian kerjasama program iTEKAD CIMB Islamic Rider Enterpreneur edisi kedua antara CIMB Islamic, Yayasan Waqaf Malaysia dan Yayasan Belia Malaysia di Menara CIMB, pada 17 Ogos 2022.
Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwah Agama), Datuk Ahmad Marzuk Shaary.
Turut hadir, Pengerusi CIMB Islamic Datuk Mohamed Ross Mohd Din, Pengerusi Yayasan Belia Malaysia Datuk Dr Suhaimi Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Waqaf Malaysia Prof Dr Amir Shaharuddin dan Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Belia Malaysia Datuk Mustapa Othman.
Mengulas lanjut, Ahmad Shahriman berkata, setelah tamat tempoh penempatan kerja satu tahun mereka bersama Foodpanda Malaysia, mereka akan diberikan pilihan untuk meneruskan pekerjaan mereka dengan Foodpanda Malaysia ataupun menjadi usahawan sepenuhnya.
“Mereka yang memilih untuk memulakan perniagaan selepas tamat tempoh komitmen selama setahun itu akan mendapat akses kepada program latihan keusahawanan CIMB MicroBiz Ready dengan kemudahan pembiayaan mikrokhas, serta Program Keusahawanan Taylor’s-CIMB Islamic yang menawarkan geran perniagaan.
“Di samping itu, kemudahan perusahaan mikro BNM (MEF) termasuk geran-geran lain, serta pembiayaan perusahaan kecil dan sederhana yang ditawarkan oleh CIMB Islamic juga tersedia untuk membantu pemilik perniagaan merealisasikan aspirasi keusahawanan mereka,” katanya.
Sementara itu, seorang peserta yang terlibat dalam program tersebut, Siti Fauziah Osman, suri rumah berusia 42 tahun, berkongsi pengalaman dan meluahkan rasa syukur kerana program iTEKAD CIMB Islamic Rider Entrepreneur ini telah banyak membawa perubahan positif terhadap diri dan keluarganya.
“Setelah saya menyertai program ini, pendapatan saya semakin bertambah meskipun secara minimum saya diberikan RM1,000, ia mampu membantu meningkatkan pendapatan saya ke RM2,000 hingga RM3,000. Jadi, serba sedikit ia dapat menampung kehidupan kami sekeluarga selama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan pelbagai bebanan yang perlu dibayar. Saya berasa sangat bersyukur kerana program anjuran CIMB Islamic ini memberi sinar baharu kepada kehidupan saya," katanya.
Nordin Karni, 41, bekas pemandu van sekolah pula berkata beliau menyertai program itu setelah hilang punca pendapatan ketika pendemik dan kini menjadikan kerjaya penghantar makanan sebagai sumber pendapatan tetapnya.
“Apabila saya dapat tahu mengenai program ini menerusi aplikasi WhatsApp dan semenjak saya sertai program ni, pendapatan saya menjadi semakin stabil, lebih baik dan kehidupan saya juga teratur, Alhamdullilah, syukur,” katanya.
Sempena Bulan Kemerdekaan dan sejajar dengan proposisi jenama baharu CIMB Group, ‘Melangkah Ke Hadapan Bersama’, CIMB Islamic kekal komited untuk terus menyokong inisiatif iTEKAD anjuran Bank Negara Malaysia bersama-sama rakan programnya dalam usaha untuk memperkasakan ekonomi yang lebih mampan untuk kesemua para peserta.
Ini adalah sejajar dengan pengantaraan berasaskan nilai (VBI) BNM, di mana hasil shariah yang dihasratkan disalur kepada inisiatif yang menjana impak positif ke arah ekonomi dan masyarakat yang mampan.
Eton Khir
Mon Aug 22 2022
![CIMB Islamic Bank bantu golongan asnaf, B40 menerusi Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Enterpreneur Edisi Kedua CIMB Islamic Bank bantu golongan asnaf, B40 menerusi Program iTEKAD CIMB Islamic Rider Enterpreneur Edisi Kedua](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-08/71660798919_TBcimb.jpg)
Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Haji Ahmad Marzuk Shaary (tiga dari kiri) dan Ketua Pegawai Eksekutif, CIMB Islamic, Ahmad Shahriman Mohd Shariff (empat dari kiri) di majlis menandatangani perjanjian.
![PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718803228_LogoPDRM.jpg)
PDRM umum pertukaran 36 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 36 pegawai kanannya berkuat kuasa 10 Mac.
![Tular, Antoine Griezmann tukar jersi Atletico dengan kad pokemon Tular, Antoine Griezmann tukar jersi Atletico dengan kad pokemon](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739161312_tbgriezmannkadpok.jpg)
Tular, Antoine Griezmann tukar jersi Atletico dengan kad pokemon
Bintang Atletico Madrid, Antoine Griezmann, tular kerana menukar jersi yang dipakai perlawanan dengan beberapa kad Pokemon.
![Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738922820_TBTHAIPUSAM.jpg)
Polis beri jaminan keselamatan, trafik lancar pada sambutan Thaipusam di Batu Caves
Polis Diraja Malaysia (PDRM) memberi jaminan keselamatan dan kelancaran trafik pada sambutan Thaipusam esok susulan penugasan anggota di sekitar Batu Caves dekat sini dilaksanakan secara 24 jam.
![Khazanah Nasional berada di landasan tepat Khazanah Nasional berada di landasan tepat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739165303_DrAimiZulhazmyAbd.jpg)
Khazanah Nasional berada di landasan tepat
Selepas 32 tahun, Khazanah telah menunjukkan kecemerlangan untuk muncul sebagai dana kekayaan negara terbaik dengan pulangan sebanyak 24.6 peratus.
![Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739160811_MohdMisuariAbdulla.jpg)
Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.
![Bangkai kucing dibuang SPCA kerana tiada tempat pelupusan khas - JPVPP Bangkai kucing dibuang SPCA kerana tiada tempat pelupusan khas - JPVPP](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739015449_JPVPP.jpg)
Bangkai kucing dibuang SPCA kerana tiada tempat pelupusan khas - JPVPP
Sepuluh bangkai kucing yang ditemukan berbungkus dalam plastik hitam di tempat pembuangan sampah di Jelutong didapati dibuang oleh SPCA Pulau Pinang.
KDN jamin keselamatan negara terkawal
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata pihaknya komited dalam memastikan keselamatan rakyat berada pada tahap tertinggi, seiring dengan cabaran keselamatan yang semakin kompleks.
Latihan pengawal keselamatan, polis bantuan ditambah baik
Menurut Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail modul latihan sedia ada yang dikendalikan oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan dikaji semula bagi memastikan ia sejajar dengan cabaran keselamatan semasa.
![Mayat pelajar jatuh sungai bersama motosikal ditemukan lemas Mayat pelajar jatuh sungai bersama motosikal ditemukan lemas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739163266_TBpelajarlemasmay.jpg)
Mayat pelajar jatuh sungai bersama motosikal ditemukan lemas
Mayat pelajar yang dipercayai terjatuh bersama motosikal ke dalam Sungai Padang Terap, Chegar ditemui lemas, pada Isnin.
Hari Pers Indonesia: Prabowo seru media ada nilai integriti
Beliau menggesa pengamal media untuk mengutamakan kepentingan negara, kerajaan dan rakyat, serta berwaspada terhadap sebarang usaha untuk memanipulasi pandangan awam melalui pengaruh kewangan.
![CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/41739073324_tbCIMBSATUPEMIMPI.jpg)
CIMB peruntuk RM3.6 juta buat 9,000 penghuni empat PPR
CIMB Group Holdings Berhad (CIMB) memperuntukkan RM3.6 juta menerusi program Satu Pemimpin Satu Kampung (Santuni MADANI) bagi membantu lebih 9,000 penghuni daripada empat Projek Perumahan Rakyat (PPR)
![Aktiviti belian saham pada harga rendah dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi Aktiviti belian saham pada harga rendah dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Aktiviti belian saham pada harga rendah dorong Bursa Malaysia ditutup tinggi
Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini berikutan aktiviti belian saham pada harga rendah yang berterusan susulan penjualan besar-besaran baru-baru ini.
![U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-01/41736923053_CIMBUmobile.jpg)
U Mobile, CIMB meterai MoU biaya pelancaran rangkaian 5G seterusnya
CIMB telah menyediakan pembiayaan RM1.2 bilion pada 2021, dinaikkan kepada RM1.4 bilion pada 2023.
![Bursa Malaysia ditutup rendah susulan prestasi dagangan bercampur-campur di pasaran serantau Bursa Malaysia ditutup rendah susulan prestasi dagangan bercampur-campur di pasaran serantau](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732694445_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia ditutup rendah susulan prestasi dagangan bercampur-campur di pasaran serantau
Bursa Malaysia gagal mengekalkan momentum pembelian sepanjang hari dan ditutup pada paras terendah intra hari disebabkan jualan pada saat akhir dagangan bagi beberapa kaunter wajaran tinggi.
![KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-09/51725606563_KualaLumpur.jpg)
KDNK 2025 Malaysia dijangka kekal stabil pada 5 peratus - CIMB Securities
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia dijangka kekal stabil pada kadar lima peratus pada 2025, selaras dengan sasaran kerajaan antara 4.5 dan 5.5 peratus, menurut CIMB Securities Sdn Bhd.
![FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732694445_BursaMalaysia.jpg)
FBM KLCI turun bagi hari kedua berturut-turut susulan tekanan luar
FBM KLCI meneruskan penurunannya bagi hari kedua berturut-turut hari ini apabila sentimen pasaran terus menerima tekanan akibat daripada peningkatan risiko luar.
![Bursa Malaysia dibuka tinggi Bursa Malaysia dibuka tinggi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81704944594_BURSAMALAYSIA.jpg)
Bursa Malaysia dibuka tinggi
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) berada pada 1,628.54, naik 3.07 mata daripada 1,625.47 semalam.
![Bursa Malaysia naik bagi hari keenam, IK raih 0.28 peratus pada akhir dagangan 2024 Bursa Malaysia naik bagi hari keenam, IK raih 0.28 peratus pada akhir dagangan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia naik bagi hari keenam, IK raih 0.28 peratus pada akhir dagangan 2024
Indeks petunjuk utama Bursa Malaysia mengakhiri dagangan 2024 pada Selasa dengan menokok sebanyak 0.28 peratus, dipacu oleh momentum belian saham wajaran tinggi terpilih,
![Bursa Malaysia akhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif Bursa Malaysia akhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/61722341186_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia akhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif
Bursa Malaysia terus mencatat momentum meningkat untuk hari keempat berturut-turut pada Jumaat, mengakhiri minggu dagangan Krismas dengan sentimen positif.
![Bursa Malaysia kurangkan penyusutan awal, ditutup hampir tidak berubah Bursa Malaysia kurangkan penyusutan awal, ditutup hampir tidak berubah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/41732694445_BursaMalaysia.jpg)
Bursa Malaysia kurangkan penyusutan awal, ditutup hampir tidak berubah
Bursa Malaysia mengurangkan penyusutan awalnya untuk ditutup rendah pada Isnin susulan aktiviti pembelian pada saat-saat akhir.