CIMB Bank menjangka ekonomi negara akan tumbuh 5.2 peratus tahun ini, lebih rendah berbanding jangkaan pertumbuhan 5.9 peratus bagi 2017.
Bank itu berkata kitaran perdagangan yang positif, didorong oleh pengukuhan harga komoditi dan sektor E&E serta pembuatan pada 2017 dijangka akan menyederhana pada 2018.
Ia turut menjangkakan pertumbuhan pinjaman sektor perbankan kekal mendatar pada 4.0-5.0 peratus bermula 2017 hingga 2020, dan kadar ringgit akan menyusut ke 4.20 berbanding dolar Amerika pada 2019 dan 2020.
CIMB bagaimanapun menjangka kadar dagangan ringgit akan pulih ke 4.05/USD pada 2018 berbanding 4.30/USD pada 2017.
Bagaimanapun, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz, CIMB masih berpendapat pertumbuhan KDNK tahun ini masih memadai untuk menyokong pengembangan ekonomi.
“Kami menjangkakan pertumbuhan 5.2 peratus ini dipacu oleh (pengukuhan harga) komoditi, serta sektor pembuatan dan E&E.
"Sementara perbelanjaan modal persendirian dan penggunaan kapasiti yang lebih cekap akan menyokong pelaburan infrastruktur,” katanya.
CIMB merupakan antara institusi kewangan besar pertama yang meramalkan pertumbuhan ekonomi lebih perlahan tahun ini.
Pada Rabu, Ambank menjangkakan pertumbuhan 5.5 peratus bagi KDNK negara untuk 2018.
Sementara itu, firma penyelidikan seperti MIDF Research lebih optimis dengan jangkaan prestasi pasaran negara pada 2018.
"Kami jangka aliran masuk pelaburan asing akan berterusan pada 2018, terutamanya selepas Pilihan Raya Umum Ke-14 selesai kerana ia akan menambah kestabilan di dalam pasaran," kata MIDF dalam laporannya pada Selasa.
Sentimen positif MIDF terhadap 2018 turut dikongsi beberapa pakar ekonomi yang ditemu bual Astro AWANI.
"Bursa Malaysia mungkin menyentuh paras 1,900 hingga 2,000 mata tahun ini," kata Shan Saeed, Ketua Pakar Ekonomi IQI Global kepada Astro AWANI pada Selasa.
Shan menjangka momentum positif 2017 juga akan menolak naik harga minyak dunia kepada setinggi AS$87 setong dan pertumbuhan KDNK negara ke julat 4.8 ke 5.4 peratus.
Sementara itu, Ketua Pakar Ekonomi Bank Islam, Dr Afzanizam Abdul Rashid berkata Bursa Malaysia juga dijangka mendapat manfaat daripada pergerakan positif ringgit tahun ini.
"Keuntungan tukaran asing akan memainkan peranan penting dalam menentukan pulangan bagi pelabur asing. Jadi hala tuju ringgit adalah faktor penting yang akan menentukan aliran masuk dana ke Bursa Malaysia tahun ini," katanya.
Afzanizam menambah ringgit juga mempunyai potensi kenaikan yang tinggi tahun ini, memandangkan mata wang tempatan itu masih dinilai lebih rendah daripada sepatutnya.
"Dengan kadar tukaran sekitar RM4.03 or RM4.05 berbanding dolar Amerika kini, ringgit masih lagi jauh dengan purata jangka panjang sebanyak RM3.51/USD yang direkod dari Julai 2005 sehingga hujung 2017," katanya.
Pada Khamis, ringgit ditutup pada 4.0075/USD, kadar tertinggi sejak 22 Mac 2016.
Manakala indeks FBM KLCI di Bursa Malaysia ditutup 10.66 mata lebih tinggi pada 1,803.45 mata.
Luqman Hariz
Thu Jan 04 2018

ZAFRUL: Kami menjangkakan pertumbuhan 5.2 peratus ini dipacu oleh (pengukuhan harga) komoditi, serta sektor pembuatan dan E&E. -Foto Bernama

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

CIMB jangka pertumbuhan ekonomi lebih perlahan tahun ini
Bank itu berkata kitaran perdagangan yang positif, didorong oleh pengukuhan harga komoditi dan sektor E&E serta pembuatan pada 2017 dijangka akan menyederhana pada 2018.

Kenaikan kos sara hidup mungkin lebih drastik di hujung tahun - Pakar
Kenaikan kos sara hidup mungkin lebih tinggi menuju hujung tahun dan memasuki 2018.