CIMB Bank Bhd memperkenalkan cuti paterniti berbayar selama sebulan kepada warga kerjanya di bawah dasar yang ditambah baik, untuk membolehkan golongan bapa meluangkan lebih banyak masa bersama anak pertama mereka, dan berkongsi tanggungjawab dalam menyambut kelahiran baharu.
Mengikut dasar baharu itu, cuti paterniti berbayar dinaikkan daripada tiga hari bekerja berturut-turut kepada sebulan (30 hari berturut-turut mengikut kalendar), menurut bank itu dalam kenyataan di sini.
Dasar itu, yang berkuat kuasa hari ini, merupakan pelengkap kepada Program Peremajaan Kakitangan, yang membenarkan warga kerjanya mengambil sehingga enam bulan cuti tidak berbayar atas sebab peribadi, termasuk melanjutkan tempoh cuti bersalin dan cuti paterniti, dengan mengekalkan jawatan semasa atau kekananan mereka di syarikat itu.
Pendekatan tersebut adalah seiring usaha CIMB untuk terus mempertingkatkan kebajikan warga kerjanya melalui dasar kesaksamaan gender.
Ketua Pegawai Kakitangan CIMB Group, Datuk Hamidah Naziadin berkata, langkah itu adalah satu lagi usaha untuk menunjukkan penghargaan CIMB kepada kakitangan.
"Ini merupakan satu lagi inisiatif dalam menunjukkan penghargaan CIMB kepada warga kerjanya dengan memastikan mereka mendapat sokongan untuk mencapai keseimbangan kerjaya-kehidupan, sekali gus mempamerkan usaha keseluruhan kami bagi mengamalkan amalan terbaik global dalam pengurusan sumber manusia," katanya.
Bagi menunjukkan komitmen CIMB terhadap kesejahteraan kakitangannya, CIMB sebelum ini memperuntukkan sehingga RM1 bilion bagi pinjaman perumahan tanpa faedah untuk tempoh pinjaman lima tahun pertama, serta banyak lagi manfaat lain, untuk membantu kakitangan berpendapatan rendah menguruskan tanggungjawab bulanan mereka.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 18 2017

Pendekatan tersebut adalah seiring usaha CIMB untuk terus mempertingkatkan kebajikan warga kerjanya melalui dasar kesaksamaan gender. - Gambar hiasan

Ukraine sedia terima gencatan senjata 30 hari dengan Rusia
Ukraine menyatakan kesediaannya untuk menerima gencatan senjata selama 30 hari dengan Rusia, ketika delegasi dari Kyiv dan Washington bertemu di Arab Saudi.

Perdagangan borong, runcit Malaysia cecah RM148.9 bilion pada Januari 2025
Perdagangan runcit mencatatkan jualan sebanyak RM66.1 bilion, meningkat 8.2 peratus atau RM5.0 bilion berbanding tahun lalu.

Ekonomi Malaysia 2025 dijangka berkembang 4.5 - 5.0 peratus - SME Bank
Jangkaan ini mencerminkan sentimen ekonomi yang positif, selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI yang menekankan pertumbuhan mampan.
AWANI Pagi: Menjelang Aidilfitri - Tiket bas ada lagi nak balik raya?
Mungkin ada yang mula gelisah, ada lagi ke tiket bas nak balik raya? Ikuti perkongsian Pengurus Kanan Operasi TBS, Faizal Redza Redzuan berkenaan kemas kini semasa tiket bas untuk anak perantau yang ingin pulang ke kampung halaman masing-masing.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi

Bursa Malaysia dibuka rendah, indeks utama susut di bawah paras 1,500
Pada 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menguncup 20.53 mata atau 1.35 peratus kepada 1,499.62 daripada 1,520.15 pada akhir dagangan semalam.

Video tular: Polis kesan individu bertengkar di Lebuhraya EDL
Video berdurasi 27 saat itu menunjukkan seorang lelaki bertikam lidah dengan individu lain.

Saman sekolah selepas alami tekanan mental
Ortiz menyaman sekolah itu atas dakwaan pengabaian pendidikan yang menyebabkan tekanan emosi.

SPRM tahan 16 individu disyaki terlibat rasuah membabitkan pendaftaran kelahiran
SPRM telah melancarkan Op Outlander dan Op Birth semalam membabitkan serbuan ke atas beberapa premis.

Warga emas cedera digigit anjing liar ketika pulang dari bazar
Pengadu mendapati anjing tersebut tidak bertuan kerana tidak pernah nampak mana-mana individu yang membawa atau bersama anjing tersebut.

Lima video 'deepfake' janaan AI berkaitan penipuan pelaburan dikesan sejak tahun lepas
Polis telah mengesan lima video deepfake berkaitan penipuan pelaburan yang dihasilkan menggunakan AI dan diviralkan di media sosial.

Bunuh isteri, anak selepas diminta pergi kerja
Motif pembunuhan dipercayai berpunca daripada 'perang mulut' antara mangsa dan suspek.

Bapa, anak maut dalam kemalangan berantai
Seorang bapa bersama anak lelakinya maut dalam kemalangan berantai melibatkan empat kenderaan di Jalan Taman Siniawan Bau, hari ini.

KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.

Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.

Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.

'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.

Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.

Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.

7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?