CIMB Group meraih anugerah Bank Pelaburan Paling Inovatif di Asia Pasifik pada Anugerah Perbankan Pelaburan 2016 yang berprestij oleh majalah pelaburan terkenal, The Banker yang berpangkalan di United Kingdom untuk kali kedua.
Kali pertama kumpulan perbankan itu memenangi anugerah tersebut pada 2012.
"Kami berbangga untuk menerima anugerah bagi Bank Pelaburan Paling Inovatif di Asia Pasifik daripada The Banker," kata Ketua Eksekutif Kumpulan, Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz dalam kenyataan hari ini.
Katanya pengiktirafan itu juga bukti kepada keyakinan pelanggan yang berterusan kepada keupayaan CIMB untuk menyampaikan dan melaksanakan penyelesaian perbankan pelaburan yang terbaik untuk keperluan mereka.
The Banker, sebahagian daripada Financial Times Group, menyediakan risikan mengenai kewangan dan ekonomi untuk sektor kewangan dunia.
Menurut kenyataan itu, Pengerusi CIMB Group, Datuk Seri Nazir Razak hadir untuk menerima anugerah tersebut pada majlis penyampaian anugerah itu di London baru-baru ini.
Antara urus niaga utama bagi CIMB di rantau Asia Pasifik termasuklah pengambilalihan Axiata Group Bhd sebanyak 80 peratus kepentingan ekuiti dalam pengendali mudah alih utama Nepal, Ncell Pte Ltd, bernilai RM5.9 bilion dan CIMB merupakan penasihat utama.
Dalam pasaran modal ekuiti, urus niaga utama adalah tawaran awam permulaan Red Star Macalline Group bernilai US$931 juta di Papan Utama Bursa Saham Hong Kong, dan CIMB Investment Bank satu-satunya penaja jamin di Asia Tenggara, melaksanakan bersama dengan CIMB Securities sebagai penaja jamin bersama dan pengurus utama bersama.
Urus niaga utama lain bagi CIMB pada tahun ini termasuklah Sijil Amanah US$1.0 bilion di bawah prinsip Syariah Wakala oleh Kerajaan Hong Kong (Pengurus, Penaja Jamin dan Penasihat Syariah Utama), program sukuk RM1.0 bilion diwujudkan di bawah rangka kerja Sukuk Pelaburan Mampan dan Bertanggungjawab, serta Kemudahan Jaminan Kredit dan Pelaburan pertama (CGIF) - menjamin bon diterbitkan oleh Thai Corporate (bon luar pesisir pertama IVL Singapore Pte. Ltd yang diterbitkan di luar Thailand dengan nilai SG$195 juta). - BERNAMA
Bernama
Sun Oct 09 2016

ZAFRUL: 'Kami berbangga untuk menerima anugerah bagi Bank Pelaburan Paling Inovatif di Asia Pasifik daripada The Banker.' - Gambar fail

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Agong selamat tiba di tanah air selepas menjalani rawatan di luar negara
Pesawat khas Seri Paduka Baginda tiba di Pangkalan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang pada 7 pagi tadi.

Hubungan setengah abad Malaysia-Bahrain memasuki dimensi baharu
Kedua-dua negara akan memperoleh potensi besar dalam memperluas kerjasama ekonomi termasuk dalam sektor pelancongan.

Sanggup sembunyi dalam longkang busuk, kotor
Kesemua ditahan melibatkan individu warga Indonesia, Bangladesh, India, Myanmar dan Nepal.

ESCAP seru ASEAN perkukuh komitmen Perjanjian Paris
ASEAN sebagai satu blok mempunyai keupayaan untuk menarik pelabur serta membentuk mekanisme pembiayaan mampan.

CIMB raih anugerah Bank Pelaburan Paling Inovatif di Asia Pasifik 2016
CIMB Group meraih anugerah Bank Pelaburan Paling Inovatif di Asia Pasifik pada Anugerah Perbankan Pelaburan 2016 yang berprestij oleh majalah pelaburan terkenal, The Banker yang berpangkalan di U.K.