PETALING JAYA:Akibat akur kepada ugutan teman lelaki untuk mendedahkan video terlanjur, seorang kerani sebuah syarikat swasta terpaksa merelakan dirinya dirogol berkali-kali sehingga dia mengandung anak luar nikah.
Ketua Polis Daerah Petaling, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, kejadian itu bermula sejak Jun lalu apabila suspek memaksa mangsa mengadakan hubungan seks buat kali terakhir pada 3 Disember lalu di sebuah hotel di Petaling Jaya.
Ketika kejadian terkutuk itu katanya, teman lelaki mangsa merakam video mereka menggunakan telefon bimbitnya.
Beliau memberitahu, setiap kali mangsa enggan akur kepada permintaan teman lelakinya untuk melakukan seks, suspek menggunakan rakaman itu sebagai 'senjata' mengugutnya untuk menyebarkan rakaman tersebut kepada keluarga mangsa.
"Walaupun begitu, pada awal bulan ini, mangsa menyedari dirinya mengandung dan ketika perkara itu dimaklumkan kepada lelaki itu, suspek meminta wanita itu menggugurkan kandungannya.
"Akan tetapi mangsa enggan menuruti kehendak teman lelakinya itu dan merasai dirinya dianiaya dan ditipu," katanya dalam kenyataan di sini, pada Ahad.
Nik Ezanee menambah, bertindak atas laporan mangsa, pihaknya menahan teman lelakinya yang berusia 23 tahun di Kota Damansara dan kini ditahan reman selama enam hari bagi membolehkan siasatan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan dijalankan.
Jika disabit salah, suspek boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan dikenakan sebatan.
Ekoran itu, beliau menasihati orang ramai terutamanya gadis di bawah umur supaya tidak mempercayai pujuk rayu dan janji manis yang ditaburkan dengan mana-mana lelaki, yang akhirnya merugikan diri sendiri.
"Cinta palsu membawa padah. Ibu bapa dinasihati agar sentiasa memantau pergerakan dan kebebasan pergaulan anak masing-masing terutamanya anak perempuan," tambahnya.
Umavathi Ramayah
Sun Dec 06 2020

Orang ramai terutamanya gadis di bawah umur supaya tidak mempercayai pujuk rayu dan janji manis yang ditaburkan mana-mana lelaki, yang akhirnya merugikan diri sendiri. - Gambar hiasan

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kanak-kanak sembilan tahun kes termuda lahir anak luar nikah
Negara mencatatkan kes termuda kelahiran anak luar nikah membabitkan kanak-kanak perempuan sembilan tahun.

Kelahiran anak luar nikah membimbangkan
Kelahiran anak tidak sah taraf atau luar nikah pada masa kini melibatkan kanak-kanak dan remaja bawah umur dilihat amat membimbangkan, kata Pengerusi Yayasan Ikhlas Profesor Zainur Rashid Zainuddin.

Punya anak luar nikah, Rezky Aditya: "Saya minta maaf atas masa lalu"
Rezky Aditya meminta maaf atas perbuatan tak terpuji dirinya di masa lalu bersama Wenny Ariani.

Polis Melaka tumpas sindiket pemerdagangan bayi
Tiga bayi berusia tiga hingga tujuh bulan dan seorang kanak-kanak perempuan berusia lima tahun diselamatkan.

Wanita berbapakan Muslim, ibu penganut Buddha, diisytiharkan sebagai bukan Muslim
Tengku Maimun memutuskan Rosliza bukan orang yang menganut agama Islam kerana tidak ada bukti bahawa beliau adalah seorang Islam dengan kepercayaan yang sebenar.

Cinta palsu: Kerani dirogol teman lelaki hingga mengandung anak luar nikah
Seorang kerani sebuah syarikat swasta terpaksa merelakan dirinya dirogol berkali-kali sehingga dia mengandung anak luar nikah.

Kecoh kisah anak luar nikah tidak boleh dinikahi, ini penjelasan PU Azman
Baru-baru ini tular di media sosial mengenai satu status tentang anak luar nikah yang tidak boleh dinikahi oleh mana-mana lelaki dan perempuan yang berpegang kuat pada agama.

Mahkamah Rayuan tolak permohonan JPN tangguh pelaksanaan keputusan
Panel tiga hakim yang diketuai Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat sebulat suara menolak permohonan itu atas alasan tidak terdapat keadaan khusus untuk membenarkan penangguhan itu.

Tunggu keputusan mahkamah nasab anak tidak sah taraf orang Islam
Beliau turut menasihati umat Islam di negara ini supaya bertenang berhubung keputusan penghakiman Mahkamah Rayuan itu.

Asyraf Wajdi jawab isu penamaan anak luar nikah
Berikut kenyataan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berhubung polemik penamaan anak luar nikah.