TEMERLOH: Seorang pelatih kecergasan berjaya melakukan senaman kardio dan angkat berat selama 12 jam tanpa henti, sekali gus melakar rekod dalam Influencer Book of World Records dan Malaysia Book of Records (MBOR).
Dr K Jey Prabakaran Thevar, 26, mencatatkan rekod tersebut pada 23 Julai lalu dengan menggunakan lebih 20 peralatan seperti treadmill, dumbbell, barbell dan diberikan masa lapan minit keseluruhan untuk ke tandas sepanjang tempoh tersebut.
Anak jati Pahang kelahiran Kuala Lipis itu berkata, beliau pada mulanya ingin melakukan cabaran tersebut pada April lalu selepas melakukan persediaan sejak November tahun lalu.
"Namun masalah kecederaan menghalang hasrat saya menyebabkan cubaan rekod ini hanya dapat dilakukan pada dua minggu lepas.
"Saya akui memang berdepan beberapa siri kecederaan sepanjang tempoh persediaan tapi ia tidak menghalang semangat untuk melakarkan rekod tersebut," katanya.
Anak bongsu daripada empat beradik itu ditemui pada majlis penyerahan sijil pengiktirafan oleh Influencer Book of World Records menerusi wakil di Malaysia iaitu Duta Besar Ketua Pengadil, Datuk Dr Nisha Kogila R dan Perunding Kanan Rekod MBOR, Edwin Yeoh di pekarangan Gimnasium Lifestyle Fitness yang turut dihadiri Ketua Cabang PKR Temerloh, R Maheswaran di sini, pada Ahad.
Jey yang masih bujang berkata, regim diet dan pengalaman sedia dalam aktiviti kecergasan yang diamalkan sejak remaja hingga kini banyak membantunya melakukan cabaran tersebut,
"Saya amalkan diet tanpa gula, garam dan makan lapan kali dalam sehari tapi dalam kuantiti sedikit untuk kekuatan fizikal.
"Gembira dan bangga kerana kali pertama rekod ini dilakarkan secara individu dan dilakukan oleh rakyat Malaysia, sebelum itu dilakukan secara berkumpulan," tambah Jey.
Ditanya perancangan beliau selepas ini, Jey memberitahu dalam perancangan ingin melakukan beberapa rekod lain.
Sementara itu, ibu Jey, S Sukunamalar, 65, bangga dengan kejayaan anak bongsunya yang berjaya mengharumkan nama Malaysia dan Pahang di peringkat antarabangsa.
"Sebenarnya saya tak sangka dia (Jey) boleh lakukan rekod ini dan saya menyokong segala minatnya selama ini," katanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Mon Aug 07 2023

Dr K Jey Prabakaran Thevar, 26, mencatatkan rekod tersebut pada 23 Julai lalu dengan menggunakan lebih 20 peralatan seperti treadmill, dumbbell dan barbell. - Gambar/ Sinar Harian

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Ibu empat anak cipta rekod MBOR berkayak lebih 360km
Nur Adila memulakan Dayungan Ekspresi Negaraku Kayak Solo Wanita 2020 di Tasik Banding, Gerik pada 27 Disember lepas.

Pengeluar tudung tempatan perkenal tudung bernilai RM100,000
Tudung itu diperbuat daripada fabrik voile berdiameter 1.14 meter, ditaburi 7,512 kristal Swarovski pelbagai warna dan bentuk.

Kanak-kanak OKU catat rekod MBR, sertai kayuhan rentas sempadan 222.2km
Ibu bapa yang mempunyai anak-anak kurang upaya digalak memberi anak mereka pengalaman merasai aktiviti sama seperti kanak-kanak normal lain.

Buluh, daun rumbia hasilkan replika sarang tempua terbesar di Malaysia
Ciptaan 700 pelajar dan 100 guru SMK Seri Kampar bersama 40 komuniti setempat itu berjaya melakar nama dalam Malaysia Book of Records (MBOR).

Majlis khatan di Pekan pecah rekod 13 tahun
Majlis berkhatan itu memecahkan rekod selama 13 tahun yang dicatatkan di Shah Alam, Selangor dengan penglibatan 1,000 peserta.