JOHOR BAHRU: Pasukan Petugas Khas Imunisasi COVID-19 (CITF) diminta untuk menambah tujuh lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) bergerak dan jangkauan luar di Johor.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Adham Baba berkata, jumlah itu adalah tambahan kepada 13 PPV yang sedia ada pada ketika ini.
"Saya berharap agar jumlah ini dapat direalisasikan sebelum berakhirnya bulan September ini.
"Usaha ini adalah selaras dengan komitmen kami bagi program jangkauan iaitu untuk mempercepatkan lagi proses vaksinasi di negeri-negeri yang akan berhadapan musim tengkujuh termasuk negeri Johor," katanya
ketika lawatan kerja beliau ke PPV Mount Austin, di sini, pada Ahad.
Mengulas lanjut, Adham memaklumkan, sehingga 4 September lalu, sejumlah 175,360 penduduk Johor sudah menerima suntikan vaksin di 13 PPV bergerak dan jangkauan luar sedia ada.
Daripada jumlah itu, katanya, 89,263 menerima dos pertama vaksin, dan 86,097 telah melengkapkan dua dos.
"Secara keseluruhan 261,457 dos diberi di 13 PPV bergerak dan luar jangkauan ini.
Sehubungan itu, beliau yakin dengan penambahan PPV menjadikan 20 PPV, lebih ramai penduduk Johor khususnya di luar bandar akan mendapat suntikan vaksin dalam tempoh terdekat.
"Untuk rekod, terdapat sebanyak 364 PPV di Johor dengan jenis berbeza," jelasnya.
Dr Adham memberitahu, setakat Sabtu sebanyak 36.1 juta suntikan dos diberikan di seluruh Malaysia, dengan 20.4 juta individu menerima sekurang-kurangnya satu dos suntikan vaksin, manakala 15.77 juta lagi telah lengkap divaksinasi.
Menurutnya, ini menjadikan peratusan populasi dewasa yang telah lengkap divaksinasi di seluruh Malaysia adalah sebanyak 67.4 peratus.
"Di Johor sahaja, sebanyak 3.68 juta suntikan dos diberi kepada 2.25 juta penduduk bagi dos pertama dan 1.42 juta dos yang kedua.
"Setakat ini, Johor menyaksikan 83.1 peratus daripada populasi dewasa yang menerima sekurang-kurangnya dos pertama dan 52.6 peratus yang lengkap divaksinasi.
Menurutnya lagi, kadar purata vaksinasi harian di Johor sepanjang tujuh hari lalu adalah 59,683 dan pada Sabtu sahaja, sebanyak 59,240 dos diberikan di seluruh negeri Johor.
"Sepertimana diketahui ramai, bekalan vaksin yang diperolehi negara adalah bergantung kepada stok di peringkat global.
"Sukacita dimaklumkan, negeri Johor kini merupakan negeri kedua menerima bekalan vaksin terbanyak pada bulan Ogos lalu di mana sebanyak 2.105 juta dos dibekalkan dengan 1.04 juta dos Pfizer, Sinovac (856,000) dan AstraZeneca (203,000).
Sementara itu, katanya, pada September lalu, Johor masih menjadi negeri kedua yang akan menerima jumlah vaksin terbesar sebanyak 1.984 juta dos iaitu 1.82 juta dos Pfizer, 100,000 dos Sinovac, AstraZeneca (40,000) dan CanSino (22,000).
"Dengan jumlah bekalan ini, saya pasti usaha vaksinasi di Johor akan dapat dipertingkatkan lagi.
"Saya juga ingin menyeru agar pihak CITF di Johor dapat memastikan kapasiti dan tenaga kerja yang mencukupi di seluruh negeri agar usaha vaksinasi seharian dapat dijalankan dengan baik dan tanpa sebarang gangguan," tambahnya.
Umavathi Ramayah
Sun Sep 05 2021

Dr Adham juga menyeru agar pihak CITF di Johor dapat memastikan kapasiti dan tenaga kerja yang mencukupi agar usaha vaksinasi seharian dapat dijalankan dengan baik dan tanpa sebarang gangguan. - Gambar fail/BERNAMA

Nurfakhira ditemui selamat di rumah nenek rakan lelaki
ACP Bahrin berkata, remaja berkenaan ditemui dalam keadaan baik di rumah nenek rakan lelakinya.

3 bas meletup di Tel Aviv, polis Israel tuduh pengganas
Dua butir bom turut ditemukan dalam bas yang berasingan berjarak kira-kira 500 meter antara satu sama lain.

‘Palestin bukan untuk dijual’: Presiden Abbas tegaskan tolak rancangan pemindahan paksa
Presiden Palestin tegaskan negaranya "bukan untuk dijual" dan menolak sebarang usaha pemindahan penduduk Palestin secara paksa.

Kanak-kanak dilanggar depan sekolah, terperosok bawah MPV
Pihak JBPM Putrajaya menerima laporan berhubung kejadian pada 4.55 petang, melibatkan sebuah MPV jenis Perodua Alza.

Malaysia komited pimpin ASEAN tangani jenayah rentas sempadan - Ahmad Zahid
Malaysia komited untuk memimpin ASEAN dalam menangani pelbagai bentuk jenayah rentas sempadan termasuk penipuan dalam talian.

Enam juruterbang TUDM jalani latihan kendali pesawat FA-50M di Korea Selatan Oktober ini
Enam juruterbang TUDM akan jalani latihan intensif untuk membiasakan diri dengan sistem operasi pesawat baharu FA-50M di Korea Selatan pada Oktober ini.

Tipu umrah: Polis rakam keterangan 9 individu
Menurut Ramli, pegawai penyiasat telah merakam percakapan sembilan individu antaranya pengadu, pengarah dan kakitangan syarikat berkenaan.

Wanita kunci kepada dialog intra-Islam, kata pakar
Wanita berperanan memajukan dialog intra-Islam dan pembangunan masyarakat, menyumbang kepada pembentukan generasi akan datang melalui toleransi.

JK HARMONI bincang kaedah terbaik perkukuh perpaduan - Mohd Na'im
JK HARMONI mencari jalan dan memberikan pandangan kepada kerajaan tentang kaedah terbaik untuk memperkukuh perpaduan masyarakat.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Menelusuri landskap penyakit jarang jumpa di Asia
Malaysia, berpotensi mendukung pemajuan penjagaan dan rawatan bagi rantau ASEAN dengan membangunkan ekosistem yang menggalakkan kesedaran, kesediaan, mempercepat peraturan dan kepimpinan dasar.

‘Kes darah beku, serangan jantung tiada kaitan dengan vaksin AstraZeneca’
Golongan berisiko tinggi adalah individu yang mempunyai sejarah pembekuan darah dan mereka tidak dibenarkan menerima vaksin jenis AZ.

KKM keluar kenyataan berkaitan vaksin AstraZeneca dalam masa terdekat
KKM akan mengeluarkan kenyataan berhubung isu penarikan balik vaksin COVID-19 keluaran AstraZeneca dalam masa terdekat.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

AstraZeneca tarik balik vaksin COVID-19 di seluruh dunia, berbulan selepas sedar ada kesan sampingan
Vaksin itu tidak lagi boleh digunakan di EU selepas syarikat itu secara sukarela menarik balik "kebenaran pemasarannya."

KKM beri jaminan dedah data AEFI vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
KKM memberi jaminan akan mendedahkan semua data berhubung kesan sampingan susulan imunisasi (AEFI) yang berpunca daripada vaksin COVID-19 pada satu waktu yang akan ditetapkan.

Tiada kesan sampingan daripada vaksin COVID-19 AstraZeneca di Indonesia - Suruhanjaya
Suruhanjaya Nasional untuk Kajian dan Pencegahan Peristiwa Mudarat Berikutan Imunisasi dan BPOM melakukan pemantauan bagi membuat rumusan.

Kesan sampingan vaksin: KKM akan dapatkan penjelasan AstraZeneca
Kementerian Kesihatan (KKM) akan mendapatkan penjelasan daripada firma farmaseutikal AstraZeneca berhubung kesan sampingan vaksin COVID-19 seperti yang dilaporkan media antarabangsa baru-baru ini.

AstraZeneca berjaya batalkan saman 12 individu berhubung isu suntikan vaksin COVID-19
Hakim Mahkamah Tinggi Dr Suzana Muhamad Said membenarkan permohonan Astrazeneca untuk membatalkan saman itu selepas mendengar hujahan kedua-dua pihak.

AstraZeneca rintis inisiatif kesaksamaan akses dalam perkhidmatan kesihatan
Portal mySihatPal menutup jurang akses kepada penyelesaian penjagaan kesihatan.