GERIK: Dakapan erat dan ciuman ibu tercinta menjadi petanda pemergian lima sekeluarga dalam nahas di Kilometer 62 Jalan Raya Timur Barat (JRTB) Gerik-Jeli berhampiran Hentian Rehat dan Rawat Titiwangsa di sini, pada Sabtu.
Perkara itu dikongsi Mohammad Firdaus Mohd Rodhi, 35, anak sulung daripada lima beradik kepada pasangan Mohd Rodhi Othman, 64, dan Sharifah Rohana Syed Sagaf, 59, yang maut dalam kejadian itu.
Kejadian sekitar jam 3.45 petang itu turut meragut nyawa adik perempuan Mohammad Firdaus, Siti Aishah, 32, suaminya, Ahmad Khomainin Baba, 32, dan anak perempuan mereka, Zara Hana, 6.
Mohammad Firdaus berkata, sehari sebelum kejadian, lima sekeluarga yang menetap di Sungai Petani, Kedah pergi ke Pasir Tumboh, Kelantan untuk menghantar seorang lagi adik perempuannya mendaftar masuk ke sebuah pusat pengajian.
Menurutnya, mereka sepatutnya pulang pada Ahad, namun mempercepatkan perjalanan balik kerana mahu menghadiri pengebumian seorang saudara rapat yang meninggal dunia.
"Pagi Jumaat itu bila saya datang rumah nak tengok mereka pergi, mak salam dan peluk saya dengan erat. Situasi ketika itu sedikit pelik rasa macam hari raya.
"Suasana pun macam sedih dan lain dari kebiasaan, tetapi saya tak fikirkan sangat, sampailah kejadian ini berlaku, baru saya sedar mungkin itu petanda mereka pergi selamanya," katanya ketika ditemui di Bilik Mayat Hospital Gerik pada Sabtu.
Mohammad Firdaus berkata, pada sebelah pagi sebelum kejadian, dia ada menghubungi ibunya itu dan pada sebelah petang beberapa jam sebelum kejadian, adik perempuannya sempat membuat panggilan video dengan adik-beradik yang lain.
"Mak beritahu mereka semua dah makan dan sedang bersiap-siap untuk bertolak balik.
"Dalam jam lebih kurang 2 petang, adik-adik saya sempat buat video call dalam kereta, mereka maklumkan ketika itu sudah sampai di Jeli.
"Rasa ralat itu ada sebab saya tak sempat nak ikut sama video call, kalau tak, dapatlah saya tatap wajah mereka buat kali terakhir," katanya.
Semasa mengetahui kejadian nahas itu, dia menghubungi polis dan dimaklumkan ada 10 mangsa terlibat dengan lima daripadanya meninggal dunia.
"Saya ingatkan semua mangsa itu mungkin dari dua kenderaan berbeza, tetapi tak sangka kelima-lima itu semuanya melibatkan keluarga saya.
"Sedih memang sedih, tetapi ini takdir yang perlu kami terima kehilangan lima keluarga serentak," katanya.
BACA: Lima maut nahas jalan raya di Gerik
BACA: 5 sekeluarga maut: Hilux hilang kawalan sebelum rempuh Alza - Polis
BACA: Isu Jalan Gerik-Jeli tidak selamat sudah dibangkit dalam mesyuarat - MB Perak
Dia berkata, bapanya merupakan bekas pensyarah dan ibunya bekas guru sangat aktif walaupun telah bersara dengan terlibat dalam perusahaan kolam ikan.
Sementara adik perempuan dan suaminya masing-masing bekerja sebagai pereka grafik.
Semua jenazah akan dikebumikan dalam dua liang lahad di Kampung Permatang Sungai Dua, Butterworth Pulau Pinang pada Ahad. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jul 24 2022
Gambar kenangan Mohammad Firdaus (gambar kecil) bersama lima keluarganya yang terkorban dalam nahas di Gerik pada Sabtu. -Foto Sinar Harian
Trump berhasrat bertemu Putin dengan "segera"
"Dari apa yang saya dengar, Putin ingin bertemu dengan saya. Kami akan bertemu secepat mungkin. Saya akan bertemu segera."
Polis rakam keterangan pelawak berhubung isu jenaka "ham"
Keterangan daripada pelawak berumur 54 tahun itu dirakam Rabu lepas.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [24 Januari 2025]
Antara fokus AWANI Pagi bersama Afiezy Azaman & Farhan Hakimi
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Tol percuma musim perayaan: Kerajaan teliti mekanisme terbaik.
80 anak bekas anggota GISB belum dituntut ibu bapa.
Israel mahu jadikan Gaza seperti Dubai.
Lelaki maut, motosikal terbakar dalam nahas dengan MPV di Lebuhraya PLUS
Motosikal ditunggang mangsa berusia 47 tahun itu musnah terbakar 90 peratus.
'Tunai janji hapus sistem tol dulu, bukan mansuh tol percuma sempena perayaan'
Kerajaan diminta cari jalan atau inisiatif untuk ringankan beban rakyat yang berdepan situasi kos sara hidup tinggi dan kenaikan harga barang.
Amaran kepada Pemuda Pas, Bersatu
SRBR berkata, pihaknya tidak akan teragak-agak menghalau mana-mana pihak yang cuba mengambil kesempatan.
Pas desak kerajaan kaji semula pelaksanaan semakan cukai eksais bagi OMV
Katanya, pelaksanaan yang dijadual bermula tahun depan itu pastinya memberi kesan besar kepada pengguna dan industri automotif di Malaysia.
Arab Saudi keluar amaran hujan lebat, ribut petir hingga Isnin
Mekah dan Riyadh mungkin menghadapi hujan sederhana hingga lebat, hujan batu dan angin kencang yang membawa debu.
ASEAN dan Peranan Strategik Singapura dalam Perdagangan Global
Timbalan Perdana Menteri Singapura, Gan Kim Yong, menekankan pentingnya ASEAN sebagai blok perdagangan utama dalam ekonomi global. Dalam sesi di World Economic Forum 2025, beliau membincangkan inisiatif strategik Singapura dalam ketersambungan fizikal, digital, dan kelestarian untuk memperkukuh hubungan perdagangan serantau dan global.
Belia kini belia paling berkuasa dalam sejarah - Muhammad Yunus
Pemenang Hadiah Nobel dan penasihat kerajaan sementara Bangladesh, Profesor Muhammad Yunus, menyifatkan generasi muda kini sebagai generasi paling berkuasa dalam sejarah manusia. Beliau menyeru dunia untuk mengambil iktibar daripada keberanian anak muda Bangladesh yang mengubah landskap politik negara pada Ogos 2024.
Ciuman, pelukan erat ibu jadi petanda tragedi maut 5 ahli keluarga
Mereka sepatutnya pulang pada Ahad, namun mempercepatkan perjalanan balik kerana mahu menghadiri pengebumian seorang saudara rapat yang meninggal dunia.