BIARPUN kerap diajukan soalan tentang tips berkahwin dengan lelaki muda, dedah Rosnah, 67, masih ada segelintir individu yang beranggapan bahawa dirinya menggunakan cara yang salah.
"Biasanya mereka yang datang menjadikan saya rujukan tu anggap saya pakai sihirlah... Buat laki jadi bodoh. Saya cakap balik, 'kau rasa kau nak ker buat laki kau jadi bodoh, tunduk jer masa jalan?'.
"Come on lah! Tak mainlah... Saya tak main benda tu. Saya minta pada Allah biar dapat suami yang boleh jaga saya. Sakit pening saya, suami jaga. Biar mati sekali pun biarlah atas peha dia.
"Bagi saya kalau soalan tu seolah-olah saya ni mandremlah (bomoh) membolehkan kami bertahan selama 14 tahun, jawapan saya tidak...
"Tiga perkara perlu dipegang walaupun dia lebih muda dari saya; jujur, ikhlas, amanah! Maka, akan selamatlah rumah tangga.
"Apa saja rahsia pun hanya suami dan isteri yang tahu. Dia tak pernah sorok apapun di belakang saya. Itu satu kelebihan yang ada padanya (suami).
"Dia kata pada saya, orang lain cemburu dengan kita dan akan buat macam-macam kepada kita. Mereka kata, setahun dua cerailah tu. Itu doa orang," kongsi pelakon itu kepada Gempak.
Rosnah ditemui pada majlis pratonton dan sidang media filem Tiga Janda Melawan Dunia di GSC Tropicana Garden Mall, Petaling Jaya pada Selasa.
Selain Rosnah, filem arahan pengarah muda Hyrul Anuar itu turut dibintangi oleh Khatijah Tan, Raja Azura, Normah Damanhuri, Norman Hakim dan dua pelakon baharu iaitu Abbas Mahmood dan Ellyza Azizi.
Filem komedi yang akan ditayangkan bermula 19 Mei itu menampilkan sisi lakonan berbeza Khatijah, Normah dan Raja Azura.
Dalam pada itu, akui Rosnah sepanjang perkahwinanya bersama Tajul Effendie Isa, 41, tidak pernah sekali pun mereka bertengkar hingga bermasam muka.
"Saya tahu ramai orang bertanyakan pasal berkahwin dengan lelaki lebih muda. Masalahnya saya simpan suami dalam almari perhiasan, kunci itu di tangan saya! Orang boleh tengok, dekat tak boleh.
"Alhamdulillah, kami sudah 14 tahun berkahwin, tak pernah bergaduh besar-besar... Allah itu bagi hadiah untuk kita...
"Kami beza usia 26 tahun dan tak tahulah... saya ni dapat lelaki yang matang berbanding dengan orang seusia dia. Memang karakter dia macam tu, matang tak kena dengan umur.
"Dia punya hormat kita, selalu minta maaf, bercakap dengan nada yang baik-baik. Pendek kata dia yang manjakan kita.
"Sampaikan kita yang kasar ini boleh jadi lembut, bersopan, berbudi bahasa. Lebih mudahnya saya kata apa saya suka dia suka, apa dia suka saya suka, jadi kami satu," tambahnya.
Rosnah dan Tajul mendirikan rumah tangga pada 13 November 2008 di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak. Awalnya, Rosnah menafikan sudah mendirikan rumah tangga, namun akhirnya mengaku terpaksa merahsiakan perkara itu atas alasan peribadi.
*Artikel asal disiarkan di Gempak
Gempak
Thu May 12 2022

Rosnah dan Tajul mendirikan rumah tangga pada 13 November 2008 di Masjid Al Khairiah Taman Sri Gombak. - Gempak

774 Penolong Pegawai Perubatan bakal ditawar jawatan tetap seawal April 2025
Sebanyak 774 Penolong Pegawai Perubatan (PPP) lantikan kontrak fasa enam dan tujuh akan ditawarkan jawatan tetap seawal bulan hadapan.
ASEAN 2025 | 10 Mac
Perkembangan ASEAN 2025 setiap jam 6 petang, membawa berita terkini dari negara-negara ASEAN termasuk ekonomi, kemajuan teknologi, dan budaya di rantau ini.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.
Informasi lengkap mengenai kerjasama serantau, inisiatif pembangunan, serta pencapaian negara-negara ASEAN dalam membentuk masa depan yang lebih mampan dan dinamik.

Pegawai keselamatan rugi lebih RM300,000 ditipu phone scam
Seorang pegawai keselamatan sebuah syarikat swasta di sini mengalami kerugian RM303,750 selepas diperdaya sindiket 'phone scam'.

Adab berbicara dalam media sosial
Sebagai umat Islam, kita dituntut untuk menjadi penyebar kedamaian dan kebaikan, bukan penghasut kebencian.
Pantau Agenda Reformasi: Pelan Arab untuk bina semula Gaza, apa perlu kita tahu?
Apa cabaran di sebalik cadangan Pelan Pembangunan Semula Gaza yang dikemukakan oleh Mesir dalam Sidang kemuncak Liga Arab di Kaherah baru-baru ini?

Hantaran Facebook Najib tidak wajar - DPP
Pihak pendakwaan berhujah bahawa kenyataan media itu sepatutnya dilaporkan secara faktual dan objektif tanpa membuat sebarang kesimpulan.
Program MBG berpotensi menyebabkan penyelewengan
Program Makanan Berkhasiat Percuma (MBG) yang diperkenalkan kerajaan Indonesia awal tahun ini berpotensi menyebabkan berlakunya penyelewengan dalam tadbir urusnya.
Kerjasama Indonesia-WWF jamin kelestarian industri marin
Pendekatan ini berupaya mengekalkan kelestarian industri perikanan di masa depan dengan memastikan pasaran mematuhi piawaian penangkapan hidupan laut.
BNPB tingkatkan pembenihan awan di kawasan terjejas banjir
Agensi Pengurusan Bencana Negara (BNPB) Indonesia meningkatkan usaha pembenihan awan bagi menangani bencana berkaitan hujan di kawasan yang terdedah kepada banjir dan tanah runtuh.
Automotif Thailand terhimpit akibat polisi Trump
Industri automotif Thailand berdepan rintangan jika Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump meneruskan rancangan untuk mengenakan tarif ke atas import kereta.

"Come on lah! Saya tak main benda tu..." - Rosnah Mat Aris nafi bomohkan suami
Rosnah akui sepanjang perkahwinanya bersama Tajul Effendie Isa, 41, tidak pernah sekali pun mereka bertengkar hingga bermasam muka.