IPOH: Kementerian Pendidikan (KPM) menggalakkan para guru menghasilkan kandungan di media sosial yang memberi manfaat, tidak melanggar garis panduan ditetapkan dan beretika.
Menterinya Fadhlina Sidek berkata kandungan itu boleh dibuat dalam bentuk untuk memberikan pendidikan seperti membantu meningkatkan kefahaman terhadap subjek tertentu untuk murid dan kesedaran berkaitan dengan pembelajaran.
"Bagaimanapun garis panduan (sedia ada di peringkat KPM) mesti dipatuhi oleh semua guru," katanya ketika ditemui pemberita pada Program Jaulah Ramadan KPM Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak di Sekolah Raja Perempuan Taayah di sini hari ini.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (CMCF) Rafiq Razali hari ini yang mendesak guru supaya tidak menjadikan pelajar mereka sebagai kandungan di media sosial terutamanya jika tanpa kebenaran ibu bapa.
Mengenai Jaulah Ramadan, Fadhlina berkata pihaknya yang terdiri daripada kepimpinan tertinggi kementerian akan menghadiri program tersebut di 48 sekolah terpilih seluruh negara sepanjang Ramadan ini dengan pelbagai pengisian antaranya tazkirah, solat berjemaah, tarawih dan penghayatan hadis.
"Selain daripada memperkukuh hubungan antara KPM dan pihak pentadbir di sekolah, kita harap program Jaulah Ramadan ini juga dapat meningkatkan penghayatan Ramadan dalam kalangan anak-anak khususnya yang beragama Islam," katanya.
Fadhlina berkata melalui program itu pihaknya juga akan melihat peruntukan yang diperlukan pihak sekolah untuk keselesaan pelajar dan guru.
Pada majlis itu beliau turut berbuka puasa dan menunaikan solat Maghrib bersama warga sekolah dan menyampaikan sumbangan kepada 150 murid asnaf dan miskin daripada tiga buah sekolah.
Program Jaulah Ramadan dilaksanakan pada setiap tahun sebagai aktiviti warga KPM sepanjang bulan puasa ini bagi mengeratkan hubungan dan ikatan ukhuwah di samping pengisian ilmu yang bermanfaat.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Mar 18 2024

Fadhlina (tengah) beramah mesra bersama pelajar ketika hadir pada Majlis Jaulah Ramadan Kementerian Pendidikan Malaysia Tahun 2024 Peringkat Negeri Perak di Sekolah Raja Perempuan Taayah Jalan Raja Dihilir hari ini. - Gambar Bernama

Trump umum tarif barang import China ke Amerika naik dari 10 kepada 20 peratus
Kenaikan tarif ini bertujuan untuk memaksa China mengambil tindakan terhadap penyeludupan fentanyl ke Amerika, tegas Presiden Trump.

Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Singapura berdepan cabaran ekonomi global yang kompleks, tetapi kerajaan bertekad untuk terus menyokong rakyat.

Paus Francis alami dua ‘kegagalan pernafasan akut’, sudah sedar dan sedang berehat - Vatican
Awal pagi Isnin, Paus Francis menjalani dua prosedur bronkoskopi dan doktor telah mengeluarkan lendir yang terkumpul.

MNKT lulus garis panduan perancangan bandar rendah karbon
Garis panduan itu akan menjadi dokumen penting dalam perancangan bandar serta membantu aspirasi negara mencapai status GHG Sifar Bersih menjelang 2050.
Lebih 35,000 kes penipuan direkod tahun lepas, rugi RM1.6 bilion
Negara mencatatkan sejumlah 35,368 kes penipuan tahun lepas dan mengakibatkan kerugian RM1.6 bilion.
Perlu ada 30 peratus wakil wanita di peringkat DUN, Parlimen
Sementara itu, pengarah negara bagi Westminster Foundation for Democracy (WFD) di Malaysia, Ooi Kok Hin berpendapat perwakilan wanita dalam politik memerlukan inisiatif yang lebih konkrit dan bukan hanya bersifat retorik semata-mata.
Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Negara memerlukan lebih ramai wanita melibatkan diri dalam politik bagi memastikan suara serta kepentingan mereka diwakili secara lebih menyeluruh dalam proses pentadbiran dan pembuatan dasar.

Trump kritik Zelenskyy keluar ‘kenyataan terburuk’ mengenai perang Ukraine
"Ini adalah kenyataan terburuk yang boleh dibuat oleh Zelenskyy dan Amerika tidak akan bertolak ansur dengannya lebih lama lagi!"
Menang Oscar, Pengarah 'No Other Land' seru henti kezaliman terhadap Palestin
Pengarah "No Other Land", sebuah dokumentari yang menggambarkan kehidupan di sebuah perkampungan Tebing Barat di bawah pendudukan tentera Israel dan memenangi Anugerah Oscar bagi kategori Dokumentari Terbaik ke-97 pada Ahad, menyeru dunia mengambil tindakan tegas bagi menghentikan kekejaman terhadap rakyat Palestin.
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.

Video 'deepfake' Prabowo jadi bahan perdaya rakyat Indonesia
Video penipuan menggunakan teknologi 'deepfake' berjaya memperdayakan ribuan rakyat Indonesia.

Kelab bola sepak terkemuka Eropah, pemain rai bulan suci Ramadan
Kelab bola sepak dan pemain terkemuka di seluruh Eropah berkongsi mesej sokongan dan sambutan sempena Ramadan di media sosial masing-masing.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 28 Februari 2025.

Buka aib pasangan di media sosial bawa fitnah, perpecahan dalam keluarga - Mohd Na'im
Perbuatan membuka aib pasangan di khalayak ramai terutama di media sosial bertentangan dengan ajaran Islam serta nilai-nilai murni masyarakat.

Komen negatif media sosial ancaman halus kepada kesihatan mental - Pakar psikologi
Katanya, tindakan itu juga berupaya membuat seseorang pengguna media sosial mengambil tindakan ekstrem.

KPWKM sasar 13,000 kaunselor berdaftar hujung tahun ini
Setakat ini, 11,700 kaunselor sudah berdaftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia.

AI adalah alat, bukan ancaman terhadap peranan media - Teo
Industri media di Malaysia perlu melihat Kecerdasan Buatan (AI) bukan sebagai ancaman, tetapi sebagai alat untuk melengkapi peranannya sebagai sumber utama maklumat kepada masyarakat.

15 rakyat Malaysia dipaksa jadi 'scammer' pelaburan, penipuan cinta di Myanmar - KPN
Siasatan polis mendapati 15 rakyat Malaysia yang menjadi mangsa penipuan tawaran kerja di Myanmar.

Pelantikan Naib Canselor tidak dibuat semberono - Zambry
Pelantikan Naib Canselor dan Timbalan Naib Canselor sesebuah universiti awam tidak dibuat secara semberono atau berdasarkan faktor politik seperti yang disebarkan di media sosial atau surat layang.

Serangan seksual kanak-kanak: Semua pihak diseru amal kawal selia kendiri dalam pelaporan - CMCF
Semua pihak diseru memainkan peranan dalam menguatkuasakan kawal selia kendiri berhubung kes serangan seksual terhadap seorang kanak-kanak.