KUALA LUMPUR: Setiap negara perlu mengambil pendekatan yang berbeza dalam mengurangkan pelepasan karbon ke ruang atmosfera.
Namun, jelas Ketua Pembangunan Lestari dan Mampan Bagi Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP), Gan Pek Chuan, misinya tetap sama iaitu dengan mencapai sasaran menerusi Perjanjian Paris.
“Dunia ketika ini sedang meningkatkan kesedaran dan menggalakkan semua negara anggota untuk mengecapi sasaran pelepasan sifar bersih menjelang 2050.
“Ia kerana kita perlu memastikan bahawa kadar kenaikan suhu sedunia tidak akan melebihi 2 darjah celsius dari paras pra-perindustrian.
“Jadi, jika dilihat dari sudut tertentu, Malaysia sedang dalam trend peningkatan suhu yang semakin hari semakin meningkat
“Namun begitu, mengapa Malaysia telah menerima pakai intensiti pelepasan bagi setiap Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) adalah kerana Malaysia merupakan negara yang sedang membangun.
“Jadi, kerana itulah sebabnya kita masih perlu mempunyai pembangunan ekonomi sosial. Jadi bagi mengimbangi komitmen ini, itulah sebabnya kita menggunakan penunjuk ukuran tertentu iaitu dengan kadar pelepasan bersih sebagai indikator,” jelas beliau ketika ditemu bual Astro AWANI pada Isnin.
Sebagai rekod, Perjanjian Paris tidak memperuntukkan sebarang bajet karbon bagi mana-mana negara pun.
Sebaliknya, semua negara hanya perlu membangun dan memaklumkan nationally determined contribution (NDC) masing-masing, iaitu sumbangan nasional yang ditentukan oleh mereka sendiri.
NDC kini digunakan untuk menangani perubahan iklim di peringkat antarabangsa, sebagai alat untuk mencapai matlamat Perjanjian Paris.
Lebih 120 pemimpin dunia bertemu di Glasgow pada Isnin bagi menghadiri sidang kemuncak iklim COP26 yang dianggap 'harapan terakhir dan terbaik' bagi menangani krisis iklim serta mengelak daripada ancaman bencana alam secara global.
Mesyuarat COP26 di Scotland yang akan berlangsung sehingga 12 November ini bakal menjadi persidangan iklim terbesar ketika seluruh dunia berdepan fenomena cuaca ekstrim, impak daripada penggunaan kuasa bahan bakar fosil sejak 150 tahun lalu.
Astro Awani
Mon Nov 01 2021

Jelas Ketua Pembangunan Lestari Dan Mampan UNDP, Gan Pek Chuan, misinya tetap sama iaitu dengan mencapai sasaran menerusi Perjanjian Paris. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

DAVOS Agenda 2022: Ke arah India yang 'hijau, bersih, lestari dan boleh dipercayai' - Modi
Walaupun India dihuni 17 peratus penduduk dunia, namun negara itu hanya menyumbang sekitar 5 peratus pelepasan global.

Pembangkang persoal 'keikhlasan' kerajaan laksana komitmen COP26
Bee Yin dan Kian Ming gesa kerajaan segera meluluskan Akta Perubahan Iklim sebagai bukti melaksanakan komitmen yang dibuat di Glasgow.

COP26 labuh tirai dengan perjanjian iklim baharu
Presiden COP26 Alok Sharma menahan sebak dan meminta maaf ketika menyampaikan ucapan penutup.

India kritik draf perjanjian COP26, sifatkannya tidak seimbang
Katanya, negara membangun berhak menggunakan baki 'belanjawan karbon' global sebelum pemanasan melepasi 1.5 darjah Celsius.

COP26: Perjanjian iklim dicapai satu langkah besar - Boris Johnson
Beliau berharap ia akan menandakan permulaan kepada berakhirnya perubahan iklim dunia.

COP26: Campur tangan kerajaan penting tangani isu perubahan iklim - Zeti
Bekas Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM), Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz menyokong terminologi 'nvisible hand' diutarakan Adam Smith.

Ucapan Tuan Ibrahim buka lembaran baharu bahasa Melayu
Awang Sariyan berkata, amalan tersebut sewajarnya turut dilaksanakan oleh pemimpin negara yang lain.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Tuan Ibrahim berbahasa Melayu di Scotland
Kemunculan Tuan Ibrahim itu sekali gus menutup mulut banyak pihak yang membidasnya kerana tidak hadir ke acara berkenaan.

COP26: Malaysia sokong Ikrar Metana Global, sasar pelepasan GHG sifar pada 2050 - Tuan Ibrahim
Malaysia bersetuju untuk menyokong ikrar Global Metana dan Deklarasi Pemimpin di Glasgow mengenai Hutan dan Guna Tanah.