KUALA LUMPUR: Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berkenan mengadakan lawatan khas ke Emiriah Arab Bersatu (UAE) mulai hari ini hingga 4 Dis depan.
Kementerian Hal Ehwal Luar (Wisma Putra) dalam kenyataan memaklumkan lawatan itu adalah sempena Persidangan ke-28 Pihak-Pihak Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai Perubahan Iklim (COP28) yang akan berlangsung dari 30 Nov hingga 12 Dis di Dubai.
Baginda berdua akan diiringi oleh paduka anakanda Pemangku Raja Pahang Tengku Mahkota Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
Rombongan diraja itu juga terdiri daripada Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad, Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail serta para pegawai kanan kerajaan.
Semasa lawatan itu, Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat ke Sidang Kemuncak Tindakan Iklim Dunia serta Segmen Peringkat Tinggi bagi Ketua-Ketua Negara dan Kerajaan.
Menurut kenyataan itu, Seri Paduka juga berkenan melancarkan Pavilion Malaysia serta berangkat ke upacara pertukaran dokumen membabitkan syarikat Malaysia dan rakan sejawat mereka di luar COP28.
Baginda turut berkenan untuk mengurniakan darjah kebesaran tertinggi negara kepada Presiden UAE Sheikh Mohamed bin Zayed Al Nahyan dan ahli keluarga pemerintah Abu Dhabi itu.
Al-Sultan Abdullah dan Sheikh Mohamed juga akan menyerikan majlis pertukaran dokumen berkaitan pelaburan sebanyak US$8 bilion oleh Masdar UAE dalam tenaga boleh diperbaharui di Malaysia.
Ini susulan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) di antara Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Masdar yang disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa kunjungan beliau ke UAE pada 5 dan 6 Okt lepas.
UAE adalah rakan dagangan kedua terbesar Malaysia, destinasi eksport dan sumber import di Timur Tengah.
Nilai dagangan Malaysia dengan UAE direkodkan berjumlah RM38.73 bilion (US$8.79 bilion) pada 2022, peningkatan sebanyak 73.5 peratus berbanding RM22.23 bilion (US$5.39 bilion) bagi tahun sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 29 2023

Al-Sultan Abdullah dan Tunku Azizah berkenan mengadakan lawatan khas ke UAE mulai hari ini hingga 4 Dis depan. - Gambar IG Istana Negara

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.

Malaysia terdedah kepada impak perubahan iklim - Nik Nazmi
Walaupun Malaysia menghasilkan hanya 0.8 peratus daripada pelepasan gas rumah hijau dunia, negara ini sangat terdedah kepada kesan perubahan iklim.

Isu Palestin: PM Anwar pilih pertahan prinsip berbanding takut pelaburan terjejas
Anwar mengakui usaha menarik dan merealisasikan pelaburan bernilai tinggi masuk ke negara ini bukan sesuatu yang mudah, apatah lagi ia sesuatu yang amat penting bagi meningkatkan ekonomi negara.

China, AS ikrar perkasa sinergi tangani perubahan iklim
Menurut Xie, kedua-dua negara akan menubuhkan kumpulan kerja bersama untuk menggerakkan proses multilateral dan melaksanakan Pelan Hala Tuju Sumbangan Ditentukan Negara (NDC) masing-masing.

UAE Consensus titik bersejarah komitmen global tangani perubahan iklim - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, hasrat itu terkandung di bawah agenda 'The First Global Stocktake' yang menilai kemajuan dan jurang pelaksanaan Perjanjian Paris.

Persidangan Iklim PBB seru 'peralihan' bahan api fosil
Teks pengisytiharan COP28 diterbitkan pada pagi Rabu oleh Emiriah Arab Bersatu (UAE) selaku tuan rumah persidangan terbabit.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

COP28: Urbanice Malaysia, PR1MA Corporation Malaysia jalin kerjasama dengan UN-Habitat, Masdar City
Kolaborasi itu melibatkan Urbanice Malaysia dan UN-Habitat serta PR1MA Corporation Malaysia dan Masdar City, Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Lebih banyak usaha diperlukan untuk beralih dari sumber hasil balak, lombong - Pemangku Raja Pahang
Lebih banyak usaha melalui pendidikan dan tekad politik diperlukan untuk beralih dari sumber hasil negeri berasaskan pembalakan dan perlombongan kepada sumber alternatif yang lebih mampan.

COP28: Nik Nazmi seru semua sektor tangani kehilangan biodiversiti dan perubahan iklim
Langkah mitigasi dan penyesuaian perlu dipertimbangkan dan dilaksanakan secara serius untuk mengurangkan kesan buruk terhadap biodiversiti negara.

Orang Asli kita juara sebenar isu perubahan iklim - Pemangku Raja Pahang
Pahang mempunyai 80,000 penduduk Orang Asli daripada pelbagai suku, yang mendiami kawasan hutan di negeri berkenaan.