KUALA LUMPUR: Sebanyak 107 kluster COVID-19 dalam kategori pendidikan direkodkan mulai 1 Jan hingga 25 Jan lepas, melibatkan 4,633 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata peningkatan ketara itu dicatatkan selepas pembukaan sesi persekolahan pada 2022 berbanding sesi persekolahan pada 2021.
Beliau berkata daripada 107 kluster pendidikan, institusi pendidikan Kementerian Pendidikan (KPM) menyumbang bilangan paling tinggi iaitu 56 kluster (52.3 peratus) diikuti pendidikan lain (24.3 peratus), pendidikan tinggi (20.6 peratus), dan institusi pendidikan swasta berdaftar KPM (2.8 peratus).
"Pada Minggu Epidemiologi (ME) pertama tahun 2022, hanya tiga kluster pendidikan direkodkan, namun kenaikan kluster dilihat pada permulaan sesi sekolah iaitu ME kedua apabila 15 kluster direkodkan dan peningkatan sebanyak 313 peratus pada ME ketiga.
"Pada ME keempat, sehingga 25 Jan 2022, sebanyak 26 lagi kluster pendidikan dilaporkan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Dr Noor Hisham berkata daripada 4,633 keseluruhan kes kluster pendidikan, sebanyak 4,092 kes (88.3 peratus) telah lengkap menerima vaksin COVID-19 dan 112 kes (2.4 peratus) pula telah menerima dos penggalak.
Katanya majoriti kes yang dilaporkan hanya bergejala ringan (Kategori Satu dan Dua) iaitu 99.7 peratus (4,621 kes), manakala hanya 0.2 peratus (12 kes) lagi daripada Kategori Tiga dan Empat dengan kesemua 12 kes itu kini berada dalam keadaan stabil dan dirawat di fasiliti kesihatan.
"Berdasarkan hasil siasatan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) ke atas kes dan kluster yang dilaporkan, kejadian ini berpunca daripada ketidakpatuhan SOP (prosedur operasi standard) warga institusi pendidikan semasa di sekolah dan di luar waktu persekolahan formal terutama apabila berada di asrama.
"Punca lain termasuk individu bergejala lewat dikesan dan masih hadir ke kelas; murid yang dikuarantin di sekolah tidak mematuhi arahan dan prosedur kuarantin; ruangan tumpuan ramai tidak dilakukan pembersihan dan disinfeksi secara berkala; dan sistem pengudaraan yang kurang memuaskan di kelas dan asrama," katanya.
Sehubungan itu, Dr Noor Hisham berkata satu mesyuarat khas diadakan pada 22 Jan lepas melibatkan Kementerian Kesihatan bersama KPM, Jabatan Kesihatan Negeri (JKN), Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (MKAK), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT), Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), serta Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).
Antara cadangan penambahbaikan bagi mengurangkan risiko penularan jangkitan COVID-19 dalam kalangan pelajar dan warga pendidikan ialah mematuhi sepenuhnya Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0 yang dikeluarkan KPM.
Selain itu, sekolah perlu melakukan penilaian risiko dengan segera supaya pelajar yang dijangkiti COVID-19 dapat diasingkan dan tindakan segera dapat dilakukan ke atas kontak rapat dan pelajar perlu segera membuat laporan kepada guru, warden atau wakil pelajar, walaupun bergejala ringan.
Mengenai kes baharu COVID-19, Dr Noor Hisham berkata sebanyak 4,744 kes dicatatkan hari ini dengan 30 kes (0.6 peratus) daripadanya adalah Kategori Tiga, Empat dan Lima manakala 4,714 kes (99.4 peratus) lagi terdiri daripada Kategori Satu dan Dua.
"Daripada 4,744 kes itu, sebanyak 429 adalah kes import dan 4,315 pula adalah kes tempatan dengan 129 kes memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan 72 kes memerlukan bantuan pernafasan," katanya.
Beliau juga memaklumkan sebanyak 21 kluster baharu dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kluster aktif adalah 259 manakala kadar kebolehjangkitan COVID-19 (Rt) Malaysia semalam pula adalah 1.09.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 26 2022

Dr Noor Hisham berkata peningkatan ketara itu dicatatkan selepas pembukaan sesi persekolahan pada 2022. - Gambar/ Bernama
Tumpuan Isnin – 24 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (23 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tentera Israel luaskan serangan di utara Tebing Barat
Rejim Zionis memperhebat serangan di utara Tebing Barat dengan mengerahkan kereta kebal di sekitar bandar Jenin buat kali pertama sejak serangan mereka di wilayah itu pada 2002.
Pendekatan berpasukan cerminan dasar-dasar negara dilaksanakan berkesan
Penganalisis politik berpandangan penekanan terhadap pendekatan berpasukan dalam menangani cabaran utama termasuk hubungan luar negara dan perubahan kedudukan geoplitik mencerminkan keperluan untuk memastikan dasar-dasar negara dilaksanakan dengan lebih berkesan.
Dakwaan wujud kem dalam DAP perkara biasa - Loke
Setiausaha Agung DAP Anthony Loke menyifatkan dakwaan wujudnya kem tertentu dalam parti itu menjelang pemilihan Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) sebagai perkara biasa yang ditimbulkan pihak luar bagi mengganggu-gugat ketenteraman parti.
Jawatankuasa ditubuhkan kaji beban tugas pensyarah
Sebuah jawatankuasa ditubuhkan bagi meneliti dan mengkaji beban kerja yag ditanggung tenaga akademik di universiti awam.
Tidak perlu kategori sekolah, tumpu naik taraf sekolah daif
Pendekatan Kementerian Pendidikan membahagikan sekolah kepada tiga kategori iaitu sekolah fokus, sekolah aspirasi dan sekolah inspirasi hanya akan mencetus jurang perbezaan antara sekolah di negara ini.
Dua platform jualan 'online' diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Kementerian Kesihatan (KKM) mengarahkan dua platform jualan dalam talian untuk menurunkan iklan penjualan gula-gula kenyal atau 'gummy' berbentuk mata yang sebelum ini dikatakan meragut nyawa seorang kanak-kanak di Pulau Pinang.
Kuala Lumpur paling rendah, Terengganu tertinggi
Kadar kelahiran di Kuala Lumpur adalah yang terendah di Malaysia dengan 10.7 bagi setiap seribu penduduk pada 2023.
Polis nafi kejadian samun, serangan terhadap pasangan suami isteri di Bangi
Polis menafikan dakwaan berlakunya kejadian samun dan serangan terhadap pasangan suami isteri bersama anak mereka di Bangi dekat sini, seperti yang tular di media sosial.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.