KUALA LUMPUR: Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad.
Menurut kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, sembilan kes dilaporkan melibatkan kategori tiga, empat dan lima.
‘’Hari ini, 1,130 kes atau 38.40 peratus merupakan pesakit kategori satu dan 1,804 kes atau 61.3 peratus merupakan kes kategori dua.
‘’Dua kes atau 0.07 peratus merupakan kategori tiga, kategori empat melibatkan tiga kes atau 0.10 peratus dan empat kes atau 0.14 peratus kategori lima,’’ kata kenyataan itu.
Selain itu, 10 kematian dilaporkan bermula 16 September 2021 sehingga 24 September 2021.
‘’Satu kematian dilaporkan masing-masing pada 16, 17, 20 dan 21 September 2021 dengan kesemua kes mempunyai komorbiditi.
‘’Selebihnya dua kematian dilaporkan pada 22 September 2021 dan empat kematian pada 24 September 2021,’’ tambahnya.
BACA: Terus catat penurunan, 13,104 kes baharu COVID-19 hari ini
Terbaharu, 22 lokaliti membabitkan lapan daerah di negeri itu dikenakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) bermula 25 September 2021 sehingga 7 Oktober 2021.
Ia melibatkan Rumah Charlie, Pruan di Sri Aman, Rumah Lugom, Nanga Taba di Julau dan Rumah Steward, Selangking di Betong.
Sementara dua lokaliti melibatkan Rumah Juan, Parit Beruan, Tanjung Bijat di Sri Aman dan Rumah Tugang, Kampung Ulu Lubai di Limbang dikenakan lanjutan PKPD bermula 26 September 2021 sehingga 5 Oktober 2021.
Astro Awani
Sun Sep 26 2021

Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad. - Gambar hiasan/BERNAMA
Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain hari ini.

Giorgio Rossi bukan lagi CEO MFL?
Spekulasi bertiup kencang apabila hebahan mengenai jawatan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Liga Bolasepak Malaysia (MFL) yang disandang Giorgio Pompili Rossi hanya bertahan selama lima bulan.

Kelantan sasar 100,000 pengunjung meriahkan Madinah Ramadan
Kelantan menjangkakan kira-kira 100,000 pengunjung hadir memeriahkan Madinah Ramadan di Dataran Warisan Stadium Sultan Muhammad IV yang beroperasi sepanjang bulan Ramadan ini.
AWANI Ringkas: Larangan kenderaan berat jadikan aliran trafik makin lancar
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Agong berkenan terima menghadap Anwar di Bahrain
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Bahrain pada Rabu.

Kadar kebolehpasaran graduan TVET cecah 94.5 peratus - Ahmad Zahid
Kadar kebolehpasaran graduan Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) secara purata kini mencecah 94.5 peratus sekali gus membuktikan keperluan tenaga mahir terus meningkat.

Trump arah kawalan lebih ketat ke atas agensi kawal selia bebas
Menurut Trump, adalah menjadi dasar cabang eksekutif untuk memastikan pengawasan dan kawalan presiden ke atas keseluruhan cabang eksekutif.
'Flat' Chow Kit digempur, 124 pati dicekup
Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 124 pendatang tanpa izin dalam serbuan di sebuah bangunan rumah flat 14 tingkat di Jalan Haji Hussein, Chow Kit awal pagi rabu. Pengarah JIM Kuala Lumpur Wan Mohamed Saupee Wan Yusoff berkata 84 warga Indonesia, Bangladesh (17), Pakistan (14), Nepal (4), India (3) dan Myanmar (2) ditahan kerana disyaki tinggal di negara ini tanpa permit sah dan melebihi masa yang ditetapkan. #AWANInews
100,000 rakyat Sabah terima bantuan tunai RM300 sebulan
Sebanyak 100,000 rakyat Sabah bakal menerima manfaat Program Sentuhan Kasih Rakyat (SYUKUR) menerusi bantuan tunai RM300 sebulan. Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor, memaklumkan bahawa bantuan ini diberikan setiap bulan sehingga 31 Disember 2025 kepada penerima yang layak. #AWANInews

ACLE: Arif Aiman hanya kurang satu gol di belakang Cristiano Ronaldo
PENYERANG sensasi Johor Darul Ta'zim (JDT), Arif Aiman Hanapi, telah mengumpul lima gol dan dua bantuan jaringan daripada lapan perlawanan Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) setakat ini.

Mansuh prosedur enterSarawak, bukti keluhan anak Sarawak didengari
Kelonggaran kemasukan ke Sarawak dilihat memudahkan urusan anak-anak Sarawak untuk pulang mengundi jika Pilihan Raya Negeri ke-12 (PRN12) dilaksanakan dalam waktu terdekat.

Kitak urang maok nangga wayang sik? Sabar dolok... dua hari gik
JPBN Sarawak bersetuju membenarkan panggung wayang untuk kembali beroperasi berkuatkuasa mulai 10 Oktober jam 12.01 pagi.

COVID-19: 1,503 kes positif di Sarawak, 19 kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak kekal merekodkan kes harian COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 1,503 kes dicatatkan pada Rabu.

COVID-19: 2,121 kes positif di Sarawak, 99.39 kes kategori 1 dan 2
Sarawak kekal merekodkan kes positif COVID-19 tertinggi dalam negara dengan 2,121 kes dilaporkan hari ini.

1,008 unit silinder oksigen dari Kuala Lumpur tiba di Sarawak
Peralatan perubatan yang diterima itu merupakan persediaan Sarawak untuk peningkatan kapasiti hospital dan mendepani penularan varian Delta.

COVID-19: 2,943 kes positif di Sarawak, sembilan kes kategori 3,4 dan 5
Sarawak sekali lagi melaporkan kes positif COVID-19 tertinggi di seluruh negara dengan 2,943 kes pada Ahad.

Projek pembinaan Hospital Petra Jaya disambung semula, dijangka dibuka 2024 - Khairy
Projek pembinaan semula Hospital Petra Jaya yang terbengkalai selama tiga tahun kini disambung semula setelah kontraktor penyelamat dilantik untuk mengambil alih projek sakit itu.

KKM akan percepat pembukaan Hospital Sri Aman - Khairy
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan mempercepatkan pembukaan Hospital Sri Aman sekali gus menampung keperluan fasiliti perubatan yang dihadapi Hospital Umum Sarawak (HUS) di Kuching.

COVID-19: 2,712 kes positif di Sarawak, 99.82 peratus kategori 1 dan 2
Sarawak sekali lagi merekodkan kes positif COVID-19 harian tertinggi dengan 2,712 kes dilaporkan pada Sabtu.

Vaksin CanSino sedia digunakan di pedalaman Sarawak- Uggah
Bekalan vaksin dos tunggal jenis CanSino di Sarawak sudah bersedia untuk digunakan di kawasan luar bandar.