KUALA LUMPUR:Sebanyak 30 daerah di seluruh negara dikategorikan sebagai zon merah dalam tempoh 14 hari, iaitu dari 18 hingga 31 Oktober, menurut Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC), Kementerian Kesihatan (KKM).
Zon merah itu merangkumi 13 daerah di Semenanjung Malaysia, 16 daerah di Sabah dan satu daerah di Sarawak.
Berdasarkan senarai diberikan CPRC, Sabah kekal mencatatkan zon merah tertinggi iaitu di Kinabatangan, Kota Belud, Kota Kinabalu, Kunak, Lahad Datu, Papar, Putatan, Sandakan, Semporna, Tawau, Ranau, Tuaran, Keningau, Kota Marudu, Kudat dan Penampang.
Beaufort, Sipitang, Nabawan, Pitas, Tambunan, Tenom, Kuala Penyu, Tongod, Beluran dan Telupid masih zon kuning.
Bagi Sarawak, hanya daerah Kuching mencatatkan zon merah, manakala, Limbang dan Miri kategori zon kuning.
Selangor mencatatkan enam daerah zon merah iaitu Petaling, Hulu Langat, Gombak, Klang, Sepang, dan Kuala Langat.
Manakala, daerah Kuala Selangor, Sabak Bernam dan Hulu Selangor dikategorikan sebagai zon kuning.
Zon merah di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur adalah di Kepong dan Titiwangsa, manakala di Wilayah Persekutuan Putrajaya zon kuning.
Di negeri-negeri Utara, Kota Setar, Kedah adalah zon merah dan di Pulau Pinang, daerah Timur laut serta Seberang Perai Selatan juga di zon merah.
Selain itu, Johor Bahru di Johor adalah antara daerah terbaharu dikategorikan sebagai zon merah.
Seremban, Negeri Sembilan pula catat satu zon merah dan zon kuning di daerah selainnya.
Negeri-negeri di Pantai Timur iaitu di Terengganu, Pahang dan Kelantan setakat ini masih tiada zon merah.
Sementara itu, Perlis adalah satu-satunya negeri yang masih berada di zon hijau.
Astro Awani
Sat Oct 31 2020

Zon merah itu merangkumi 13 daerah di Semenanjung Malaysia, 16 daerah di Sabah dan satu daerah di Sarawak. -Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Banduan penjara zon merah dipindah ke zon hijau atasi kesesakan
Jabatan Penjara melaksanakan pemindahan penempatan banduan bagi penjara yang dikategorikan zon merah atau kuning.

Tuaran zon merah COVID-19: 'Situasi di Sabah terkawal' - Dr Zaliha
Orang ramai tidak perlu panik dengan situasi COVID-19 di Tuaran, Sabah, yang dikategorikan sebagai zon merah.

COVID-19: Semua daerah zon merah, MB jamin PKPD tidak libat seluruh Negeri Sembilan
Aminuddin berkata berita bertajuk 'Negeri Sembilan Bakal PKPD Semula?" oleh sebuah media tempatan adalah kurang tepat dan mengelirukan.

COVID-19: Semua daerah di Negeri Sembilan zon merah
Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan berkata, ia melibatkan 38 mukim yang merekodkan jumlah kes COVID-19 melebihi 41 kes.

COVID-19: Labuan kini kembali jadi zon merah
Labuan merekodkan 159 kes COVID-19 dengan dua kluster aktif, sekali gus menukar status pulau bebas cukai ini kepada zon merah berkuat kuasa hari ini.

COVID-19: Azlan bimbang peningkatan kes harian bawa Perlis ke zon merah
Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketara kes harian COVID-19 di Perlis.

COVID-19: Hampir semua kawasan di Semenanjung dalam zon merah
Hanya empat daerah berada di dalam zon kuning, iaitu di Sik, Gua Musang, Kemaman dan Rompin.

Larangan rentas daerah Sabah diawalkan ke Isnin ini
Setakat ini, terdapat masing-masing sembilan daerah dalam zon merah dan zon kuning, tujuh dalam zon hijau serta dua dalam zon jingga.

25 lokaliti penularan COVID-19 di Jempol
PKD Jempol telah mengenal pasti 25 lokaliti yang mempunyai kes positif COVID-19 dalam tempoh 14 hari bermula dari 7 Mei hingga Khamis.

Tiada lagi zon hijau di Semenanjung Malaysia
Tiada lagi zon hijau direkodkan di daerah di Semenanjung Malaysia susulan peningkatan kes baharu COVID-19.