KUALA LUMPUR: Malaysia terus merekodkan kes harian COVID-19 melebihi 5,000 kes dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, daripada 5,671 jangkitan baharu COVID-19 hari ini, sebanyak 1,510 kes dilaporkan di Selangor.
Kuala Lumpur pula mencatat 769 kes diikuti Sarawak (631), Negeri Sembilan (593) dan Johor (524).
Lain-lain negeri merekodkan kes di bawah 300 kes.
Sementara itu, Dr Noor Hisham memaklumkan kes sembuh hari ini adalah 7,325 kes, dengan kumulatif kes sembuh adalah 556,030 kes.
Ia sekali gus menjadikan jumlah kes pulih hari ini melebihi kes baharu yang direkodkan.
Kes aktif ketika ini adalah 79,848 dengan 911 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU) sementara 462 orang pula memerlukan bantuan alat pernafasan.
Dalam tempoh 24 jam lalu juga, sejumlah 73 kematian dilaporkan menjadikan jumlah kes kematian kini adalah 3,684.
Berikut pecahan kes baharu COVID-19 mengikut negeri:
Selangor : 1,510 kes
Kuala Lumpur : 769 kes
Sarawak : 631 kes
Negeri Sembilan : 593 kes
Johor : 524 kes
Kedah : 309 kes
Kelantan : 262 kes
Sabah : 233 kes
Melaka : 184 kes
Pulau Pinang : 166 kes
Perak : 143 kes
Pahang : 112 kes
Terengganu : 108 kes
Labuan : 106 kes
Putrajaya : 18 kes
Perlis : 3 kes
Astro Awani
Thu Jun 10 2021
![COVID-19: 7,325 kes sembuh direkodkan, melebihi jangkitan baharu sebanyak 5,671 COVID-19: 7,325 kes sembuh direkodkan, melebihi jangkitan baharu sebanyak 5,671](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2021-05/71621338613_HishamAbdullah.jpg)
Dr Noor Hisham memaklumkan, daripada 5,671 kes baharu COVID-19 hari ini, 1,510 kes dilaporkan di Selangor. - Foto Bernama
Kerajaan Sarawak memiliki 100 peratus AirBorneo
Kerajaan Sarawak kini memiliki 100 peratus syarikat penerbangan MASWings yang dijenamakan semula sebagai AirBorneo termasuk kakitangan serta aset di Sarawak dan Sabah.
Kerajaan Malaysia, Razak baginda diperintah bayar lebih RM9 juta kepada keluarga Altantuya
Mahkamah Tinggi Shah Alam pada Rabu memerintahkan kerajaan dan penganalisis politik Abdul Razak Baginda membayar lebih RM9 juta kepada keluarga model Mongolia, mendiang Altantuya Shaariibuu.
Siasatan kes 18 ADUN Sabah akan diselesai segera, perlu saksi kukuh - SPRM
Siasatan membabitkan 18 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah yang telah dirakam keterangan susulan dakwaan skandal rasuah berdasarkan penularan klip video perbualan akan diselesaikan secepat mungkin.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan jumlah saksi yang lebih ramai dan sesuai bagi memastikan ada dakwaan yang kukuh.
Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki berkata, pihaknya memerlukan jumlah saksi yang lebih ramai dan sesuai bagi memastikan ada dakwaan yang kukuh.
Tiga pegawai bank dipecat, direhatkan lulus pinjaman tanpa prosedur
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia yakin individu yang terlibat dalam kes Op Sky akan dibawa ke muka pengadilan selewat-lewatnya pada Mac ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihak bank perlu mengambil tindakan keras terhadap pegawai mereka menerima rasuah dengan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki menegaskan, pihak bank perlu mengambil tindakan keras terhadap pegawai mereka menerima rasuah dengan meluluskan pinjaman tanpa mengikut prosedur.
![Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732618025_TBSARADUTERTE.jpg)
Filipina: Naib Presiden Sara Duterte berdepan dakwaan ancaman, hasutan
DOJ beri jaminan bahawa ia tetap komited untuk menegakkan kedaulatan undang-undang dan memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan ketat.
![Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/61703329565_TBBERITAx.jpg)
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 12 Februari 2025.
![Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71709993909_TBBERITAx.jpg)
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-09/71662286960_MATTAFairpelancon.jpg)
Pameran MATTA 2025 dijangka tarik lebih 210,00 pengunjung, jualan RM270 juta
Pameran MATTA 2025 pada 18 hingga 20 April di Pusat Pameran dan Dagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur dijangka menarik kehadiran lebih 210,000 pengunjung.
![Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81738999305_HusseinOmarKhan.jpg)
Op Selamat 23 catat penurunan kes kemalangan kematian di Selangor
Kadar kemalangan sepanjang Op Selamat 23 di Selangor sempena Tahun Baharu Cina mencatatkan penurunan 144 kes atau 6.8 peratus berbanding Op Selamat 21.
![Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-11/51667306843_MASWINGS.jpg)
Premier Sarawak enggan dedah kos pengambilalihan MASwings
Abang Johari Tun Openg enggan mendedahkan kos pengambilalihan MASwings daripada Malaysia Aviation Group (MAG) demi menghormati perjanjian komersial dan pemain lain dalam industri syarikat penerbangan.
![Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-10/81728533949_tbBlackmores.jpg)
Kerjasama BLACKMORES dengan IJN beri kesedaran pentingnya kesihatan jantung
Kerjasama BLACKMORES dengan Institut Jantung Negara (IJN) terjalin pada waktu yang tepat melihat kepada peningkatan trend penghidap sakit jantung dalam kalangan usia muda di Malaysia.
![Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41712209081_NoorHishamAbdullah.jpg)
Jadikan ASEAN platform pembelian ubat secara pukal - Dr Noor Hisham
Usaha berterusan perlu dilaksanakan kerajaan untuk menjadikan ASEAN sebagai platform pembelian ubat-ubatan dan peralatan kesihatan menerusi perolehan secara pukal.
![Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710149908_TBIJNjpg.jpg)
Kejayaan IJN lakukan 2 pemindahan jantung bukti perlu tingkatkan penderma organ
IJN memaklumkan terdapat terdapat 22 pesakit di pusat rawatan tersebut sedang menunggu penderma yang sesuai untuk menerima pemindahan menyelamatkan nyawa.
![Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/41702393560_TBHISHAM.jpg)
Dr Noor Hisham dilantik pengerusi baharu IJN
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdulah dilantik sebagai Pengerusi Institut Jantung Negara (IJN) yang baharu, berkuat kuasa 1 Dis lepas.
![Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-11/41700627185_KementerianKesihataN.jpg)
Nama diperguna, Dr Noor Hisham saman premis minuman herba
Dr Noor Hisham berkata, beliau tidak mempunyai pilihan lain selain mengheret syarikat itu ke mahkamah.
![Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/61696603730_UniversityofCyberj.jpg)
Bekas KP Kesihatan Dr Noor Hisham dilantik Canselor UoC
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Canselor Universiti Cyberjaya (UoC) berkuat kuasa 1 Okt lepas.
![Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71696392515_DrNoorHishamAbdul.jpg)
Dr Noor Hisham kembali berkhidmat di hospital
Pada setiap hari Isnin, Dr Noor Hisham akan melakukan pembedahan, sementara pada hari Selasa pula memberikan konsultansi di klinik.
![Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695853167_ManilaPhilippines.jpg)
Dr Noor Hisham pengerusikan sesi libat urus dan perbincangan TAG UHC di Manila
Mesyuarat akan memfokuskan kepada perbincangan mengenai liputan kesihatan sejagat termasuk pembelajaran daripada impak COVID-19.
![Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-09/71695791277_TBNoorHishamAbdulla.jpg)
Dr Noor Hisham dilantik Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI
Bekas Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dilantik sebagai Pengerusi Kumpulan Kesihatan UCSI.
![Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-06/51686261094_PutriAriani.jpg)
Putri Ariani seorang superstar dan mungkin akan menang Grammy, kata Dr Noor Hisham
Bukan calang-calang bakat Putri Ariani dari Indonesia ini sehingga seluruh dunia mengaguminya.