Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 kini ialah sebanyak 11,446 kes.
Menurut beliau, daripada 869 kes baharu itu, sebanyak satu kes import dan 868 merupakan kes penularan dalam negara, dan 258 daripadanya adalah di Lembah Klang.

Selain itu, Malaysia juga merekodkan kes pulih sebanyak 725 hari ini, menyaksikan jumlah keseluruhan kes pulih daripada COVID-19 adalah sebanyak 30,304 kes.
BACA: COVID-19: Empat kluster diisytihar tamat, empat kluster baharu dikesan
Pertambahan kes kematian baharu turut dicatatkan, iaitu sebanyak enam kes menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian kini sebanyak 300 kes.
Dalam pada itu, KKM turut mengenal pasti empat kluster baharu.