KUALA LUMPUR: Bekalan vaksin yang diagihkan kepada setiap Pusat Pemberian Vaksin (PPV) dibuat secara berperingkat mengikut keperluan jumlah penerima vaksin dan berdasarkan kesesuaian masa.
Bercakap kepada Bernama, Pengarah Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi Kementerian Kesihatan (KKM) A'tia Hashim menjelaskan prosedur pemberian itu bagi menjamin dan menjaga kualiti vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang sensitif terhadap suhu dan mempunyai jangka hayat tertentu mengikut suhu.
Beliau berkata vaksin Comirnaty perlu disimpan dalam penyejuk beku bersuhu ultra-rendah (ULTF) dengan suhu -90ºC sehingga -60ºC bagi memastikan ia dapat berfungsi dengan optimum.
"Apabila dihantar atau diambil oleh PPV, vaksin akan dipindahkan ke kotak sejuk dengan suhu simpanan 2ºC hingga 8ºC dan dimasukkan ke dalam peti sejuk muatan atas dengan suhu penyimpanan yang sama setelah tiba di PPV.
"Vaksin Comirnaty yang disimpan dalam kotak sejuk pada suhu 2ºC hingga 8ºC mempunyai jangka hayat hingga lima hari atau bersamaan dengan 120 jam," katanya ketika dihubungi.
Hari ini negara akan menyaksikan detik bersejarah apabila Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual menjadi individu pertama menerima suntikan vaksin COVID-19 bersama Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
Ia sekali gus menandakan bermulanya Fasa Pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) hingga April 2021 yang merangkumi suntikan vaksin kepada 500,000 petugas barisan hadapan.
Kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech membabitkan 312,390 dos, mendarat di Malaysia pada Ahad lepas.
Mengulas lanjut, A'tia berkata proses penghantaran vaksin ke PPV hanya melibatkan penggunaan kotak sejuk kerana ULTF bersifat statik dan ditempatkan di Pusat Simpanan Vaksin (PSV) ditetapkan.
Beliau berkata pergerakan atau tarikh pengambilan bekalan vaksin di PSV adalah bergantung kepada perancangan atau jadual setiap PPV selain menggunakan kenderaan disediakan PPV masing-masing.
Katanya, prosedur agihan sama turut terpakai bagi bekalan vaksin ke kawasan luar bandar atau pedalaman.
"Sekiranya terdapat keperluan penghantaran vaksin menggunakan kenderaan selain pengangkutan darat (bagi kawasan pedalaman) perancangan (khidmat helikopter) akan dibuat oleh PPV yang berkaitan," katanya.
Mengenai status terkini vaksin Sinovac yang dijangka tiba pada 27 Feb ini, beliau berkata vaksin itu masih lagi dalam proses penilaian Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA).
-- BERNAMA
Bernama
Wed Feb 24 2021

Jururawat Pejabat Kesihatan Daerah Kinta bersiap sedia menjalankan tugas di PPV yang dijadualkan bermula pada 1 Mac depan di Stadium Indera Mulia, Ipoh, 23 Feb, 2021. --fotoBERNAMA
Seorang maut, beberapa individu cedera dirempuh kereta
Sekurang-kurangnya seorang maut manakala beberapa orang lagi cedera selepas sebuah kereta merempuh pejalan kaki di bandar Mannheim pada Isnin.
Trump akan maklum mengenai perbincangan galian Ukraine
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump akan memberikan maklumat terkini mengenai perjanjian galian Ukraine pada Selasa.
Satu dunia merasai inflasi, Singapura tidak terkecuali
Inflasi global menekan ekonomi dan meningkatkan kos sara hidup rakyat Singapura. Perdana Menteri Lawrence Wong menegaskan cabaran ini melangkaui GST, didorong oleh ketidaktentuan global, sementara Bajet 2025 memperkenalkan langkah tambahan, termasuk Pakej SG60, untuk meringankan beban dan mempersiapkan negara menghadapi masa depan yang mencabar.

Aidilfitri: 12,600 tiket tambahan ETS mula dijual hari ini
Tiket bagi perkhidmatan tren tambahan ini akan mula dijual pukul 10 pagi ini (4 Mac).

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

COVID-19: Agihan bekalan vaksin berperingkat ikut keperluan setiap PPV
Prosedur itu bagi menjamin dan menjaga kualiti vaksin Comirnaty keluaran Pfizer-BioNTech yang sensitif terhadap suhu dan mempunyai jangka hayat tertentu mengikut suhu.