KANGAR: Menteri Besar Perlis Datuk Seri Azlan Man menzahirkan kebimbangan terhadap peningkatan ketara kes harian COVID-19 di Perlis sejak lima hari lepas sehingga mencecah lebih 20 kes sehari.
Azlan berkata beliau berasa sedih apabila kebebasan bergerak dan pembukaan sektor ekonomi menerusi peralihan ke Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) telah disia-siakan dengan peningkatan jumlah kes harian secara kumulatif yang hampir mencecah 1,000 kes positif.
"Ini telah mengundurkan kita ke zon merah semula, walaupun sudah memasuki Fasa Tiga Pelan Pemulihan Negara (PPN) bermula 4 Ogos lalu," katanya menerusi laman sosial Facebook miliknya hari ini.
"Saya percaya majoriti rakyat telah mematuhi prosedur operasi standard (SOP) bagi mengekang COVID-19 tetapi masih terdapat sebilangan kecil ahli masyarakat yang tidak mengambil serius soal pematuhan SOP ini," katanya.
Beliau berkata situasi ini telah mengundang risiko untuk dijangkiti virus dan usah terkejut jika kes-kes positif di Perlis akan meningkat secara luar biasa, atau apa yang diistilahkan sebagai 'exponential increase'.
Justeru, Menteri Besar Perlis itu meminta rakyat negeri ini agar elak keluar dari rumah dan mematuhi SOP dalam masa terdekat ini dan katanya daripada maklumat diperolehnya, orang ramai sudah mula berasa takut keluar rumah kerana bimbang dijangkiti wabak COVID-19.
Berdasarkan statistik Jabatan Kesihatan Negeri Perlis, sebanyak 23 kes baharu COVID-19 dicatatkan semalam dengan kes terkumpul sebanyak 910 kes.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 13 2021
Beliau berkata situasi ini telah mengundang risiko untuk dijangkiti virus dan usah terkejut jika kes-kes positif di Perlis akan meningkat secara luar biasa.
Melaka kesan cubaan sebar 'The Ahmadi'
Kerajaan negeri menerusi Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa yang berlangsung pada 3 Oktober tahun lalu juga telah fatwa ajaran itu sebagai sesat dan menunggu untuk diwartakan tidak lama lagi.
Pengubahan wang haram: Bekas CEO syarikat penyiaran pula ditahan
Kes pengubahan wang haram membabitkan seorang CEO syarikat penyiaran di Sarawak memasuki episod baharu apabila bekas CEO syarikat berkenaan turut ditahan.
Singapura yakin Malaysia angkat martabat agenda kelestarian
Singapura meletakkan harapan kepada Malaysia untuk memajukan agenda kelestarian rantau ini semasa mempengerusikan ASEAN 2025.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Menteri Luar Negeri, Dr Vivian Balakrishnan berkata, ini boleh dicapai dengan melengkapkan keperluan infrastruktur dan sokongan kewangan untuk peralihan tenaga boleh diperbaharui.
Thailand alu-alukan rakyatnya cari makan di Malaysia, kembali
Gabenor Wilayah Narathiwat, Trakul Thotham berkata, kerajaan Thailand mengalu-alukan rakyatnya termasuk yang masuk secara haram ke Malaysia untuk mencari rezeki di negara jiran, untuk kembali memandangkan pihak berkuasa negara itu giat meningkatkan sosial ekonomi penduduk terutamanya di wilayah Selatan.
Tujuh pertuduhan Muhyiddin Yassin didengar, dibicara bersama
Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, membenarkan permohonan pihak pendakwaan supaya empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk suapan RM232.5 juta dan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan wang RM200 juta dihadapi Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, dibicarakan dan didengar bersama.
KPM beri jaminan tiada pemotongan Bantuan Awal Persekolahan
Kementerian Pendidikan (KPM) memberi jaminan tidak akan berlaku sebarang pemotongan Bantuan Awal Persekolahan (BAP).
Ketua Polis Negara bantu mangsa di lokasi
Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain membantu seorang penunggang motosikal yang terlibat dalam kemalangan di Lebuhraya Kuala Lumpur - Seremban.
Kerajaan diarahkan segerakan pelarasan pencen
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan memihak kepada sekumpulan bekas penjawat awam dengan mengarahkan kerajaan segera melaksanakan pelarasan pencen seperti yang ditetapkan keputusan mahkamah terdahulu.
MINDEF sedia RM12 bilion untuk perolehan aset, kelengkapan ATM
Kementerian Pertahanan akan menyedikaan peruntukan 12 bilion ringgit untuk Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi tujuan perolehan aset dan kelengkapan.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia sebagai langkah untuk memantapkan lagi keupayaan pertahanan negara.
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ia sebagai langkah untuk memantapkan lagi keupayaan pertahanan negara.
Jenayah AMLA: Giliran bekas CEO syarikat penyiaran, seorang wanita direman
Dua lagi direman bagi membantu siasatan kes pengubahan wang haram iaitu seorang bekas CEO syarikat penyiaran di Sarawak dan seorang wanita yang juga pengarah urusan sebuah syarikat perunding alam sekitar.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.