KUALA LUMPUR: Bantuan yang diberikan kerajaan terlalu sedikit untuk membuat perubahan yang bermakna kepada penerima.
Pakar Ekonomi, Dr Muhammed Abdul Khalid berkata, bantuan juga tidak konsisten selain diberikan kepada perkara yang sudah berlaku kepada rakyat.
"Pertama bantuan yang diberikan terlalu sedikit, kedua terlalu lewat.
"Contohnya Bantuan Khas Prihatin. Kalau orang yang miskin dapat RM1,300 (RM500 kelmarin, RM500 pada November dan RM300 pada Disember). Tetapi dia perlukan wang sekarang.
"Jadi untuk memastikan mereka yang tercicir dapat atau tidak, pertama, beri cukup dan secara konsisten. Ini lebih membantu, kalau beri sedikit dan lambat, ini tidak membantu. Jadi cacamarba.
"Jadi ekonomi tidak dapat dipulihkan dan keluarga juga tidak boleh. Jika persoalan tidak tahu mereka di mana, itu tidak betul kerana kerajaan telah mengemas kini program bantuan.
"Sekarang bantuan tunai begitu efisien sekali. Kerajaan periksa data diri, semua kerajaan tahu," katanya.
Beliau berkata demikian semasa Forum bertajuk "Urban Poverty: The Need of Economic Reform and Good Governance" anjuran Pemuda UMNO pada Rabu.
Selain Dr Muhammed, Pakar Ekonomi Profesor Dr Jomo Kwame Sundaram turut menjadi panel dalam forum berkenaan.
BACA: Lebih banyak bantuan untuk rakyat selepas BKC - PM Ismail Sabri
BACA: Segerakan agihan BKC di kawasan luar bandar - PM
Dalam pada itu kata Dr Muhammed, fokus kemiskinan juga harus beri tumpuan kepada bahagian desa dan bukan kota semata-mata.
Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata lebih banyak bantuan akan disalurkan kerajaan kepada rakyat bermula bulan depan.
Jelasnya, Bantuan Khas COVID-19 (BKC) adalah antara bantuan bagi membantu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat COVID-19.
BKC layak diterima golongan miskin tegar dan B40 dengan jumlah pendapatan RM5,000 dan ke bawah untuk isi rumah dan warga emas, serta bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah, berdasarkan kriteria kelayakan Bantuan Prihatin Rakyat (BPR 2021).
Golongan M40 yang melaporkan cukai pendapatan dengan jumlah pendapatan RM5,001 hingga RM9,000 untuk isi rumah dan RM2,501 hingga RM5,000 untuk bujang juga layak menerima BKC.
Di bawah BKC, kategori miskin tegar, isi rumah akan menerima RM1,300; warga emas sebatang kara (RM500) dan bujang (RM500).
Bagi kategori B40, isi rumah akan menerima RM800, warga emas sebatang kara (RM200) dan bujang (RM200); manakala kategori M40, isi rumah menerima RM250, warga emas sebatang kara (RM100) dan bujang (RM100).
Dalam pada itu, Dr Jomo menjelaskan, banyak perubahan yang perlu untuk memastikan rakyat tidak terus sengsara pada era pandemik.
Katanya, bantuan yang diberi juga bukan setakat mengisi perut tetapi memastikan makanan yang diambil mempunyai zat kepada rakyat.
"Itulah sebabnya kita harus memberi perhatian dan ia patut melibatkan Kementerian Wanita dan sebagainya, tetapi malangnya kita tidak dapat perhatian sewajarnya.
"Pendekatan yang ada sekarang seolah-olah semua ditumpukan kepada Kementerian Kesihatan dan Kementerian Dalam Negeri. Sepatutnya melibatkan seluruh pemerintahan.
"Ini penting apabila melibatkan banyak kementerian di mana boleh dikatakan masalah penyelarasan antara kementerian menjadi satu masalah yang besar kalau dibandingkan dengan dulu.
"Jadi ini masalah yang harus diatasi," jelasnya.
Astro Awani
Tue Sep 07 2021
Kata Dr Muhammed, fokus kemiskinan juga harus memfokuskan kepada bahagian desa dan bukan kota semata-mata. -Astro AWANI
Google Circle to Search kini boleh kenal pasti nombor telefon, URL dan alamat emel
Circle to Search boleh melancarkan aplikasi panggilan telefon, pelayar web, dan emel mengikut konteks secara automatik.
WEF 2025: Potensi besar ASEAN jadi tumpuan di pentas global - Anwar
ASEAN berpotensi sebagai rantau yang terus berkembang dengan pertumbuhan ekonomi lebih pesat.
Lelaki maut, dua cedera dalam insiden tikaman rambang di Nagano, Jepun
Penyerang yang melarikan diri dari tempat kejadian dengan senjata tajam kini sedang diburu polis.
BAMTC 2025: Gabungan pemain berpengalaman-bakat muda taruhan BAM
Barisan skuad yang akan membawa cabaran negara menggabungkan pemain berpengalaman dan bakat muda sebagai resepi utama pada kejohanan itu.
Sambutan CNY Selangor di Jenjarom jangka tarik 30,000 pengunjung
Kerajaan Negeri Selangor melalui Invest Selangor Berhad akan menganjurkan Sambutan Perayaan Tahun Baru Cina Peringkat Negeri Selangor pada 8 Februari di pekarangan Fo Guang Shan Dong Zen Temple.
Bursa Malaysia dibuka rendah
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) merosot 4.19 mata kepada 1,583.61 daripada 1,587.80 semalam.
Faktor keletihan perlahankan rentak permainan TFC
Badrul Afzan mengakui faktor keletihan menyebabkan pasukannya tampil dengan aksi perlahan ketika menentang PSM Makassar FC.
UCL: PSG bangkit malukan Manchester City di Parc des Princes
PSG melangkah ke tangga ke-22 dalam carta liga, manakala The Citizens turun ke tangga ke-25.
WEF 2025: Chief Economists' Briefing - What to expect in 2025?
The global economy is poised for another year of uncertainty and uneven growth, according to the World Economic Forum’s latest survey of chief economists.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Join this session with leading economists from around the world to discuss the emerging economic landscape and the decisions for business and policy-makers in 2025 and beyond.
Insiden tembakan sekolah di Nashville ragut dua nyawa termasuk suspek
Pelajar lelaki berusia 17 tahun melepaskan beberapa das tembakan menggunakan pistol di kafeteria Sekolah Menengah Antioch.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.
Jeju Air kurangkan operasi penerbangan sebagai respons kepada kebimbangan keselamatan
Jeju Air Co. pada Khamis mengumumkan rancangan untuk mengurangkan operasi penerbangan seawal minggu depan, sebagai tindak balas kepada kebimbangan yang semakin meningkat terhadap keselamatan.