SEREMBAN: Mengambus tanah ketika menguruskan jenazah dengan berpakaian lengkap alat perlindungan peribadi (PPE) merupakan antara cabaran yang perlu dilalui pasukan pengurusan jenazah COVID-19 (Tajhiz) Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS).
Biarpun terpaksa berpeluh dengan pemakaian PPE, namun 80 petugas Tajhiz secara sukarela memikul tanggungjawab tersebut bagi memastikan pengurusan jenazah COVID-19 di negeri ini berjalan lancar dan selamat.
Pengarah JHEAINS, Datuk Mohd Zaidi Ramli berkata, petugas tersebut turut menguruskan jenazah bukan warganegara yang disimpan lebih 10 hari di dalam peti kerana perlu menunggu pelepasan daripada pejabat kedutaan negara terlibat.
Mohd Zaidi berkata, seramai lima anggota Tajhiz terlibat bagi menguruskan seorang jenazah bermula daripada mengendalikan jenazah di bahagian forensik hospital, sehingga menguruskan jenazah, mengkafan, menyembahyangkan serta memasukkan jenazah ke dalam keranda dan kenderaan.
Ketika proses pengebumian pula, lapan lagi ditugaskan memastikan liang kubur disediakan dan sesuai dengan saiz jenazah serta menurunkan jenazah dan mengambus tanah.
"Mengambus tanah secara manual dengan berpakaian PPE lengkap terutamanya dalam situasi menguruskan jenazah bagi kematian serentak antara cabaran dilalui oleh petugas kami.
"Dalam beberapa situasi, petugas terpaksa menimba air dari lahad sebelum jenazah dikebumikan. Selain itu terdapat petugas terjatuh dalam liang lahad yang tersedia kerana pemakaian PPE yang berlapis dan berat," katanya kepada Bernama.
Mohd Zaidi berkata, proses pengebumian adakalanya dibantu oleh waris si mati bergantung kepada permintaan ahli keluarga namun dihadkan kepada tiga orang sahaja, tetapi atas faktor keselamatan dan waris perlu melalui tempoh kuarantin, pengebumian hanya dilakukan oleh petugas Tajhiz.
Beliau berkata, proses penggalian kubur dilakukan oleh penggali kubur tempatan mengambil masa dua hingga tiga jam bagi penggalian secara manual dan 30 minit sekiranya menggunakan jentera binaan.
Selain itu pasukan itu turut membantu urusan pengebumian jenazah yang meninggal di negeri lain tetapi perlu dikebumikan di negeri ini susulan permintaan waris.
Jelasnya, setakat ini petugas Tajhiz menguruskan 58 jenazah, daripada jumlah itu jenazah paling muda diuruskan berusia 26 tahun dan paling tua berumur 88 tahun, kedua-duanya lelaki.
Katanya Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) turut memantau proses dilaksanakan agar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk membekalkan pakaian PPE dan melakukan proses sanitasi ke atas barang dan terhadap petugas setiap kali selesai urusan pengebumian. - BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Suasana sekitar pengebumian jenazah salah seorang mangsa positif COVID-19 di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam, Selangor baru-baru ini. - Gambar fail BERNAMA
'Tanggungjawab kita adalah untuk menyantuni' - PM
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa merasmikan Alamanda berwajah baru berkata tanggungjawab kita untuk menyantuni pelbagai kaum dengan menghormati dan kenal perbezaan antara kaum. #AWANInews

Alec Baldwin akui mental merosot selepas tragedi tembakan
Baldwin mengaku bergelut dengan emosi yang tidak stabil dan kesihatan mental yang terjejas.

Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Allahyarham dibawa dari kediamannya di Desa Seri Ampang ke Masjid An Nur Desa Seri Ampang untuk dimandi dan disolatkan.

Jualan 'gummy' dalam talian masih aktif
Produk ini dijual pada harga serendah RM6.50 sebalang dan mendapat sambutan hangat.
Kerajaan perkukuh inisiatif Astro-Tourism, anjur perkelahan astronomi
Kerajaan terus memperkukuh usaha memasyarakatkan dan membudayakan bidang astronomi dan sains angkasa menerusi pelbagai aktiviti dan program berbentuk pembelajaran sains bukan formal secara interaktif.

Keadaan Paus Francis masih 'kritikal' - Vatican
Vatican turut memaklumkan bahawa ketua gereja Katolik itu masih belum "bebas daripada bahaya."
Trump dakwa capai perjanjian dengan Ukraine
Presiden Donald Trump berkata pada Sabtu bahawa Amerika Syarikat telah menutup perjanjian dengan Ukraine mengenai perkongsian hasil daripada galian Ukraine sebagai sebahagian daripada usaha menamatkan perang

Fadillah sertai lebih 4,000 peserta larian kesedaran autisme
Penganjuran program berkenaan mampu memupuk kesedaran dalam kalangan masyarakat untuk lebih peka terhadap situasi golongan autisme.
12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Seramai 12 individu termasuk tiga kanak-kanak dan seorang bayi perempuan terperangkap dalam lif di sebuah hotel di sini pada Sabtu.
AWANI Ringkas: Dua rakyat Israel yang dibebaskan dalam kesihatan baik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Ibu meninggal dunia pada hari perkahwinan, anak sayu urus jenazah
Setengah jam selepas diijab kabul, Ika terima berita pemergian ibunya ke rahmahtullah.

Rasuah urus jenazah: Dua penolong pegawai perubatan dipenjara, denda
Mahkamah menjatuhi hukuman penjara dua hari bagi setiap pertuduhan kepada kedua-dua tertuduh dan memerintahkan hukuman itu berjalan secara berturut-turut bermula hari ini.

JAIS rangka garis panduan selaras kadar urus jenazah
Usaha tersebut dirangka bagi memastikan kos pengurusan jenazah lebih seragam dan selaras.

"Dah sembilan jenazah dia mandikan" - Ajak Shiro syukur anak dah pandai urus jenazah
Semoga dipermudahkan buat Jad Thaqif.

Jenazah pesakit COVID-19 pun kami uruskan, semuanya percuma - Sentuhan Setia Kasih
Kos pengurusan jenazah boleh mencecah RM1,000, mungkin kurang, mungkin lebih mengikut lokasi namun dengan Sentuhan Setia Kasih, mereka sediakan semuanya secara percuma.

COVID-19: Berjam-jam pakai PPE di tanah perkuburan antara cabaran urus jenazah
Biarpun terpaksa berpeluh dengan pemakaian PPE, namun 80 petugas Tajhiz sukarela pikul tanggungjawab pengurusan jenazah COVID-19.