KUALA LUMPUR: Biarpun vaksin COVID-19 masih belum diwajibkan penggunaannya ke atas kesemua rakyat Malaysia, namun, ia harus dilihat sebagai satu keperluan pada masa kini.
Pakar Pengurusan Risiko Kesihatan Persekitaran dan Pekerjaan, Prof Madya Shamsul Bahari Shamsudin berkata, pemberian vaksin merupakan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk untuk mengawal penularan wabak di negara ini.
Selagi tidak mencapai tahap kelompok imuniti, tambah beliau, selagi itu pemberian vaksinasi harus dilakukan seluas mungkin.
“(Pemberian vaksin ini harus diteruskan) sehingga negara kita atau masyarakat kita mencapai satu keadaan di mana kita sebut sebagai imuniti kelompok. Di samping itu juga kita tak boleh abaikan SOP (prosedur operasi standard) sedia ada.
“Apa yang penting masyarakat harus lebih memandang ke hadapan, fokus dalam menyokong proses vaksinasi. Kerana ia bukan sahaja berkepentingan untuk melindungi diri, tetapi juga meningkatkan imuniti masyarakat dan orang sekeliling,” katanya dalam wawancara bersama Buletin AWANI pada Selasa.
Terdahulu, Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK), Khairy Jamaluddin mengumumkan jumlah pemberian harian dos pertama dan kedua vaksin COVID-19 di seluruh negara semalam telah melepasi angka 300,000 buat kali pertama, iaitu 313,761.
Menerusi paparan grafik Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV) yang beliau kongsikan hari ini, penerima dos pertama semalam ialah seramai 196,603 orang, manakala penerima dos kedua ialah 117,158 orang.
Selain itu, jumlah kumulatif penerima dos pertama di seluruh negara kini telah mencapai 20.2 peratus daripada keseluruhan populasi rakyat Malaysia, iaitu seramai 6,585,002 orang.
Dalam pada itu, Shamsul Bahari berkata, pembukaan sektor ekonomi di negeri-negeri Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) memerlukan pemberian vaksin yang lebih meluas.
“Kalau kita lihat baik di Semenanjung, Sabah atau Sarawak, sektor yang perlu diberi perhatian, yang perlu lihat secara kritikal, antara lainnya ialah sektor tempat kerja, peniaga serta pendidikan. Ini sektor-sektor yang kritikal.
"Jadi apa salahnya untuk kita memvaksinasi mereka ini atau masukkan mereka dalam kategori yang diberi keutamaan,” katanya lagi.
Semalam, media melaporkan, peniaga di Pasar Sentral Sibu, Sabah, serta pasar malam daerah itu tidak akan diberi kebenaran untuk menjalankan perniagaan sekiranya enggan menerima vaksin COVID-19.
Langkah itu, menurut Pengerusi Jawatankuasa Pasar dan Penjaja Kecil Sibu, Albert Tiang Ming Ing, merupakan inisiatif dalam memastikan semua penjaja terlibat divaksinasi, pada masa sama memberi keyakinan kepada orang ramai untuk berbelanja.
Firdaus Azil
Tue Jul 06 2021

Pemberian vaksin merupakan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk untuk mengawal penularan wabak di negara ini, kata Prof Madya Shamsul Bahari Shamsudin. - Gambar hiasan

Mohamad Hasan adakan kunjungan hormat ke atas Presiden Iran di Tehran
Kedua-dua pemimpin membincangkan hubungan dua hala antara Malaysia-Iran selain isu serantau dan antarabangsa.

Hamas akan pulangkan mayat empat tebusan Israel
Sebagai pertukaran, Israel akan membebaskan lebih daripada 600 tahanan Palestin.

PRK DUN Ayer Kuning: Calon tempatan lebih baik - MIC
Bagaimanapun, katanya, terserah kepada UMNO untuk buat pilihan dan MIC akan bekerja keras menarik sokongan pengundi, khususnya masyarakat India.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

EPL: Berkelakuan biadap terhadap pengadil, FA gantung Arne Slot dua perlawanan
Slot dan Hulshoff dihukum selepas dilayangkan kad merah oleh pengadil berikutan keputusan seri 2-2 Reds menentang Everton awal bulan ini.

KBS bakal laksana rakan muda buat golongan OKU
Ia bagi memberi ruang kepada pelajar program berkenaan untuk mencungkil bakat mereka terutama dalam bidang sukan.

Izzah pecah rekod Asia, raih emas kedua di ATC 2025
Dalam perlumbaan final, Izzah mencatatkan masa 1 minit 6.229 saat (1:06.229s), memadam rekod Asia sebelum ini iaitu 1:07.137s.

Hatrik Mintah julang Kuching City, Kedah tumbang di Paroi
Mintah tenang menanduk masuk bola hantaran Tchetche Kipre yang terlebih dahulu terkena palang seawal minit ketiga.

Jepun kongsi teknologi pesawat canggih, kukuh kerjasama maritim dengan Malaysia
Pesawat Gulf V akan memainkan peranan penting dalam pengawasan maritim di perairan Asia Tenggara, termasuk perairan Malaysia.

Peningkatan hasil dan ladang perlu untuk tingkat pengeluaran minyak sawit - Mielke
Minyak sawit masih merupakan peneraju harga dan minyak sayuran yang paling dominan dengan jumlah eksport mencecah 55.4 juta tan.

Klip video tular: Ketua Penerangan Pemuda UMNO Titiwangsa mohon maaf
Ketua Penerangan Pemuda UMNO Bahagian Titiwangsa, Sam Adnan membuat permohonan maaf berhubung video dakwaan cubaan curi kertas undi ketika proses pengiraan bagi pemilihan jawatankuasa sayap pada Ahad.

COVID-19: Biarpun belum wajib, vaksin adalah keperluan masa kini - Pakar
Pemberian vaksin merupakan penyelesaian jangka pendek dan jangka panjang untuk untuk mengawal penularan wabak di negara ini.