KOTA BHARU: Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kelantan tidak menggalakkan Perintah Pengasingan di Rumah (HIO) berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini ketika ini.
Pengarahnya Dr Mohd Azman Yacob berkata individu positif wabak itu sebaliknya perlu berada di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
"Ini kerana pertamanya dari segi kawalan dan kedua untuk mengesan gejala terutama pesakit yang berumur. Kalau duduk di rumah mungkin mereka tidak maklumkan kepada hospital atau Pusat Penilaian COVID-19 (CAC)," katanya kepada pemberita hari ini.
Beliau berkata demikian selepas meninjau PKRC Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa di sini.
Dalam pada itu, beliau berkata mereka yang ditempatkan di PKRC di negeri ini perlu terus kekal berada di pusat berkenaan sehingga tempoh kuarantin tamat, susulan terdapat permintaan daripada pesakit COVID-19 yang ingin pulang ke rumah selepas berada tujuh hari di PKRC dan mahu menamatkan baki tiga hari kuarantin secara HIO di rumah.
Dr Mohd Azman berkata Kelantan kini memiliki 10 PKRC berikutan pembukaan dua lagi pusat berkenaan di Dewan Kolej Kemahiran Tinggi MARA (KKTM) Pasir Mas dan Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Tanah Merah.
"PKRC KKTM Pasir Mas telah dibuka pada Selasa (11 Mei) akan menempatkan 160 pesakit wanita, manakala PKRC Tanah Merah beroperasi bermula Rabu (12 Mei) akan menempatkan 200 pesakit lelaki," katanya.
Ditanya mengenai cadangan pembukaan hospital medan, Dr Mohd Azman berkata perbincangan di peringkat negeri bersama tentera telah dilakukan, namun pembukaannya akan disemak semula memandangkan PKRC ketika ini masih mampu menampung jumlah pesakit.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 13 2021

Sebahagian para pesakit yang positif COVID-19 di Pusat Tarbiah Islam Kelantan (PUTIK) Pengkalan Chepa hari ini. - fotoBERNAMA
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

Adu di MySejahtera, rujuk PPV jika ada masalah teknikal dos penggalak
Individu yang mempunyai masalah teknikal berkaitan rekod vaksinasi dos penggalak COVID-19 di aplikasi MySejahtera perlu membuat aduan melalui aplikasi itu atau mengunjungi semula lokasi PPV mereka.

Kerajaan jalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19
Kerajaan sedang menjalankan analisis keberkesanan vaksin COVID-19 bagi mendapatkan pemahaman diri berhubung isu tersebut.

Usaha elak tekanan sepanjang PKP 3.0 - Dr Hafidzah
PKP penuh boleh mengundang tekanan dalam keluarga apatah lagi jika ketua isi rumah hilang punca pendapatan, namun, ada cara untuk menanganinya.

COVID-19: CPRC Kelantan tidak galak pengasingan di rumah
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindakan Cepat Krisis (CPRC) Kelantan tidak menggalakkan Perintah Pengasingan di Rumah (HIO) berikutan peningkatan kes COVID-19 di negeri ini ketika ini.

Pesakit COVID-19 tahap satu dan dua dirawat, kuarantin di rumah
Kementerian Kesihatan (KKM) menetapkan, pesakit COVID-19 tahap satu dan dua menjalani rawatan serta kuarantin di rumah, dengan pemantauan ketat oleh petugas kesihatan berkuatkuasa 1 Jan lepas.

Arahan pengunjung Cameron Highlands jalani ujian pengesanan COVID-19 adalah palsu
JKN Pahang menafikan pihaknya mengeluarkan arahan supaya orang awam yang telah mengunjungi Cameron Highlands menjalani ujian pengesanan COVID-19 seperti yang tular menerusi media sosial.

COVID-19: Lampiran yang tular di WhatsApp tidak tepat - KKM
Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis (CPRC) juga mendapati maklumat pada kandungan lampiran berkenaan mengelirukan.

COVID-19: 30 daerah dalam zon merah sepanjang 14 hari lalu - CPRC
Zon merah itu merangkumi 13 daerah di Semenanjung Malaysia, 16 daerah di Sabah dan satu daerah di Sarawak.

CPRC sedia data, laporan harian COVID-19 dalam tempoh 4 jam setiap hari
Pasukan petugas di belakang tabir Kementerian Kesihatan (KKM) itu, akan menganalisis dan menterjemah data kepada laporan yang ringkas, padat serta mudah difahami.

WHO puji Malaysia dalam urus pandemik COVID-19
Pada peringkat awal penularan wabak pada Februari 2020, Malaysia meningkatkan akses kepada pengujian berkualiti, jumlah katil bagi jagaan kritikal dan ventilator.