Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berharap elaun khas untuk penjawat awam yang terlibat dalam usaha menangani penularan COVID-19 diperluas.
Presiden Cuepacs Adnan Mat berkata pelaksanaannya diharap dapat diperluaskan lagi kepada petugas yang bukan sahaja tertumpu di pintu masuk negara malah di pusat di mana pesakit COVID-19 dirawat.
Beliau berkata Cuepacs menyokong penuh dan berterima kasih kepada Perdana Menteri Interim Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengumumkan pemberian elaun khas kepada doktor, jururawat, petugas perkhidmatan kesihatan, pegawai imigresen dan pegawai lain di barisan hadapan.
"Kerajaan dilihat begitu prihatin dengan beban yang ditanggung oleh penjawat awam ketika wabak COVID-19 ini berlaku.
"Dengan pemberian elaun khas ini, sudah semestinya petugas-petugas berasa gembira dan seterusnya akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti kepada rakyat serta negara dalam melindungi Malaysia daripada penularan COVID-2019," menurutnya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Dr Mahathir ketika mengumumkan Pakej Rangsangan Ekonomi 2020 di Bangunan Perdana Putra di Putrajaya pada Khamis berkata kerajaan akan memberi elaun khas sebanyak RM400 sebulan kepada doktor serta petugas perubatan dan RM200 kepada Imigresen serta petugas lain yang terlibat, berkuat kuasa Februari 2020 hingga penularan COVID-19 berakhir.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Feb 28 2020
![COVID-19: Cuepacs harap elaun khas penjawat awam barisan hadapan diperluas COVID-19: Cuepacs harap elaun khas penjawat awam barisan hadapan diperluas](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2019-12/81577803473_AdnanMat.jpg)
ADNAN: Dengan pemberian elaun khas ini, sudah semestinya petugas-petugas berasa gembira dan seterusnya akan sentiasa memberikan perkhidmatan yang terbaik dan berkualiti. - Gambar fail
NewJeans umum nama baharu, NJZ
Kumpulan K-pop sensasi, NewJeans secara rasmi menukar nama band kepada NJZ. Keputusan itu diumumkan oleh lima ahli band dari Korea Selatan itu pada Jumaat.
Penduduk bimbang sungai bertukar merah
Setakat ini, pihak berkuasa telah mengumpul sampel air dari sungai tersebut yang mengalir ke Rio De La Plata dan bersempadan dengan sebuah rizab ekologi.
Kepala air besar landa pekan Nazca, Peru
Hujan lebat tanpa henti selama lima jam di wilayah Ica, Peru membawa kepada banjir kilat pada Khamis. Hujan lebat itu sekali gus membawa fenomena 'quebrada' atau kepala air yang buruk melanda pekan Nazca.
Jerman tidak setuju keputusan Amerika ambil alih Gaza
Keputusan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang mahu mengambil alih serta membina Gaza tidak dipersetujui oleh Canselor Jerman, Olaf Scholz. Kata Scholz, beliau menolak sepenuhnya cadangan yang disertai rancangan Trump untuk memindahkan penduduk Palestin ke Mesir dan Jordan.
Bank pusat India umum potongan kadar faedah untuk rangsang pertumbuhan ekonomi
Bank Rizab India (RBI) buat pertama kali dalam tempoh hampir lima tahun menurunkan kadar faedah utamanya, dalam usaha merangsang pertumbuhan ekonomi yang perlahan.
IHH Healthcare Sokong Usaha Tangani Kos Penjagaan Kesihatan
IHH Healthcare Bhd menyatakan sokongan sepenuhnya terhadap inisiatif kerajaan dalam menangani kos penjagaan kesihatan yang semakin meningkat.
Pengendali makanan di tapak pesta wajib disuntik antitifoid
Penganjur, pemilik atau penyewa gerai jualan makanan dan minuman di tapak pesta makanan perlu memastikan semua pengendali mendapatkan vaksinasi antitifoid.
Menara Grenfell dirobohkan Jun ini
Menara Grenfell di London yang terbakar tujuh tahun lalu akan dirobohkan. Dalam peristiwa hitam yang berlaku pada awal pagi 14 Jun 2017, seramai 72 mangsa terkorban dan ia disifatkan insiden kebakaran paling dahsyat di Britain.
Pesawat bawa 10 orang hilang di Alaska
Sebuah penerbangan komersial kecil yang membawa 10 orang dilaporkan hilang pada Khamis di Alaska.
10 Berita Pilihan - (7 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
![Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732275995_TBAdnanMat.jpg)
Kakitangan Suhakam tidak teruskan piket, Cuepacs akan runding cari penyelesaian
Cuepacs akan mengadakan rundingan dengan Suhakam bagi mencari penyelesaian terbaik, berkaitan tuntutan dan permasalahan dihadapi kumpulan pekerja suruhanjaya itu.
![Penjawat awam diingatkan jangan tambah hutang baharu - Cuepacs Penjawat awam diingatkan jangan tambah hutang baharu - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-11/61732275995_TBAdnanMat.jpg)
Penjawat awam diingatkan jangan tambah hutang baharu - Cuepacs
Cuepacs mengingatkan ahlinya agar tidak menambah hutang baharu sejurus menerima kenaikan gaji pertama Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) berkuatkuasa hari ini.
![Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675493958_AdnanMat.jpg)
Belanjawan 2025: Cuepacs seru penjawat awam tingkat komitmen perbaiki sistem penyampaian
Penjawat awam diharap memberi komitmen penuh dalam memastikan iltizam kerajaan untuk menambah baik sistem penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat, dapat dilaksanakan dengan berkesan.
![Penubuhan badan berkanun bertindih peranan perlu dikawal - Cuepacs Penubuhan badan berkanun bertindih peranan perlu dikawal - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725015025_AdnanMat.jpg)
Penubuhan badan berkanun bertindih peranan perlu dikawal - Cuepacs
Penubuhan badan berkanun yang menyebabkan pertindihan fungsi perlu dikawal segera, apatah lagi jika diwujudkan semata-mata untuk meletakkan 'orang politik' dalam badan tersebut.
![Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/61725015025_AdnanMat.jpg)
Henti budaya fitnah, hormat institusi perkhidmatan awam - Cuepacs
Cuepacs menggesa penggiat media sosial supaya tidak membuat tuduhan palsu dan tidak berasas mengenai institusi perkhidmatan awam hingga memberi gambaran tidak baik kepada penjawatnya.
![Pelarasan gaji: Kerajaan hargai pengorbanan, dedikasi penjawat awam - Cuepacs Pelarasan gaji: Kerajaan hargai pengorbanan, dedikasi penjawat awam - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/71723789875_penjawatawam.jpg)
Pelarasan gaji: Kerajaan hargai pengorbanan, dedikasi penjawat awam - Cuepacs
Penjawat awam berasa dihargai apabila kerajaan melakukan pelarasan gaji melalui pengenalan Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
![Amalan tatakelola baik penjawat awam mampu tingkat mutu perkhidmatan - Cuepacs Amalan tatakelola baik penjawat awam mampu tingkat mutu perkhidmatan - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/41723548182_TBAdnanMat.jpg)
Amalan tatakelola baik penjawat awam mampu tingkat mutu perkhidmatan - Cuepacs
Usaha berterusan dalam meningkatkan tatakelola itu juga mampu mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap kerajaan dan institusi awam.
![Cuepacs seru penjawat awam tingkatkan prestasi, selari kenaikan gaji Cuepacs seru penjawat awam tingkatkan prestasi, selari kenaikan gaji](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-08/81722861359_tbPerhimpunanInspir.jpg)
Cuepacs seru penjawat awam tingkatkan prestasi, selari kenaikan gaji
Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyeru penjawat awam supaya sentiasa memberikan komitmen tinggi dan meningkatkan prestasi kerja selari dengan kenaikan gaji.
![Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-01/81706413642_AdnanMat.jpg)
Ketua jabatan laku kesalahan jika tak ambil tindakan terhadap pegawai terlibat rasuah, salah laku
Ketua jabatan yang tidak mengambil tindakan terhadap pegawai terlibat dengan salah laku dan rasuah boleh dianggap melakukan kesalahan.
![Sekat kenaikan pangkat jika sorok salah laku lahirkan penjawat awam cakna tanggungjawab - Cuepacs Sekat kenaikan pangkat jika sorok salah laku lahirkan penjawat awam cakna tanggungjawab - Cuepacs](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-02/51675493958_AdnanMat.jpg)
Sekat kenaikan pangkat jika sorok salah laku lahirkan penjawat awam cakna tanggungjawab - Cuepacs
Ia perlu dilihat sebagai langkah memastikan perkhidmatan awam sentiasa berada pada tahap terbaik.