JAKARTA:Demonstrasi besar-besaran yang dirancang diadakan di ibu kota Jakarta esok bagi membantah undang-undang berkaitan tenaga kerja, dibimbangi akan memburukkan lagi penularan COVID-19 di Jakarta dan Indonesia.
Provinsi Jakarta setakat hari ini mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi di republik itu iaitu 82,190 kes, tambahan 1,211 kes baharu dalam tempoh 24 jam, dan secara puratanya mencatatkan kes baharu harian sekitar 1,000 kes setiap hari, sejak akhir Ogos lepas.
Demonstrasi besar-besaran mahasiswa dan pekerja itu, dijadualkan berlangsung esok di depan Istana Negara, Jakarta, bagi membantah Undang-undang Omnibus Law Ciptaker yang diluluskan Parlimen Indonesia pada Isnin lepas.
Menurut media tempatan yang memetik kenyataan Aliansi Badan Eksekutif Mahasiswa Seluruh Indonesia dan Persatuan Buruh Indonesia, demontrasi itu akan bermula 10 pagi esok bagi membantah undang-undang berkaitan tenaga kerja itu, yang didakwa mengabaikan hak pekerja, antaranya pengurangan kos pampasan terhadap pekerja yang diberhentikan, pengurangan cuti tahunan, pembatalan peraturan gaji minima, dan pindaan berkaitan peraturan pekerja kontrak.
Beberapa siri demonstrasi yang dihadiri beribu mahasiswa dan golongan pekerja, telah diadakan sejak semalam, di beberapa kota lain di Indonesia.
Ramai pihak kini bimbang demonstrasi berkenaan, akan memburukkan lagi penularan virus COVID-19 di Indonesia yang setakat hari ini mencatatkan 4,538 kes positif baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini 315,714.
Berdasarkan data yang disiarkan Badan Nasional Pengurusan Bencana (BNPB) dalam laman twitter rasminya @BNPB_Indonesia hari ini, sebanyak 142,213 lagi pesakit masih dalam pemantauan virus berkenaan.
Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini juga, sebanyak 98 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah kematian kumulatif di republik itu kini 11,472 orang.
Provinsi Jawa Timur mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 3,350 orang, diikuti Jakarta (1,817), Jawa Tengah (1,462) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 07 2020

Demonstrasi besar-besaran mahasiswa dan pekerja itu, dijadualkan berlangsung esok di depan Istana Negara, Jakarta. -Bernama
[Data & Statistik] Prestasi ringgit setakat 3 Mac 2025
Bagaimana prestasi pembukaan ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini? Ikuti perkongsian lanjut di Niaga AWANI.
Ringgit dijangka kekal RM4.45-RM4.47, data ekonomi AS jadi fokus
Ringgit dijangka diniagakan dalam julat RM4.45-RM4.47 berbanding dolar AS, dipengaruhi oleh dasar tarif AS dan data ekonomi utama seperti NFP dan indeks ISM. Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, menjelaskan kesannya terhadap pasaran dan dasar monetari.
Dividen KWSP & Jurang Pendapatan: Realiti gaji dan simpanan di Malaysia
Adakah dividen KWSP yang tinggi benar-benar mencerminkan peningkatan kesejahteraan kewangan pencarum? Walaupun kadar dividen meningkat, ramai masih berdepan simpanan persaraan yang tidak mencukupi. Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, Ketua Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, mengupas isu jurang pendapatan, strategi pelaburan KWSP, dan cabaran ekonomi rakyat Malaysia.
Bagaimana KWSP memastikan pulangan mampan dalam jangka panjang? Adakah model simpanan persaraan ini masih relevan di tengah perubahan ekonomi? Ketahui jawapannya dalam perbincangan ini.
Bagaimana KWSP memastikan pulangan mampan dalam jangka panjang? Adakah model simpanan persaraan ini masih relevan di tengah perubahan ekonomi? Ketahui jawapannya dalam perbincangan ini.

22 motosikal musnah dalam kebakaran awal pagi
Bengkel motosikal termasuk empat buah kedai setingkat jenis kelas B di Kampung Tekah Baru yang terbakar sekitar jam 5.11 pagi tadi.

Remaja lelaki lemas selepas terjatuh ketika memancing di Port Dickson
Mayat mangsa ditemukan pada 12.28 tengah malam di permukaan pantai sektor C dalam jarak 50 meter dari tempat mangsa terjatuh.

Pemandu maut, treler terbalik dalam longkang di Jalan Gerik - Kupang
Seorang lelaki meninggal dunia selepas treler muatan kayu lapis terpakai yang dipandunya terbabas lalu terbalik ke dalam longkang.

USS Carl Vinson tiba di Korea Selatan, tunjukkan komitmen AS terhadap sekutunya
USS Carl Vinson diiringi kapal penjelajah peluru berpandu USS Princeton dan kapal pemusnah berkeupayaan Aegis, USS Sterett.

Strategi bantu OKU dapat akses pekerjaan antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Strategi untuk membantu OKU mendapatkan akses kepada pekerjaan yang sewajarnya dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.

Warga emas meninggal dunia di bazar Ramadan
Berusia 75 tahun, Zainon Said mempunyai sejarah penyakit kronik, iaitu kencing manis, darah dan kolesterol tinggi.

Skandal pernikahan, poligami dan perceraian Raja Zulu…
Masalah perkahwinan Raja Zulu nampaknya berpunca daripada kegagalannya mematuhi tradisi sepenuhnya.

Video 'deepfake' Prabowo jadi bahan perdaya rakyat Indonesia
Video penipuan menggunakan teknologi 'deepfake' berjaya memperdayakan ribuan rakyat Indonesia.

Indonesia kurangkan harga tiket penerbangan domestik 13-14 peratus sempena Aidilfitri
Pengurangan harga itu mencerminkan komitmen kerajaan menyokong rakyat yang merancang menyambut Aidilfitri di kampung halaman.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu, Singapura, Thailand, Kemboja mulai Ahad
Umat Islam di Indonesia akan mula berpuasa pada 1 Mac manakala Singapura, Thailand dan Kemboja akan mula berpuasa pada 2 Mac.

Umat Islam di Indonesia mula berpuasa Sabtu
Kementerian Agama Republik Indonesia menetapkan 1 Ramadan 1446 Hijrah jatuh pada Sabtu, 1 Mac 2025, hasil sidang penetapan yang diadakan di Jakarta pada Jumaat.

"Yulia bukan pembantu rumah, dia sebahagian daripada keluarga kami"
Rafidah Partiman dan Ahmad Hakimi Tajuk Arus antara majikan bertuah yang pernah menerima kehadiran pembantu rumah yang bertanggungjawab.

Indonesia lancar kempen kutipan AS$200 juta untuk Palestin
Kempen berkenaan akan bermula pada Ramadan, dengan dana yang dikumpul diperuntukkan untuk bantuan kemanusiaan dan usaha pembinaan semula di Gaza.

Kelayakan Piala Dunia 2026: Indonesia tambah tiga lagi pemain warisan
Indonesia semakin serius apabila tidak putus-putus menandatangani pemain warisan terbaharu bagi menghadapi baki perlawanan pusingan ketiga Kumpulan C Kelayakan Piala Dunia 2026.

Letusan Gunung Lewotobi: Indonesia pindahkan 250 keluarga ke rumah sementara
Kerajaan Indonesia telah menempatkan semula 250 keluarga yang terjejas akibat letusan Gunung Lewotobi Laki-Laki di Nusa Tenggara Timur dari pusat perlindungan pelarian ke rumah sementara.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.