KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia akan terus memantau trend kenaikan COVID-19 yang dilihat semakin meningkat sejak kebelakangan ini, namun menjangkakan ia akan terus terkawal tanpa membebankan fasiliti kesihatan.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa berkata, KKM menjangkakan trend akan terus menaik di penghujung tahun, khususnya sewaktu musim Krismas, ekoran aktiviti kunjung-mengunjung rumah keluarga dan sanak saudara.
Ahli Parlimen Sekijang itu berkata, KKM menggalakkan rakyat untuk terus mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada seperti memakai pelitup muka di tempat yang agak sesak, dan menjaga kebersihan diri.
“Kalau kita tengok beberapa minggu kebelakangan ini kes meningkat. Jumlah nanti saya akan beri, tetapi dalam keadaan sekarang kita lihat kes yang agak ringan, dan tidak membebankan fasiliti kesihatan. Tetapi kita menggalakkan rakyat dan penduduk ambil juga langkah seperti biasa, kalau ada gejala pergi jumpa doktor untuk dapatkan saringan.
“Dan kalau positif (COVID-19) mereka diminta asingkan diri beberapa hari … sekarang SOP masih lima hari. Jika di tempat agak sesak kita galakkan, bukan mandatori, galakkan pakai pelitup muka. Lainnya jaga kesihatan diri ... amalkan SOP biasa yang kita laksanakan,” katanya lagi.
Dr Zaliha berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Program Setahun Bersama Kerajaan Malaysia Madani serta Pelepasan Mobilisasi Madani Afiat dan Saringan Kesihatan di Bukit Jalil, pada Ahad.
Minggu lepas, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, sebanyak 3,626 kes COVID-19 dilaporkan pada Minggu Epidemiologi ke-47 (ME 47/2023) iaitu dari 19 hingga 25 November lepas.
Ia merupakan peningkatan 57.3 peratus berbanding 2,305 kes yang direkodkan pada minggu sebelumnya.
Mengulas mengenai program tersebut, Dr Zaliha berkata, ia merupakan aktiviti kemuncak Madani Afiat, melibatkan 135 orang jururawat dan 40 ahli farmasi KKM.
“Untuk kali ini kita libatkan 380 rumah hari ini, meliputi Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Muhibbah, PPR Raya Permai, PPR Bukit Jalil, Apartment Kuchai Lama, dan Taman Yarl. Ini kawasan yang kita akan lakukan saringan kesihatan.
“Aktiviti saringan kesihatan juga kita lakukan di Dewan Komuniti Salak Selatan hari ini dengan kerjasama Persatuan Penduduk Taman Salak Selatan. Ada juga aktiviti tambahan seperti kita galakkan untuk penduduk atau siapa yang hadir, menerima imunisasi COVID-19 bagi mereka yang belum,” katanya lagi.
Menurut kenyataan KKM, bilangan penduduk disaring melalui aktiviti saringan kesihatan oleh pelatih ke rumah di selangor, Kedah, terengganu, johor, perak, Melaka dan Pulau Pinang telah menjangkau 2,863 orang, melibatkan 1,776 isi rumah.
Melalui Bil yg disaring tersebut, berapa yang dikesan menghidap diabetes, seramai 771 orang (26.93 peratus), diikuti hipertensi, seramai 1,041 orang (36.36 peratus), berisiko mendapat diabetes seramai 417 orang (14.56 peratus), dan berisiko mendapat hipertensi seramai 695 orang (24.28 peratus).
Firdaus Azil
Sun Dec 10 2023
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa melepaskan kenderaan pasukan Mobilisasi Madani Afiat dan Saringan Kesihatan Wilayah Persekutuan. - Astro AWANI
Bruno Fernandes tidak mahu penyokong Manchester United terbiasa kalah
Kapten Manchester United, Bruno Fernandes, tidak sesekali mahukan penyokong pasukan itu membiasakan diri dengan kekalahan.
P2 Biotech sokong seruan TPM revolusi teknologi industri getah
Seruan ini selaras dengan visi P2 Biotech untuk memodenkan sektor getah, memperkasakan pekebun kecil, serta menarik minat generasi muda.
Google ambil alih pasukan kejuruteraan HTC Vive
Android XR akan digunakan set kepala Samsung Project Moohan dan juga cermin mata pintar Samsung yang masih di peringkat awal pembangunan.
Ipoh antara lapan bandar terbaik di Asia perlu dikunjungi
Menurut Rumaizi, Ipoh berada di kedudukan kelima daripada senarai destinasi pelancongan terbaik di benua Asia.
Tumbuk kakitangan Puspakom, pemilik lori didenda RM1,600
Koh Soon Hua, 60, mengaku bersalah selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan dalam bahasa Mandarin oleh jurubahasa mahkamah.
Tumblr TV dilancar kepada umum – Pesaing baharu TikTok?
Tumblr TV sebenarnya adalah produk dari 10 tahun lepas. Cuma, pada ketika itu ia adalah ciri untuk menerokai pelbagai koleksi GIF.
Kanak-kanak maut, lima parah dalam nahas MPV-lori di Maran
Kenderaan dinaiki mangsa dipercayai melanggar belakang sebuah lori yang berhenti di lorong kecemasan kerana mengalami kerosakan pada bahagian tayar.
Ahli Parlimen perlu berhujah berdasarkan fakta, bukan sentimen - Ahli akademik
Menurut Mohamad Fauzan, sikap ini bagi memastikan sesi perbahasan di Dewan Rakyat dilakukan dengan profesional dan beradab.
AWANI Ringkas: Siasatan buku Hannah Yeoh
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
MEF tak sokong bayar gaji berdasarkan jantina
Pekerja perlu menerima ganjaran daripada majikan berdasarkan sumbangan dan prestasi mereka kepada organisasi, bukan berdasarkan jantina.
Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.
Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.
Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.
Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.
hMPV jangkitan ulangan bermusim, tiada keperluan amaran awam
hMPV tidak mempunyai tahap jangkitan dan penyebaran tanpa gejala yang tinggi seperti mana COVID-19.
Tuna capai harga US$1.3 juta di lelongan tahun baharu, harapan pemulihan ekonomi Jepun
Seekor tuna sirip biru berjaya dijual pada harga 207 juta yen (US$1.3 juta) dalam lelongan pertama tahun baharu di sebuah pasar ikan terkenal di Tokyo pada Ahad.
Virus hMPV bukan penyakit baharu, 327 sampel positif dikesan tahun lalu - KKM
Jelas beliau, virus tersebut merupakan salah satu jangkitan saluran pernafasan disebabkan virus dalam keluarga Pneumoviridae.
Situasi COVID-19, influenza di Malaysia terkawal - KKM
Tiada kes varian baharu dikesan, dan varian SARS-CoV-2 yang sedang menular di Malaysia merupakan varian Omicron dan subvariannya.