KOTA KINABALU: Empat kluster baharu COVID-19 dikesan di Sabah pada Isnin dengan dua daripadanya berkaitan sambutan Aidilfitri baru-baru ini, kata Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri Datuk Masidi Manjun.
Beliau berkata Kluster Kampung Bolong Baru di Tuaran dan Kota Belud yang mencatat 33 kes setakat ini, dicetuskan oleh kes indeks seorang suri rumah berusia 28 tahun yang mendapat jangkitan susulan aktiviti kunjung-mengunjung semasa Aidilfitri.
"Kes indeks dari Kampung Bolong Baru (Tuaran) disahkan positif pada 27 Mei. Saringan yang antaranya dilakukan di tempat kerja mendapati 26 kes positif di Tuaran dan tujuh kes di Kota Belud," katanya dalam satu kenyataan semalam.
Masidi berkata satu lagi kluster yang tercetus akibat kunjung-mengunjung semasa Aidilfitri ialah Kluster Taman Wawasan di Beaufort, Papar dan Kota Kinabalu yang sehingga hari ini melibatkan 30 kes jangkitan daripada kes indeks seorang lelaki berusia 66 tahun.
"Kes indeks disahkan positif pada 18 Mei dan saringan kontak rapat mendapati dua kes positif, dengan kontak rapat ini terlibat aktiviti kunjung-mengunjung semasa hari raya di Kampung Tarap, Bongawan.
"Jumlah terbesar kes kluster ini dikesan di Taman Wawasan, Beaufort dengan 20 kes," katanya.
Sementara itu, Masidi berkata Kluster Hamparan di Kinabatangan membabitkan 27 kes di tempat kerja iaitu daripada kluster indeks seorang wanita berusia 26 tahun yang didapati positif pada 29 Mei, sebelum saringan tempat kerja di kilang sawit mengesan 17 kes dan sembilan kes jangkitan kepada tanggungan.
Katanya Kluster Jalan Budi di Tawau pula melibatkan seorang wanita berusia 37 tahun dan merupakan pekerja salon kecantikan di Johor, yang disahkan positif ketika saringan di Pintu Masuk Antarabangsa, Rabu lepas, sebelum saringan kontak rapat kemudian menemukan sembilan kes positif dalam kalangan rakan serumah.
Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri menetapkan premis menjual makanan, peruncitan dan pengedaran antaranya restoran, pasar raya, farmasi, kedai serbaneka dan kedai perkakasan beroperasi dari 7 pagi hingga 7 malam, sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan.
"Pasar awam dan pasar harian pula dibenar beroperasi 6 pagi hingga 3 petang manakala stesen minyak serta kedai serbaneka di stesen itu dari 6 pagi hingga 8 malam," katanya.
Masidi berkata institusi kewangan dan perbankan dibenar beroperasi 8.30 pagi hingga 5.30 petang manakala pejabat firma profesional seperti akauntan, peguam dan jurutera dibenar beroperasi dari 9 pagi hingga 5 petang.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 07 2021

Masidi berkata, kluster membabitkan sambutan Aidilfitri itu ialah Kluster Kampung Bolong Baru dan Kluster Taman Wawasan. - Gambar fail
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

COVID-19: Sabah isytihar tiga kluster institusi pendidikan, kes harian naik kepada 342
Kluster-kluster berkenaan dilaporkan di Tuaran, Keningau dan Lahad Datu

73 warga SMK Sandakan positif COVID-19, cetus kluster baharu di Sabah
Sabah merekodkan satu kluster baharu melibatkan kluster institusi pendidikan di Sandakan iaitu Kluster Jalan Pertukangan, kata Datuk Seri Masidi Manjun.

28 kluster baharu dikesan, 17 daripadanya kluster tempat kerja - KP Kesihatan
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan sebanyak 28 kluster baharu COVID-19 di negara ini pada Sabtu.

42 lagi kluster baharu dikesan, 23 libatkan kluster Tempat Kerja
Sebanyak 42 lagi kluster baharu dikesan hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kluster setakat ini adalah 1,979.

COVID: 836 kes positif baharu di Sarawak daripada Kategori 1 dan 2
Sarawak merekodkan 836 kes positif baharu COVID-19 pada Selasa, menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak.

COVID-19: Kluster pusat tahanan antara 24 kluster baharu yang dilaporkan
Sebanyak 24 kluster baharu dikenal pasti antaranya terdiri daripada kluster tempat kerja, pusat tahanan, dan komuniti.

Vaksin COVID-19: Majikan di Sarawak perlu serah senarai nama pekerja kepada pejabat residen
Senarai nama pekerja perlu diserah kepada pejabat residen bahagian berdekatan sebelum 12 April 2021 untuk tujuan vaksinasi.

Spa, refleksologi, pusat urutan kaki dan pusat karaoke dibenar beroperasi di Sarawak
JPBN Sarawak juga turut melaporkan penambahan satu kluster baharu dikenali Kluster Chupak di Siburan.

COVID-19: Tiga kluster baharu, lima lagi ditamat
Ketua Pengarahnya, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, ia menjadikan kluster aktif ketika ini sebanyak 424 kluster.

PKPB Sarawak dilanjut ke 29 Mac ini
Tarikh PKP Bersyarat negeri itu sepatutnya tamat pada 16 Mac 2021 bagaimanapun dilanjutkan untuk tempoh dua minggu lagi.