BATU GAJAH:Hanya satu produk pelancongan di Perak ditutup sementara susulan terdapat pengunjung disyaki positif COVID-19, kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi.
Beliau berkata setakat ini tiada lokasi tumpuan pelancong lain yang ditutup walaupun kes baharu pandemik itu semakin meningkat.
Katanya, penutupan Taman Tema Sunway Lost World of Tambun selama 14 hari bermula Selasa lepas adalah pendekatan yang diambil pihak pengurusan dan pentadbiran taman tema berkenaan.
"Tindakan itu bukan arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN) tetapi pihak pengurusan dan pentadbiran mereka yang memilih untuk menutup taman tema itu bagi tujuan sanitasi dan keselamatan pekerja serta menjamin keadaan selamat," katanya pada sidang media Majlis Pelancaran Geotourism Vouchers #TravelPeraklah dan Dark Tourism di Kellie's Castle di sini, malam tadi.
Dalam pada itu, Nolee Ashilin berkata kerajaan negeri melalui Tourism Perak dengan kerjasama persatuan pelancongan negeri sekali lagi melancarkan inisiatif pemulihan sektor pelancongan dengan memperkenalkan Geotourism Vouchers #TravelPeraklah dan Dark Tourism@Kellie's Castle.
Menurutnya, Geotourism Vouchers #TravelPeraklah adalah kesinambungan daripada sambutan ulang tahun Geopark Lembah Kinta kali kedua yang secara tidak langsung membantu agensi pelancongan terkesan susulan penularan COVID-19.
Sementara, Kellie's Castle pula meneruskan program Dark Tourism dengan penganjuran Kellie's Night Tour V.3 pada Jumaat dan Sabtu bermula pukul 8 hingga 12 tengah malam sepanjang bulan Oktober ini.
Beliau berharap pelancaran inisiatif baharu itu dapat menggalakkan kedatangan pelancong domestik ke Perak dengan tempoh menginap lebih lama sekali gus membantu ekonomi agensi pelancongan dalam norma baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Oct 16 2020

Nolee Ashilin (tengah) melancarkan Geotourism Vouchers #TravelPerakLah dan Dark Tourism di Kellie's Castle, Batu Gajah, Batu Gajah, 16 Okt, 2020. --fotoBERNAMA
Fokus Minggu Depan: Keselamatan makanan anak-anak sekolah
Ikuti ulasan Dr Nur Aqilah Amalina binti Jaafar, Pensyarah Jab. Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Fakulti Ekologi Manusia, UPM berkenaan dengan keselamatan makanan anak-anak sekolah.

Korea Selatan bantah tuntutan Jepun ke atas pulau kecil Dokdo
Korea Selatan pada Sabtu membantah tuntutan berulang kali Jepun terhadap pulau kecil yang terletak di tengah-tengah antara kedua-dua negara, dikenali sebagai Dokdo oleh Korea Selatan dan Takeshima ole
Hamas akan bebaskan enam tebusan warga Israel
Mereka merupakan enam tebusan terakhir yang masih hidup daripada sekumpulan 33 yang akan dibebaskan pada peringkat pertama perjanjian gencatan senjata yang dipersetujui bulan lalu.
Tiada masalah bekalan santan di Sarawak
Sarawak tidak berhadapan masalah bekalan santan sepanjang bulan Ramadan dan sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.
Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula- Anthony
Kementerian Pengangkutan mengarahkan supaya aspek keselamatan di semua stesen tren, khususnya kemudahan bagi golongan Orang Kurang Upaya (OKU), dikaji semula dan dipertingkatkan.

Sarawak belanja RM6 bilion hingga 2030 laksana projek air
Sarawak akan membelanjakan kira-kira RM6 bilion hingga 2030 untuk melaksanakan projek bekalan air ke kawasan luar bandar.

Wanita dilanggar bas ketika minum di restoran
Kemalangan ini mengakibatkan seorang perempuan berusia 51 tahun yang sedang minum di kedai tersebut mengalami kecederaan bengkak di betis akibat terkena serpihan batu bangunan kedai.

Johor tidak benarkan pelaburan berkaitan pengimportan e-waste
Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang pelaburan membabitkan pengimportan sisa elektrik dan elektronik (e-waste) ke negeri ini.

Peningkatan titik panas isyarat awal ancaman jerebu rentas sempadan di Asia Tenggara
Kebakaran hutan secara sporadik di Asia Tenggara memberi isyarat tentang jerebu berbahaya, yang boleh membawa kesan besar terhadap ekonomi dan masyarakat, mengingatkan kepada episod jerebu pada 1997.

KPDN perketat pemeriksaan harga, usaha tangani pencatutan sempena Ramadan
Ia bagi memastikan peniaga tidak mengambil kesempatan mencatut atau membuat kenaikan harga yang tidak selaras dengan perundangan pencatutan.

Gambar 'sempurna': Penduduk Notting Hill kurang selesa ragam pelancong
Penduduk di Notting Hill, yang menjadi latar filem popular Julia Roberts dan Hugh Grant berjudul 'Notting Hill', meluah perasaan dengan ragam pelancong.

Belanjawan 2023: RM250 juta peruntukan bagi promosi sektor pelancongan
Kerajaan juga akan laksanakan beberapa projek berkaitan isu pelancongan dan kesesakan jalan raya yang telah menjejaskan lokasi tumpuan pelancong.

COVID-19: Hanya satu lokasi pelancongan ditutup di Perak
Penutupan Taman Tema Sunway Lost World of Tambun selama 14 hari bermula Selasa lepas adalah pendekatan yang diambil pihak pengurusan dan pentadbiran taman tema.

Polis Perak sedia hantar anggota dan pegawai ikuti kelas Bahasa Inggeris
Ketua Polis Perak Datuk Razarudin Husain berkata bagi tujuan itu, pihaknya akan bekerjasama dengan rakan strategik seperti pihak universiti dan badan bukan kerajaan (NGO).