KOTA BHARU:Lebih 400 peniaga terutama yang menjual pakaian di Pasar Siti Khadijah di sini merayu kerajaan negeri supaya mempertimbangkan pengecualian bayaran sewa kedai bagi meringankan bebanan mereka susulan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19.
Bukan hanya berdepan risiko hutang sewa kedai, malah ada di antara mereka yang terpaksa menanggung hutang dengan pembekal barangan terutama melibatkan peniaga pakaian di tingkat dua pasar tersebut.
Pengerusi Persatuan Peniaga Bumiputera Pasar Siti Khadijah, Ahmad Nazri Che Omar berkata, lebih 200 peniaga pakaian di tingkat dua pasar itu terpaksa mengikat perut memandangkan mereka hilang punca pendapatan sejak setahun yang lalu.
"Rata-rata kami ini semuanya bergantung harap pada jualan di pasar. Kami tiada kerja lain. Bila kedai tutup, kami tidak mampu untuk bayar sewa.
"Kami berharap pihak Majlis Perbandaran Kota Bharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) dapat pertimbangkan pengecualian bayaran sewa selama tiga bulan.
"Paling kurang berilah kami potongan diskaun untuk sewa bulanan selama enam bulan.
"Kami boleh diibaratkan 'bernafas dalam lumpur', terpaksa juga hadapi demi keselamatan semua pihak.
"Kami patuh pada arahan kerajaan tapi pada masa sama kerajaan pandanglah masalah kami ini," katanya kepada pemberita selepas membuat pemeriksaan di tingkat dua Pasar Siti Khadijah pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ahmad Nazri berkata, 200 peniaga lain yang berada di tingkat satu juga berdepan situasi getir apabila mereka juga hilang hampir 95 peratus pelanggan walaupun dibenarkan beroperasi dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ketika ini.
Sementara itu, peniaga pakaian, Fatin Syahirah Yusri, 24 tahun berkongsi, sejak penularan pandemik COVID-19, dia dan ibu bapanya tidak lagi rancak berniaga seperti dulu.
Katanya, sebelum ini, mereka bergantung sepenuhnya kepada kedatangan pelancong dari luar negeri termasuk beberapa pelanggan tetap yang sentiasa memberi sokongan.
Bagaimanapun, sejak setahun yang lalu, perniagaan yang dijalankan kedua ibu bapanya sejak 20 tahun lalu itu bagaikan hilang seri dan tidak lagi mampu untuk menampung kehidupan mereka sekeluarga.
"Saya cuba juga jual secara dalam talian, namun saya akui pasaran agak mencabar dan banyak saingan yang ada.
"Kebanyakan pelanggan pun lebih suka beli dan tengok secara berdepan terutama pakaian yang kami jual.
"Kami pun berdepan lambakan apabila barangan tidak dapat dijual sebab pakaian ada trend tersendiri mengikut peredaran masa," katanya.
Sinar Harian
Tue Jan 26 2021

Lebih 400 peniaga di Pasar Siti Khadijah merayu kerajaan negeri mempertimbangkan pengecualian bayaran sewa kedai bagi meringankan bebanan mereka susulan terjejas akibat penularan pandemik COVID-19. -Gambar hiasan/Sinar Harian
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
PM tegaskan tiada syarat sokong beliau jika mahu peruntukan
Perdana Menteri menegaskan kerajaan tidak pernah menetapkan sebarang syarat yang memerlukan Ahli Parlimen pembangkang untuk menyokonh beliau sekiranya mahu mendapat peruntukan.
Kerajaan Persekutuan adakan perbincangan dengan Sarawak
Kerajaan Persekutuan akan mengadakan perbincangan dengan kerajaan Sarawak bagi memperincikan skop kerjasama antara Petroleum Sarawak Bhd (Petros) dan Petroliam Nasional Bhd (Petronas).

MARA sasar RM50 juta kutipan Wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.

'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.

MTEM bantah SME Bank bergabung dengan Bank Pembangunan, EXIM Bank
MTEM menegaskan, cadangan penggabungan tersebut atau penggabungan GLIC pada masa hadapan hendaklah melalui proses libat-urus yang komprehensif.

UMNO ikrar pastikan UiTM kekal untuk Melayu, Bumiputera - Zambry
UMNO berikrar untuk terus memastikan UiTM kekal sebagai institusi pengajian tinggi bagi orang Melayu dan Bumiputera.

Rafizi lancar PuTERA35, angkat martabat bumiputera
PuTERA35 disokong oleh tiga teras, 12 pemacu serta 132 ikhtiar yang komprehensif, berani dan berpandangan jauh.

Penempatan matrikulasi cukup, selesaikan isu pelajar cemerlang dinafikan tempat – Bekas KP Pendidikan
Kerajaan perlu menyelesaikan rungutan pelajar cemerlang khususnya dalam kalangan bukan bumiputera yang dinafikan penempatan di pusat matrikulasi.

Jaminan penempatan matrikulasi atasi isu penghijrahan bakat – Teach For Malaysia
Jaminan penempatan di pusat matrikulasi kepada semua pelajar cemerlang tanpa mengira latar bumiputera atau sebaliknya, akan mengatasi isu penghijrahan bakat atau brain drain.

Kemasukan matrikulasi: Tidak jejas kuota Bumiputera
Jelas beliau, tindakan yang dibuat di bawah pentadbiran Kerajaan Perpaduan memerlukan keberanian dalam kepimpinan.

Bagaimana terima semua pelajar cemerlang tanpa jejas kuota bumiputera? - MCA
KPM dan KPT perlu memperincikan butiran mengenai pelaksanaan kemasukan semua lepasan SPM cemerlang dalam program matrikulasi.

Matrikulasi: "Ini bukan jual maruah Melayu, tetapi keadilan" - PM Anwar
PM seru semua pihak untuk melihat pelajar-pelajar cemerlang ini sebagai anak-anak Malaysia yang perlu dilayan dengan adil dan saksama.