KUALA LUMPUR:Keputusan ujian saringan COVID-19 yang positif ke atas Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Hajiji Mohd Noor boleh mencetuskan kebimbangan penularan wabak berkenaan dalam kalangan jentera pentadbiran kerajaan negeri itu.
Pakar Epidemiologi, Prof Datuk Dr Awang Bulgiba Awang Mahmud berpendapat, keadaan Ketua Menteri itu sebetulnya sedikit sebanyak mendatangkan risiko kepada jentera kerajaan negeri terutamanya mereka yang mempunyai kontak rapat.
“Ini membimbangkan jika ahli Kabinet mempunyai kontak rapat maka mereka juga perlu dikuarantin untuk memastikan mereka tidak dijangkiti supaya mampu berfungsi.
“Kalau jentera kerajaan negeri dijangkiti dengan begitu meluas ia akan melumpuhkan pentadbiran negeri dan ini menyukarkan proses pengawalan untuk melaksanakan PKP (Perintah Kawalan Pergerakan) di kawasan yang terlibat di Sabah,” katanya ketika ditemu bual oleh Astro AWANI menerusi Skype pada Sabtu.
Pada Jumaat, Hajiji yang disahkan positif COVID-19 kini menjalani kuarantin wajib di Hospital Queen Elizabeth (QEH) Kota Kinabalu.
Beliau juga dilaporkan menjalani kuarantin kendiri selama dua minggu secara sukarela selepas salah seorang kakitangannya turut disahkan positif COVID-19.
Setakat ini, Sabah mencatatkan negeri tertinggi penularan kes COVID-19 dengan rekod kes harian masih mencecah tiga angka.
BACA: Hajiji disahkan positif COVID-19
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemas kini setiap hari)
Hilmi Malik
Sat Oct 10 2020

Menurut Awang Bulgiba, adalah membimbangkan jika ahli Kabinet mempunyai kontak rapat, maka mereka juga perlu dikuarantin untuk memastikan mereka tidak dijangkiti supaya mampu berfungsi. - Gambar fail
Kuda jatuh gaung berjaya diselamatkan
Anggota bomba di daerah Orange, California bertungkus lumus menyelamatkan seekor kuda yang terjatuh ke dalam gaung pada Jumaat.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Kuda berkenaan bagaimanapun berjaya diselamatkan dan dibawa naik menggunakan bantuan helikopter dari lokasi berbukit San Juan Capistrano.
Lebih 700,000 penyu mendarat di pantai Rushikulya India
Lebih 700,000 ekor penyu spesies Olive Ridley mendarat di pantai Rushikulya yang terletak di timur Odisha, India. Ia rekod terbaharu penetasan penyu atau digelar oleh masyarakat tempatan sebagai fenomena 'Arribada' di pantai itu.
'Indonesia gelap' cerminan tekanan pemerintahan Prabowo
Kepimpinan awal Presiden Prabowo Subianto dalam pentadbiran kerajaan Republik Indonesia menyaksikan penentangan dalam kalangan mahasiswa negara itu. Ia selepas pemotongan bajet terutama melibatkan sektor pendidikan dan kebajikan mahasiswa di negara itu. Salah seorang peserta yang terlibat dalam protes 'Indonesia Gelap' berkata Subianto melakukan keputusan yang buruk dalam pengenalan polisi-polisi kerajaannnya.
Pangkalan data salah laku polis Amerika ditutup
Pangkalan data di seluruh negara yang menjejaki salah laku pegawai polis Amerika Syarikat telah ditutup berikutan arahan Presiden Donald Trump. Menurut notis di laman web Jabatan Kehakiman Amerika, menyatakan Trump telah membatalkan perintah eksekutif yang ditandatangani bekas Presiden Joe Biden menyebabkan Pangkalan Data Akauntabiliti Penguatkuasaan Undang-undang Kebangsaan (NLEAD) dihentikan operasinya.
Pembinaan Gaza dibawah 'pengawasan penuh' negara-negara Arab
Arab Saudi menganjurkan sidang kemuncak peringkat tinggi pada Jumaat bagi membincangkan usaha pembinaan semula Semenanjung Gaza. Pemimpin dari Mesir, Jordan dan negara Teluk menghadiri mesyuarat di Riyadh itu.
Bekas pegawai 1MDB syor siasatan diteruskan
Seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesyorkan siasatan lanjut diteruskan mengenai ketulenan empat surat derma US$681 juta kepada Datuk Seri Najib Tun Razak yang didakwa diterima daripada keluarga diraja Arab Saudi.
10 Berita Pilihan - (21 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Sabtu – 22 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kerajaan kutip RM46 juta menerusi nombor pendaftaran istimewa
Kerajaan berjaya mengutip kira-kira RM46 juta menerusi jualan nombor pendaftaran istimewa (NPI) pada tahun lalu.
Kerajaan setuju kaji pemberian geran perkapitan berdasarkan bilangan penduduk
Kerajaan bersetuju untuk mengkaji semula pemberian geran perkapita kepada kerajaan negeri berdasarkan bilangan penduduk di setiap negeri

Musa Aman Ketua Menteri Sabah paling lama, luas pengalaman
Tun Musa Aman yang dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sabah merupakan Ketua Menteri Sabah yang paling lama berkhidmat untuk negeri itu.

Tular: Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Musa, 73, merupakan Ketua Menteri Sabah paling lama bermula pada 2003 hingga 2018.

Ketua Menteri, Ahli Parlimen Sabah bincang pindaan perlembagaan kewarganegaraan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor hari ini mempengerusikan mesyuarat pramajlis bersama beberapa Ahli Parlimen Sabah bagi membincangkan Rang Undang-Undang membabitkan kewarganegaraan.

Kerjasama Malaysia, Brunei saling menguntungkan kedua-dua negara - Hajiji
Hajiji berkata rundingan itu juga membolehkan kedua-dua negara meneruskan dan mengukuhkan kerjasama meluas, juga memberi manfaat besar untuk hubungan antara Sabah dan Brunei.

Hampir 1 juta pelancong lawat Sabah dalam lima bulan pertama 2023
Angka berkenaan jelas membuktikan sektor pelancongan di Sabah terus menunjukkan pertumbuhan kukuh untuk tahun ini dan masa-masa akan datang.

Isu air: PM Anwar jumpa MB Kelantan, KM Sabah minggu depan
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bakal mengadakan pertemuan bersama Kementerian Sumber Asli dan Menteri Besar Kelantan bagi membincangkan isu permasalahan air pada minggu depan.

Tahun Baharu Cina bawa semangat keamanan, harmoni dan muhibah di Sabah - Hajiji
Hajiji dalam perutusannya menyampaikan ucapan Tahun Baharu Cina kepada semua masyarakat Tionghua di Sabah.

Wujudkan Kerajaan Perpaduan di Sabah, senario terbaik selesaikan kemelut - Syahruddin
Langkah terbaik bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri Sabah ketika ini adalah dengan mewujudkan sebuah Kerajaan Perpaduan di negeri berkenaan.

Bung beri penjelasan isu pergolakan politik Sabah
Beliau turut memberi gambaran bahawa akan ada pengakhiran apa yang berlaku itu.

Politik Sabah: Kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri terus jadi tumpuan
Pemimpin parti-parti politik masing-masing menyuarakan pandangan berbeza mengenai kedudukan Hajiji sebagai Ketua Menteri Sabah.