KOTA KINABALU:Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Dr Jeffrey Kitingan telah diberi pelepasan daripada menjalani pengawasan dan pemerhatian oleh Kementerian Kesihatan mengikut Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Jeffrey yang juga ahli Parlimen Keningau berkata surat pelepasan bertarikh 23 Nov, ditandatangani pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Lembah Pantai.
"Mana-mana individu yang dikuarantin boleh meminta pelepasan lebih awal, bergantung kepada persetujuan daripada Kementerian Kesihatan dan setelah menjalani pemeriksaan kesihatan diperlukan.
"Oleh itu, tidak timbul masalah ketidakpatuhan dan isu berat sebelah kerana pelepasan awal itu tidak bersifat politik," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, ahli parlimen pembangkang mempersoalkan kehadiran Jeffrey di dalam dewan selepas beliau didakwa belum menghabiskan tempoh kuarantin wajib 14 hari sejak tiba dari Sabah.
Menurut surat pelepasan itu, Jeffrey dikehendaki menjalani pengawasan dan pemerhatian di rumah bermula 12 hingga 25 Nov, namun dilepaskan daripada perintah kuarantin itu dua hari sebelum tarikh tamat tempoh selepas didapati keadaan kesihatannya memuaskan.
Jeffrey berkata keputusan dibuat oleh Kementerian Kesihatan yang telah menjalankan beberapa ujian calitan dan ujian darah sejak beliau tiba di Kuala Lumpur pada 12 Nov lepas.
Beliau juga menafikan dakwaan yang dirinya masih berada di Sabah pada 13 Nov dan tuduhan itu disifatkannya sebagai berniat jahat dan fitnah bertujuan merosakkan reputasi dan karakternya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 24 2020

Jeffrey berkata surat pelepasan bertarikh 23 Nov ditandatangani pegawai kesihatan dari Jabatan Kesihatan Lembah Pantai. - Gambar fail
Dua RUU penting dibentang Isnin depan - Fahmi
Rang Undang-Undang (RUU) Perkhidmatan Parlimen 2025 dan RUU Perlembagaan Persekutuan (Pindaan) 2025 akan dibentang dan dibahas dalam sidang Parlimen kali ini untuk diluluskan.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Menurut Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil dalam kenyataan hari ini, RUU tersebut bakal mewujudkan sebuah Majlis Parlimen yang akan dipengerusikan secara bersama oleh Yang di-Pertua Dewan Negara dan Yang di-Pertua Dewan Rakyat.
Sultan Ibrahim berangkat pulang selepas rawatan di luar negara
Yang di-Pertuan Agong berangkat ke luar negara 7 Feb lalu untuk menjalani rawatan konservatif bagi kesakitan ‘musculoskeletal’.
Perkhidmatan tren di PWTC, Titiwangsa, Sentul, Sentul Timur terjejas
Seorang penumpang disahkan terjatuh di kawasan landasan di stesen LRT Titiwangsa pada pagi Sabtu.

Lelaki OKU maut jatuh landasan LRT Titiwangsa
Pemeriksaan lanjut menunjukkan mangsa hilang keseimbangan lalu terjatuh di kawasan rel LRT sebelum dilanggar sebuah tren.
[TERKINI] Lelaki OKU maut digilis tren LRT di Stesen Titiwangsa
Mangsa yang jatuh di kawasan landasan LRT Titiwangsa berstatus Orang Kurang Upaya (OKU) disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

DeepSeek akan berkongsi lebih banyak kod dalam bentuk sumber terbuka
DeepSeek menyatakan mereka akan berkongsi lebih banyak kod mereka meliputi 5 repo, pada minggu hadapan.

Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Suspek direman tujuh hari untuk siasatan mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Pengerusi Ketua Turus Bersama AS ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown.

Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Tel Aviv
Hamas mendakwa mereka menyerahkan mayat Shiri Bibas pada Jumaat, selepas kesilapan dalam penyerahan sebelum ini.

Bendang berselut tebal, beberapa lokasi aktiviti PAT 2025 berubah
Majlis perasmian PAT 2025 yang dijadualkan disempurnakan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail pada petang ini dibatalkan.

Veteran UMNO Datuk Seri Abdul Ghapur meninggal dunia
Jenazah akan disolatkan di Masjid Jamek Kampung Likas, pada jam 9.30 pagi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas.

Kabinet Sabah: Pelantikan TKM, menteri bukan wakil UMNO - Bung Moktar
Katanya, mereka hanya mewakili individu untuk kepentingan diri masing-masing tanpa memikirkan masa depan parti secara menyeluruh.

Hari Malaysia: Tiga elemen bina keharmonian, kesejahteraan negara - Bung Moktar
Tiga elemen merangkumi perpaduan kaum, kesepaduan sosial dan integrasi nasional merupakan kunci utama dalam usaha membina keharmonian dan kesejahteraan negara.

Sabah pohon RM265 juta baiki jalan rosak
Kerajaan Sabah telah memohon RM265 juta daripada kerajaan Persekutuan untuk membaiki jalan raya yang rosak di negeri ini.

Segera adakan sesi libat urus tangani isu PTI Sabah - Chan Foong Hin
Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Chan Foong Hin berkata, sesi tersebut perlu melibatkan semua ahli Parlimen dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) negeri itu, tanpa mengira parti politik.

PRU15 wajar dilaksana selepas MoU Kerajaan-PH tamat Julai ini - Bung Moktar
Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) wajar dilaksana selepas Memorandum Persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik antara Kerajaan Persekutuan dengan Pakatan Harapan (PH) tamat 31 Julai ini.

Ruangan komen FB JKR Sabah ditutup elak perdebatan terbuka, jadi medan tohmahan
Datuk Seri Bung Moktar Radin menjelaskan tindakan menutup ruangan komen di Faceboon JKR Sabah bagi mengelak perdebatan terbuka, menjatuhkan moral dan keadaan tidak sihat yang dicetuskan netizen.

Tidur bantal lain, mimpi kami tetap sama - Bung Moktar
Timbalan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menggambarkan hubungannya dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Hajiji Noor, sebagai 'tidur bantal yang lain, namun mimpi tetap sama'.

Jadikan perjuangan kemerdekaan dahulu inspirasi - Bung Moktar
Bung Moktar berkata, penularan pandemik COVID-19 tidak sewajarnya dijadikan alasan untuk melupakan detik bersejarah negara mencapai kemerdekaan daripada penjajah.

Sabah tuan rumah Hari Malaysia 2021
Sabah sekali lagi dipilih sebagai tuan rumah bagi sambutan Hari Malaysia 2021, kata Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Bung Moktar Radin.