ALOR SETAR: Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas 275 anggota daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) di daerah Yan susulan banjir lumpur 18 Ogos lepas.
Pengarah JKN Kedah Dr Othman Warijo berkata kesemua anggota yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Angkatan Pertahanan Awam (APM), Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Majlis Daerah Yan serta pasukan malim gunung itu telah menjalani saringan menggunakan kit ujian pantas (RTK), semalam.
"Mereka telah menjalani ujian di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) Titi Hayun, Yan pada pukul 4 petang hingga 7 malam. Sebanyak 274 sampel adalah negatif manakala satu sampel yang menunjukkan keputusan 'intermediate' turut disahkan negatif hasil ujian lanjut di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.
"Sementara itu, sebanyak 28 kes positif dalam kalangan mangsa banjir telah dikenalpasti. Sebanyak tiga kes telah dimasukkan ke Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani manakala 10 kes dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC) Sungai Petani," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata 15 lagi kes yang tidak bergejala pula terus berada di rumah dan diawasi oleh Pusat Penilaian COVID-19 (CAC) Daerah Yan.
"Sementara itu, seramai 41 individu diletakkan di bawah pengawasan (PUS) tinggal di rumah dan diawasi secara bersepadu oleh pasukan pemantauan PDRM bersama agensi penguatkuasa lain dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Yan.
"Penduduk di daerah Yan adalah seramai 78,000 orang dengan 53,500 daripadanya berumur 18 tahun ke atas. Hingga semalam, seramai 39,560 orang telah menerima suntikan dos pertama vaksin COVID-19 dan 23,900 orang telah lengkap menerima dos kedua," katanya.
BACA: Bencana Gunung Jerai: Jasad mangsa keenam tragedi kepala air dijumpai
Sementara itu, Dr Othman berkata hasil penilaian risiko oleh PKD Yan mendapati risiko jangkitan penyakit bawaan air banjir adalah rendah dan tiada laporan keracunan makanan diterima.
"Bagi tindakan pencegahan, PKD Yan telah mengambil tindakan segera termasuk lawatan ke rumah semua kes COVID-19 dan PUS bagi memastikan mereka berada dalam keadaan sihat, penilaian kesihatan fizikal dan psikososial yang terlibat dalam kejadian banjir," katanya.
Beliau berkata PKOB Daerah Yan juga telah membuat ketetapan supaya semua badan bukan kerajaan (NGO) yang terlibat dalam kerja sukarela di Yan perlu lengkap divaksin dan membuat saringan COVID-19.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 24 2021

GAMBAR FAIL: Operasi pencarian mangsa keenam yang hilang ketika dalam tragedi kepala air di Gunung Jerai, akan tertumpu di bawah timbunan kayu di kawasan Titi Hayun. - Astro AWANI

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.
Tambah baik peraturan makanan sedia ada
Mengambil contoh penjualan produk gummy, Pensyarah Jabatan Pengurusan Sumber dan Pengajian Pengguna, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr Nur Aqilah Amalina Jaafar berpandangan, makanan itu masih lagi dijual di pelbagai platform, walaupun ia bertentangan dengan peraturan sedia.
Kerajaan lipat ganda basmi kemiskinan tegar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi menegaskan usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.

Cacar monyet: JKN Kedah tingkat pemantauan di sempadan
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah bekerjasama dengan kerajaan Thailand bagi meningkatkan pemantauan di sempadan, susulan situasi semasa jangkitan cacar monyet di negara berkenaan.

JKN Kedah mohon maaf jururawat salah beri tarikh janji temu
Tarikh yang diberikan ialah 5 Ogos 2022 jatuh pada hari Jumaat iaitu cuti hujung minggu di negeri Kedah.

JKN Kedah kesan sepuluh kes Omicron
Beliau berkata, kesemua mereka berusia antara 13 hingga 59 tahun hanya bergejala ringan iaitu kategori satu dan dua sahaja.

Dua kes kematian akibat JE dikesan di Kedah
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengesan dua kematian akibat jangkitan Japanese Encephalitis (JE) di daerah Kota Setar.

Kematian gadis di Baling bukan disebabkan vaksin COVID-19 - JKN Kedah
JKN Kedah sudah membuat siasatan segera mengenai perkara ini dan mendapati dakwaan itu tidak benar.

JKN Kedah minta henti tular video pesakit COVID-19 didakwa dibiarkan mati
Pihaknya sangat kesal dengan tindakan individu tidak bertanggungjawab yang telah menyebarkan video berkenaan.

COVID-19: JKN Kedah saring 275 individu terlibat SAR di Yan
JKN Kedah telah menjalankan saringan COVID-19 ke atas 275 anggota daripada pelbagai agensi yang terlibat dalam SAR di Yan 18 Ogos lepas.

JKN Kedah kenal pasti 33 pesakit COVID-19 mangsa banjir di Yan
Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Kedah telah mengenal pasti dan menguruskan 33 mangsa banjir di daerah Yan yang positif COVID-19 kategori satu dan dua, yang menjalani kuarantin di rumah.

JKN Kedah mohon maaf kesilapan pemberian dos kedua vaksin COVID-19
JKN Kedah memohon maaf kepada seorang penerima vaksin COVID-19 dan keluarganya berhubung kesilapan pemberian suntikan dos kedua yang berlaku di sebuah PPV di Sik pada 5 Ogos lepas.

Hospital swasta di Kedah mula terima pesakit COVID-19
Pada masa sama, dua lagi hospital kerajaan dibuka untuk menerima pesakit COVID-19, iaitu Hospital Kuala Nerang dan Hospital Kulim.