Sejak tiada lagi pendekatan berlembut atau kata-kata nasihat kepada mereka yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pematuhan melonjak kepada 99 peratus setakat semalam.
Barangkali rakyat negara ini sudah mula memahami tujuan utama kerajaan melaksanakan PKP, iaitu untuk memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.
Hari pertama pelaksanaan PKP menyaksikan kadar pematuhannya sekadar 62 peratus.
Kerajaan mahukan pematuhan 100 peratus. Lantaran itu, PKP yang memasuki fasa kedua hari ke-18 pastinya akan menumpukan kepada usaha menumpaskan baki rakyat yang masih degil dan tidak ambil kisah akan penularan wabak COVID-19.
Ia cukup untuk melambangkan ketegasan kerajaan dalam menangani krisis COVID-19 kerana jika lebih lama tempoh PKP ini dilaksanakan, ia bukan sahaja akan menjejaskan ekonomi negara tetapi juga kehidupan rakyat itu sendiri.
Walaupun tiada peningkatan mendadak kes jangkitan COVID-19 direkodkan namun ia bukan lesen untuk kita berpesta mengingkarinya dan orang ramai seharusnya terus membantu kerajaan memerangi 'virus jahat' ini dengan duduk di rumah serta keluar apabila perlu sahaja.
Semestinya orang ramai, termasuk peniaga, mengharapkan agar bazar Ramadan diteruskan seperti tahun-tahun lepas namun disebabkan COVID-19, sebarang aktiviti yang menyaksikan ramai orang berkumpul tidak sesuai diadakan.
Memetik kenyataan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, perhimpunan ramai seperti bazar Ramadan perlu dielak walaupun tempoh PKP tamat. Malah katanya norma dan amalan kehidupan rakyat Malaysia juga perlu berubah dalam suatu tempoh tertentu.
"Contohnya tidak bersalam, membasuh tangan dan ada jarakan sosial sekurang-kurangnya satu meter, perhimpunan contohnya enam bulan hingga setahun kita akan lihat tak galakkan langsung perhimpunan ramai," katanya.
Setakat ini, enam negeri telah mengambil keputusan membatalkan penganjuran bazar Ramadan yang dimulakan kerajaan Negeri Sembilan (26 Mac) diikuti Terengganu (30 Mac), Kedah dan Selangor (masing-masing 1 April), Johor (2 April) serta Pulau Pinang (3 April).
Selebihnya belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung perkara itu.
Mungkin sudah tiba masanya peniaga memikirkan idea pelaksanaan e-Bazar yang kreatif dan inovatif seperti makanan bazar Ramadan boleh dihantar ke rumah. Ini kerana perkhidmatan penghantaran makanan ke rumah semasa fasa pertama PKP mencatat peningkatan sebanyak 70 peratus.
Selain itu, krisis COVID-19 yang nampaknya belum berkesudahan mendorong penyedia perkhidmatan penjagaan kesihatan ataupun pihak tertentu memanfaatkan teknologi baharu bagi menangani penularan wabak tersebut.
Sekumpulan pakar robotik Universiti Putra Malaysia (UPM) membangunkan lima unit robot bagi membantu petugas barisan hadapan menjalankan proses nyah kuman COVID-19 dan dijangka dapat digunakan tidak lama lagi.
Ketika ini, teknologi robotik sewajarnya diperluaskan kerana ia secara tidak langsung mampu mengurangkan risiko jangkitan silang dan meningkatkan kecekapan.
Jika Malaysia ingin dikenali dunia, kita perlu seiring mengejar teknologi kerana hospital di bandar Wuhan, China iaitu lokasi bermulanya wabak itu, telah pun menggunakan robot yang dilengkapi teknologi 5G untuk membimbing pesakit dan menyahjangkit kawasan kuarantin.
Hospital di Thailand turut menggunakan 'robot ninja' untuk menyukat suhu badan dan melindungi petugas kesihatan barisan hadapannya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Apr 04 2020

Sejak tiada lagi pendekatan berlembut atau kata-kata nasihat kepada mereka yang masih ingkar dengan arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), pematuhan melonjak kepada 99 peratus setakat semalam. -Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Saintis China yakin 99 peratus vaksin keluarannya berkesan rawat COVID-19
Firma itu mendakwa ketika ini mereka berada dalam fasa kedua percubaan kepada 1,000 peserta dalam ujian klinikal.

COVID-19: Kadar pematuhan PKP melonjak kepada 99 peratus
Barangkali rakyat negara ini sudah mula memahami tujuan utama kerajaan melaksanakan PKP, iaitu untuk memutuskan rantaian COVID-19 di negara ini.