MELAKA: Kadar penggunaan katil unit rawatan rapi atau ICU COVID-19 di Hospital Melaka menghampiri ambang amaran selepas 51 daripada 72 katil yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 di hospital berkenaan telah diisi setakat semalam.
Exco Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata keadaan tersebut memaksa katil tambahan ICU ditempatkan di wad biasa memandangkan secara keseluruhan terdapat 145 pesakit termasuk pesakit biasa dirawat di ICU hospital itu berbanding kapasiti katil ICU yang hanya 114 buah.
"Perkara ini bukan mudah kerana ia memerlukan katil khas, peralatan lain dan banyak benda kena tetapkan. Ia tidak akan setara sangat dengan ICU sebenar," katanya kepada pemberita dalam sidang media khas di sini hari ini.
Setakat semalam juga seramai 116 pesakit COVID-19 bergelaja rendah telah ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) Pusat Dagangan Antarabangsa Melaka (MITC) Ayer Keroh.
"Seramai 352 pesakit masih menunggu penempatan. Kita juga meneruskan penempatan di PKRC Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS), Selangor dengan 301 pesakit di situ manakala seramai 350 pesakit menjalani isolasi secara persendirian," katanya.
Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan tujuh lagi Pusat Pemberian Vaksin (PPV) akan dibuka di Melaka bagi melancarkan proses pemberian vaksin melalui Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan kepada rakyat di negeri ini.
Katanya, tiga daripada PPV itu mula beroperasi hari ini iaitu PPV Dewan Hang Tuah, PPV Dewan Create Simpang Ampat, Alor Gajah dan PPV Dewan Hj Ithnin, Merlimau.
Beliau berkata baki empat lagi PPV iaitu di Dewan CTRM Batu Berendam, Dewan MMU, Dewan MPHTJ Bukit Beruang dan Dewan UiTM Alor Gajah dijangka beroperasi pada 15 Jun.
"Harapan kita adalah dengan penambahan PPV ini, dijangka seramai 109,510 rakyat Melaka akan menerima vaksin. Ini bermakna 97 peratus daripada mereka yang layak bagi Fasa 2 dan telah mendaftar dalam MySejahtera akan menerima vaksin mereka menjelang 30 Jun 2021," katanya.
Dalam perkembangan berkaitan, sebanyak empat kilang di Melaka iaitu masing-masing dua di daerah Melaka Tengah dan Alor Gajah telah diarah tutup sementara antara 21 Mei hingga 3 Jun berikutan peningkatan kes positif di premis berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Mon May 24 2021

Sebanyak 51 daripada 72 katil yang diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 di Hospital Melaka telah diisi setakat semalam. - Gambar fail
PAC syor keperluan gabung MPN dengan badan pemikir lain
Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) mencadangkan kerajaan melihat keperluan penggabungan atau kerjasama strategik antara Majlis Profesor Negara (MPN) dengan badan pemikir lain di negara ini seperti Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS) serta agensi lain berkaitan.

Raja Salman luluskan pengedaran 1.2 juta naskhah al-Quran untuk Ramadan
Naskhah yang diedar disifatkan sebagai antara edisi terbaik dan dihasilkan dengan sangat teliti, mencerminkan dedikasi kepimpinan Arab Saudi.
MOTAC gantung lesen syarikat umrah Hejira Travel And Tours
Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) menggantung lesen syarikat umrah Hejira Travel and Tours Holding Sdn Bhd kerana didapati melakukan pelanggaran terhadap Akta Industri Pelancongan 1992 (Akta 482).
Pelanggaran polisi punca akaun TikTok media tempatan digantung
TikTok memaklumkan keputusan menggantung akaun milik media tempatan secara kekal, dibuat selepas semua agensi terbabit dikenal pasti melanggar polisi keselamatan berkaitan remaja di platform itu.

Sabah catat kunjungan 3.14 juta pelancong tahun lepas
Jumlah itu menunjukkan peningkatan sebanyak 20.4 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 26 Februari 2025.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Indonesia dan Apple meterai perjanjian, buka laluan untuk jualan iPhone 16
Menteri Perindustrian Agus Gumiwang Kartasasmita berkata perjanjian itu satu pencapaian penting selepas 5 bulan rundingan yang mencabar.
Sanusi mohon maaf kepada Amirudin, saman RM10 juta selesai
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, memohon maaf kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu berhubung kes saman fitnah RM10 juta berkaitan kenyataan mengenai Projek Gerbang Maritim Selangor (SMG).
AWANI Tonight | 26 Feb 2025
AWANI Tonight with Hafiz Marzukhi
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years
- Zelensky to visit White House after mineral deal agreed
- South Korea's birthrate rises for the first time in 9 years

Nahas ngeri Ayer Keroh: Tun Mohd Ali ziarah keluarga, mangsa
Mohd Ali meluangkan masa kira-kira satu jam setengah untuk bertemu ahli keluarga dan mangsa kemalangan.

Aplikasi i-Cemas diperkenal elak kesesakan pesakit di Hospital Melaka
Jabatan Kesihatan Melaka memperkenalkan aplikasi i-Cemas pada hujung Ogos atau awal September bagi mengurangkan kesesakan pesakit di Hospital Melaka.

Syarikat swasta urus tempat letak kereta Hospital Melaka tahun depan - Ab Rauf
Penswastaan berkenaan juga akan melibatkan penggunaan beberapa mekanisme seperti perkhidmatan 'valet parking' atau 'jockey' yang akan turut diperkenalkan.

Hospital Melaka siasat dakwaan tangan bayi bengkak, bernanah ketika terima rawatan
Ngwe berkata, pihaknya sudah mengeluarkan arahan kepada pihak hospital untuk memulakan siasatan secepat mungkin.

Bekas penyampai Suria FM Zizi meninggal dunia
Ahmad Zuwairi, atau lebih dikenali Zizi, dilaporkan menghembuskan nafas terakhir di Hospital Melaka pada jam 1.47 pagi tadi.

Pelakon drama 'Nur' Kamsani Ismail meninggal dunia
Kamsani meninggalkan seorang balu, Norhayati Yusoff, 53, dan enam anak yang berumur di antara 18 dan 36 tahun.

Bayi dihempap pokok ketika berkelah meninggal dunia
Perkara itu dikongsikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Puteri, Tuminah Kadi bahawa Muhammad Zahfran Ilman Mohd Syazawan telah meninggal dunia.

Sami mengaku tidak bersalah cabul doktor
Tertuduh didakwa menggunakan kekerasan jenayah terhadap doktor wanita berusia 26 tahun dengan niat mencabul kehormatan mangsa.

Pengarah APM Melaka meninggal dunia
Mendiang yang berusia 47 tahun meninggal dunia di Hospital Melaka selepas rebah secara tiba-tiba di pejabatnya sekitar pukul 8 pagi.

Gaduh suami isteri, bayi tercurah minyak panas
Dalam kejadian kira-kira jam 5.30 petang Jumaat itu, mangsa dikatakan terpaksa dikejar ke hospital selepas mengalami kecederaan.