KUALA LUMPUR:Daerah Kapit kini dikategorikan sebagai zon merah selepas merekodkan 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari.
Daerah Bau dan Lundu pula dikategorikan sebagai zon jingga selepas masing-masing merekodkan penambahan 22 dan 25 kes jangkitan tempatan dalam tempoh sama.
Menerusi kenyataan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, daerah Beluru yang sebelum ini berada dalam zon merah kini dikategorikan sebagai zon kuning selepas mencatat 20 kes jangkitan tempatan.
“Daerah Song, Dalat, Bintulu, Kanowit, Miri, Sibu dan Kuching kekal berstatus Merah dengan sejumlah 1,934 kes jangkitan tempatan.
“Sehingga kini, hanya sembilan zon hijau di Sarawak termasuk Asajaya, Limbang dan Tanjung Manis,” kata kenyataan itu.
Selain itu, Sarawak hari ini melaporkan pertambahan 105 kes positif COVID-19 dengan Miri mencatat kes tertinggi dengan 20 kes.
Ia diikuti Bintulu (19), Lundu (14), Sibu (13) Kapit (11), Meradong (lapan), Song (enam), Bau Kanowit dan Serian (dua) manakala satu kes di Kuching, Samarahan, Matu, Julau, Pakan, Dalat, Beluru dan Subis.
Satu kluster baharu iaitu Kluster Bintang Daily di Meradong turut dilaporkan menjadikan jumlah kluster aktif di negeri itu kepada 12.
“Sehingga kini, lapan kes positif (termasuk kes indeks) dilaporkan menerusi kluster ini. Kes indeks kluster ini merupakan kes 3,612, dikesan menerusi saringan individu bergejala di Klinik Kesihatan Bintagor pada 23 Januari 2021 dan disahkan positif tiga hari selepas itu.
“46 individu telah disaring dengan tiga disahkan negatif manakala 35 masih menunggu keputusan ujian makmal,” kata kenyataan itu.
Antara lain, satu kematian di Hospital Sibu turut dilaporkan melibatkan kes 3,285 yang dimasukkan ke hospital pada 22 Januari 2021 dan meninggal dunia pada 31 Januari 2021.
Kes yang berusia 77 tahun turut mempunya ko-morbid seperti masalah paru-paru kronik tahap empat, darah tinggi dan gout.
Syafik Shukri Jalil
Mon Feb 01 2021

Satu kematian di Hospital Sibu turut dilaporkan melibatkan kes 3,285 yang dimasukkan ke hospital pada 22 Januari 2021 dan meninggal dunia pada 31 Januari 2021. FOTO: Astro AWANI

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Tahap pematuhan PKP di Kapit dan Song tinggi
Tahap pematuhan warga Kapit dan Song terhadap pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di dua daerah itu adalah tinggi.

COVID-19: Kapit kini zon merah, 105 kes positif di Sarawak
Daerah Kapit kini dikategorikan sebagai zon merah selepas merekodkan 41 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari.