KUALA LUMPUR: Kawalan di sekatan jalan raya (SJR) akan diperketatkan menjelang Hari Raya Aidiladha.
Menurut Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata langkah itu susulan peningkatan jumlah kenderaan yang cuba merentas negeri semalam.
"Kawalan diperketatkan di sekatan jalan raya. Semalam sahaja ramai diarahkan patah balik. Pihak polis hari ini lebih tegas, sebab esok hari raya," kata Ismail Sabri.
Dalam pada itu, ketika ditanya berhubung pemeriksaan rumah ke rumah, beliau berkata ia adalah di bawah bidang kuasa Polis Diraja Malaysia (PDRM) bagi memastikan ziarah rumah ke rumah tidak berlaku.
"Saya tidak pasti apa tindakan polis dari segi pemantauan rumah ke rumah atau tidak, ini adalah tindakan penguatkuasaan PDRM.
"Di SJR, ya, tapi rumah ke rumah perlu diumumkan oleh pihak polis," katanya ketika ditemui pemberita selepas melancarkan Program Mindef Prihatin di Wisma Pertahanan pada Isnin.
Mengulas lanjut mengenai pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) oleh ahli politik mahupun pemimpin, tegas Ismail Sabri, tindakan kompaun yang sama akan dikenakan tanpa mengira darjat.
"Pelaksanaan apabila berlaku pelanggaran SOP ialah pihak polis, kalau sesiapa sahaja menteri atau timbalan menteri, polis boleh ambil tindakan.
"Tindakan di bawah PDRM. Pelaksanaan dan pemantauan dari segi tangkapan serta kompaun, (itu di bawah) polis dan agensi yang diturunkan kuasa oleh KKM di bawah Akta 342.
"Sekarang sudah turun kuasa kepada Pihak Berkuasa Tempatan dan agensi kerajaan lain. Mereka boleh ambil tindakan termasuk memberikan kompaun," jelasnya lagi.
Sebelum ini, beberapa pemimpin politik dikenakan kompaun selepas didapati melanggar SOP Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Terbaharu, Menteri Besar Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor akan dikenakan kompaun berhubung kes memandu uji kereta di sebuah pusat jualan dan pameran kenderaan di Autocity Juru, Seberang Perai, Pulau Pinang pada 5 Jun lalu.
Polis Pulau Pinang memaklumkan menerima arahan berhubung siasatan kes berkenaan dan kompaun akan dikeluarkan dalam masa terdekat.
Fareez Azman
Mon Jul 19 2021

Kawalan di sekatan jalan raya (SJR) akan diperketatkan menjelang Hari Raya Aidiladha. -Gambar fail

Thailand pertimbang bina tembok sempadan sekat pergerakan sindiket pusat panggilan
PM Thailand tekankan keperluan untuk usaha berterusan dan mencadangkan beberapa langkah, termasuk mengkaji kebolehlaksanaan tembok sempadan.
Sekatan bantuan akan musnahkan kehidupan rakyat Gaza - UNICEF
Tegas Pengarah Serantau UNICEF untuk Asia Barat dan Afrika Utara, Edouard Beigbeder,
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
sekatan bantuan tersebut akan merosakkan operasi menyelamatkan nyawa untuk orang awam.
Hamas penuhi komitmen perjanjian - Pegawai Kanan
Menurut laporan Al Jazeera, Osama Hamdan berkata pihaknya "komited kepada perjanjian" dan ingin melihat perjanjian tersebut diteruskan ke peringkat kedua.
Lebih 2,000 bomba giat padam kebakaran hutan di Jepun
Kira-kira 4,600 penduduk masih berada di bawah nasihat evakuasi, dengan api membakar ribuan hektar tanah setiap hari.
Seorang maut, empat cedera dalam serangan tikaman di Israel
Menurut pihak polis tempatan, suspek yang merupakan seorang warganegara tempatan turut maut dalam insiden berbalas tembakan dengan pasukan keselamatan di lokasi kejadian.
Bekas Presiden FIFA, lagenda bola sepak kembali ke mahkamah
Pendakwa raya Persekutuan Zwitzerland telah mengemukakan rayuan terhadap keputusan itu bagi membolehkan perbicaraan baharu dijalankan terhadap Sepp Blatter dan Michel Platini.
Malaysia seru kerjasama global, tingkat keterhubungan
Malaysia menyeru kerjasama global yang lebih kukuh dalam usaha membina masa depan yang lebih terhubung, inovatif dan lestari. Ia sekali gus menekankan kepentingan transformasi digital dalam memacu pertumbuhan ekonomi serta kemajuan masyarakat.
12,600 tiket tambahan untuk Aidilfitri mula dijual pada Selasa
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) akan menyediakan empat perkhidmatan tren elektrik (ETS) tambahan bermula 28 Mac hingga 6 April ini sempena Aidilfitri bagi memenuhi permintaan tinggi penumpang.
Kerugian Universiti Awam meningkat, pentadbiran universiti dipersoal
Menurut Pengarah Allianz Centre for Governance, Universiti Malaya, Prof Zaharom Nain, sikap berdiam diri ini menimbulkan persoalan mengenai pendirian mereka.
KKM Ambil Langkah Agresif Tangani Isu Inflasi Perubatan
Kementerian Kesihatan (KKM) telah mengambil langkah agresif menangani isu inflasi perubatan yang menyebabkan kenaikan premium insurans kesihatan.

PRK Pelangai: Siapa pun calon, dia wakili parti - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, tidak sepatutnya timbul isu berhubung siapa yang dipilih bertanding kerana pada akhirnya, calon itu akan tetap membawa nama dan imej parti.

Pinda Akta DBP, beri kuasa ambil tindakan salah guna bahasa Melayu - Ismail Sabri
Ismail Sabri berkata, perkara itu merupakan sebahagian daripada usaha semasa pentadbirannya, namun tidak sempat dilaksanakan disebabkan pertukaran Kerajaan.

Tidak bersara, Ismail Sabri akan terus aktif politik walaupun bukan lagi Naib Presiden
Ismail Sabri berkata beliau juga akan kekal menjalankan tanggungjawab sebagai Ketua UMNO Bahagian Bera selepas menang tanpa bertanding.

Kerajaan 'caretaker' bersidang seperti biasa, bentang bajet mini untuk gaji penjawat awam
Kerajaan semasa akan kekal sebagai kerajaan caretaker sekiranya tiada mana-mana parti membentuk kerajaan dalam masa terdekat ini.

Pasca PRU15: 'BN tak sokong mana-mana gabungan bentuk kerajaan' - Ismail Sabri
Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) telah membuat keputusan untuk tidak menyokong mana-mana gabungan untuk membentuk kerajaan.

PRU15: Ismail Sabri tiba di Istana Negara
Tujuan sesi menghadap antara Perdana Menteri dan Yang di-Pertuan Agong berkenaan masih menjadi tanda tanya.

MH17: Malaysia berpuas hati dan sokong keputusan Mahkamah The Hague - PM
Malaysia sentiasa berpendirian bahawa perbicaraan yang dijalankan mesti berlandaskan kebenaran, keadilan dan tanggungjawab.

PRU15: 'Deklarasi Profesor Melayu G70 sokong Anwar' tidak wakili MPN - Ismail Sabri
Perkara itu dimaklumkan Presiden MPN sendiri, Profesor Datuk Dr Raduan Che Rose ketika dihubunginya pada Rabu.

Banjir: Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri seluruh negara telah diaktifkan - PM
Ismail Sabri berkata, fokus gerak kerja di peringkat negeri dan daerah telah bersiap sedia untuk menghadapi sebarang kemungkinan.

PRU15: 'Saya masih calon PM untuk BN, tiada perubahan' - Ismail Sabri
Jelas Ismail Sabri, tiada perubahan mengenai keputusan yang telah dibuat BN sebelum ini.