KUALA LUMPUR:Kementerian Dalam Negeri sentiasa memastikan prosedur operasi standard (SOP) dipatuhi dalam proses penjagaan banduan atau orang tahanan, sama ada di penjara, depoh tahanan imigresen (DTI) atau lokap polis.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ismail Mohamed Said berkata, pematuhan SOP dilakukan berdasarkan arahan dan nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia, iaitu penjarakan fizikal, pemakaian pelitup muka dan sanitasi diri.
Katanya di Dewan Rakyat hari ini, SOP yang digunapakai adalah berdasarkan kepada dua proses, iaitu penerimaan tahanan dan sama ada untuk mendapatkan rawatan atau terus ke mahkamah.
“Untuk proses penerimaan, kita asingkan tahanan selama lima hari dalam bilik tahanan sementara untuk buat saringan.
"Kalau positif, kita akan hantar ke hospital. Kalau negatif, kita akan hantar ke satu lagi bilik tahanan selama 9 hari. Selepas negatif selama 14 hari, baru tahanan itu dimasukkan ke penjara besar.
“Ini untuk kita pastikan pegawai kita patuhi penjarakan fizikal. Kalau dalam Depoh Tahanan Imigresen (DTI) Jabatan Imigresen Malaysia, SOP yang sama iaitu 14 hari.
"Apabila ada kes positif, kita hantar ke hospital. Selepas negatif 14 hari baru masuk ke bilik bersama tahanan lain,” kata Ismail ketika menjawab soalan tambahan Dr Lee Boon Chye (PH-Gopeng).
Dr Lee bertanya mengenai pemantauan terhadap agensi berkaitan berhubung pengurusan tahanan dan banduan, memandangkan peningkatan kes COVID-19 di penjara dan DTI.
Dalam soalan asalnya, beliau minta Menteri Dalam Negeri menyatakan bilangan pesakit COVID-19 yang berasal dari penjara serta depot tahanan imigresen.
Ismail berkata, sehingga kini seramai 829 orang banduan didapati positif, manakala tahanan imigresen seramai 1,355 orang.
DTI Bukit Jalil mencatatkan jumlah tahanan positif COVID-19 tertinggi iaitu seramai 650 orang, diikuti DTI Langkap (481 orang), DTI Semenyih (127 orang), dan DTI KLIA (77 orang).
Firdaus Azil
Wed Dec 09 2020

Sehingga kini seramai 829 orang banduan didapati positif, manakala tahanan imigresen seramai 1,355 orang, Dewan Rakyat diberitahu hari ini. - Gambar hiasan
Rentak cemerlang diteruskan, menang 2-0 ke atas Shieldz FC
Pasukan bola sepak AWANI FC meneruskan rentak cemerlang bagi tahun 2025 dengan merekodkan kemenangan ke atas pasukan Shieldz FC dalam aksi persahabatan. Lebih manis AWANI FC merekodkan kemenangan itu ketika menyarung jersi baharu tajan Brentt Gard Sdn Bhd.
Geran RM3.174 buat 453 usahawan mikro di Sabah
Kira-kira 453 usahawan mikro, kecil dan sederhana di negeri Sabah bakal menerima geran sebanyak RM3.174 juta menerusi program pembangunan usahawan RISDA.

Jangan bekerja secara silo dalam usaha bangunkan usahawan - Ahmad Zahid
Kerjasama strategik semua pihak termasuk kerajaan negeri dan agensi keusahawanan penting dalam melaksanakan program keusahawanan desa yang berkesan.

Yayasan Rizalman Ibrahim biaya dana RM1.2 juta bina surau di Sungai Dua
Rizalman laksana amanah penderma dengan memanjangkan rezeki mereka membiayai pembinaan Surau Ar Rijal.
UK akan umum pakej sekatan baharu, terbesar ke atas Rusia
Kerajaan Britain akan mengumumkan pakej sekatan baharu bagi terus menekan Rusia sempena tahun ketiga pencerobohan Moscow ke atas Ukraine.

Kerajaan Sarawak sedia bincang skop kerjasama Petros-Petronas - Abang Johari
Menyifatkan langkah itu sebagai kolaborasi baik antara kedua-dua pihak, katanya beliau belum menerima sebarang makluman berkaitan tarikh perbincangan tersebut.
Fokus angkat martabat negara, bukan jatuhkan sesiapa - PM
Kata Anwar, peluang bulan Ramadan yang bakal tiba perlu digunakan dengan majlis ilmu untuk memperkasa individu dan masyarakat, dan bukannya diisi dengan tohmahan dan fitnah untuk menjatuhkan mana-mana pihak.
SPRM tahan 4 pegawai ada kaitan dengan Perdana Menteri ke-9
Sumber rapat SPRM memaklumkan perintah reman dikeluarkan oleh Majistret Irza Zulaikha untuk lima hari bermula 21 Februari terhadap tiga individu.
Waspada Akaun palsu Sultan Ibrahim, foto Keluarga Diraja Johor
Menurut Royal Press Office, akaun-akaun palsu tersebut sering digunakan oleh “scammers” untuk tujuan penipuan di laman Facebook dan platform media sosial lain.

Perintah khidmat masyarakat dijangka kuat kuasa tahun ini - Nga
Nga berkata sesi libat urus dan penerangan kepada pihak berkaitan sudah dilakukan beberapa kali dalam memastikan perintah khidmat masyarakat itu dapat direalisasikan.

Dapatan kajian AOD petunjuk awal Kementerian Perpaduan Negara perhebat usaha penyatuan
Kementerian Perpaduan Negara akan menggunakan dapatan kajian AOD untuk dijadikan petunjuk awal bagi memperhebat usaha penyatuan rakyat Malaysia.

300,000 PMKS catat jualaan eksport berjumlah RM867 juta menerusi e-dagang bagi tempoh 2021 hingga 2024 - MITI
MATRADE telah menyelaras usaha membangunkan keupayaan kira-kira 300,000 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang berjaya mengeksport keluar negara melalui pemasaran di platform e-dagang.

Kadar kesuburan di Malaysia menurun sejak 2013 - Nancy
Kadar Kesuburan Jumlah (TFR) di Malaysia dalam tempoh 15 tahun menunjukkan penurunan sejak 2013, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Zakir Naik bebas berceramah, tiada lagi sekatan - Saifuddin
Tiada lagi sebarang larangan atau sekatan berceramah yang dikenakan ke atas Zakir Naik, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.

Tarif AS 25 peratus cabaran kepada Malaysia - Mohamad Hasan
Keputusan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump untuk mengenakan 25 peratus tarif terhadap import automotif, semikonduktor dan farmaseutikal kelak merupakan satu cabaran kepada Malaysia.

PETRA jangka projek mitigasi banjir dapat disegera 12 bulan lebih awal - Fadillah
PETRA menjangkakan projek mitigasi banjir dapat disegerakan hingga 12 bulan lebih awal dari tempoh asal penyiapan projek.

KWSP tidak rugi, raih RM102 juta daripada penjualan saham MAHB - Amir Hamzah
Beliau berkata prestasi saham MAHB yang mengatasi KLCI sebanyak 11.47 peratus pada 2023 turut menjadi faktor utama strategi penjualan saham.

Isu TVET, projek tebatan banjir dan perihal kewangan KWSP tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Lee minta Perdana Menteri menyatakan inisiatif kerajaan dalam memperkasakan golongan muda yang berminat dalam pembelajaran berasaskan kemahiran

PETRA komited teroka kaedah kurang pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik
Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air (PETRA) komited memastikan negara terus meneroka kaedah untuk mengurangkan pelepasan karbon dalam penghasilan elektrik.

Tol MLFF dilaksana PLUS usaha konsesi sendiri - Ahmad Maslan
Sistem Aliran Bebas Pelbagai Lorong (MLFF) yang akan dilaksanakan oleh PLUS adalah atas usaha persendirian syarikat konsesi itu.