KUALA LUMPUR:Kadar kematian berkaitan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih pada tahap rendah iaitu sembilan kematian bagi setiap sejuta penduduk berbanding beberapa negara lain, kata Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan (Perubatan), Datuk Dr Rohaizat Yon.
Menurutnya, kadar itu jelas lebih rendah berbanding Amerika Syarikat yang merekodkan 741 kematian bagi sejuta penduduk, United Kingdom (732), Indonesia (54) dan Filipina (70), berdasarkan data antarabangsa Worldometer.info yang mengukur kematian bagi setiap sejuta penduduk.
Katanya, analisis menunjukkan kematian akibat jangkitan wabak COVID-19 di Malaysia kebanyakannya membabitkan pesakit berusia 50 tahun ke atas iaitu sebanyak 85.4 peratus.
"Lain-lain faktor utama yang turut menyumbang kepada kematian pesakit COVID-19 ialah bilangan komorbiditi yang dihidapi seperti penyakit darah tinggi, penyakit kencing manis dan penyakit jantung serta jangka masa pesakit mendapatkan rawatan di fasiliti kesihatan.
"Pelbagai strategi dirancang dan dilaksanakan oleh KKM (Kementerian Kesihatan) telah menunjukkan kesan positif, yang mana kadar kematian yang direkodkan setakat ini di Malaysia ialah 0.6 peratus masih rendah berbanding rekod kematian di negara lain," katanya dalam kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook KKM.
Ikuti perkembangan terkini COVID-19 di sini
Dr Rohaizat, bagaimanapun berkata, perjuangan dalam memutuskan rantaian penularan COVID-19 masih belum selesai.
Katanya, KKM masih berusaha mempertingkatkan kadar kesembuhan dan mengurangkan kadar kematian akibat COVID-19 selain terus meningkatkan tahap penyampaian kesihatan kepada semua pesakit, sama ada pesakit COVID-19 atau pesakit lain.
Jelasnya, KKM sentiasa memastikan kesiapsiagaan fasiliti hospital termasuk antara lain, kelengkapan unit rawatan rapi dan alat bantuan pernafasan, Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC) serta mobilisasi anggota kesihatan berada pada tahap yang lebih optimum.
"Hingga kini, dunia masih bergelut memerangi pandemik COVID-19. Pelbagai usaha dilaksanakan di peringkat global mahupun Malaysia untuk memenangi peperangan ini.
"Kerjasama yang diberikan oleh seluruh rakyat Malaysia dalam mematuhi SOP (prosedur operasi standard) dan juga pengorbanan besar petugas barisan hadapan yang sanggup berdepan dengan kes jangkitan COVID-19 serta petugas belakang tabir adalah dihargai," katanya. - BERNAMA
Bernama
Wed Nov 18 2020

Kadar kematian berkaitan jangkitan COVID-19 di Malaysia masih pada tahap rendah iaitu sembilan kematian bagi setiap sejuta penduduk berbanding beberapa negara lain, kata Dr Rohaizat. - Gambar BERNAMA

Akademi ASAS Penerangan Komuniti MADANI diperkasa seluruh negara - Fahmi
Program Akademi ASAS Penerangan bagi memperkasa Komuniti MADANI akan diperluas ke seluruh negara ter
Pembahagian kerusi DAP terletak kepada kepimpinan parti
DAP yakin akan bertanding di semua kawasan tradisi mereka di Sabah, namun keputusan muktamad akan dibuat Pengerusi DAP Sabah, Datuk Phoong Jin Zhe.

Dua platform jualan dalam talian diarah turunkan iklan gula-gula kenyal
Dr Dzulkefly berkata berdasarkan profiling yang dibuat, KKM mengenal pasti 86 pautan iklan di dua platform berkenaan mengiklankan produk itu.
Tiada siapa boleh lenyapkan UMNO di Sabah - Bung
Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan bahawa tiada siapa yang boleh melenyapkan UMNO dari bumi Sabah sampai bila-bila.
UMNO terbuka kerjasama dengan parti lain
UMNO tidak pernah tutup pintu kerjasama dengan mana-mana parti menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah akan datang.
Kerajaan Persekutuan peruntuk RM454 juta naik taraf bekalan air di Labuan
Kerajaan Persekutuan memperuntukkan RM454.88 juta untuk membaikiĀ dan penambahbaikan sistem bekalan air sepanjang 106.7 kilometer (km) di Labuan yang menyaksikan 37 kmĀ atau 35 peratus daripada projek itu sudah pun siap.

Polis nafi dakwaan pekerja tapak binaan dipukul gengster
Polis menafikan dakwaan berhubung seorang pekerja tapak pembinaan dipukul oleh kumpulan gengster di sebuah tapak pembinaan di Subang Jaya, seperti yang tular di media sosial semalam.
Hujan lebat berterusan hingga Rabu di pantai barat Sabah
MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada di beberapa kawasan di pantai barat, Sabah mulai Selasa hingga Rabu depan.
Sokongan PIBG penting perkukuh sistem pendidikan negara
Keberhasilan sistem pendidikan negara bukan sahaja bergantung kepada usaha para guru tetapi juga sokongan padu daripada ibu bapa dan komuniti setempat.
Penerima pendidikan tinggi percuma tidak terikat berkhidmat di Sarawak
Anak Sarawak yang menerima tawaran pendidikan tinggi percuma oleh kerajaan negeri tidak terikat untuk berkhidmat di Sarawak apabila tamat pengajian.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.