KUALA LUMPUR: Kematian akibat COVID-19 yang dibawa ke hospital atau brought in dead (BID) berada pada tahap membimbangkan apabila sebanyak 132 kes dilaporkan pada Mei lalu.
Selain mutasi varian baharu COVID-19, antara punca lain kes BID meningkat adalah dipercayai disebabkan peningkatan jangkitan dalam komuniti, serta kes-kes sporadik.
Demikian pandangan dikemukakan Pakar Perubatan Kesihatan Awam, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Prof Madya Dr Mohd Dzulkhairi Mohd Rani.
"Ada juga pesakit mengalami gejala seperti demam dan batuk telah menerima rawatan pesakit luar, tetapi tidak dibuat saringan atau ujian swab ke atas mereka lalu tahap kesihatan mereka merosot, bertambah teruk di rumah dan meninggal dunia.
"Ada golongan yang lebih membimbangkan iaitu mereka yang ada gejala tetapi tidak mengambil berat gejala-gejala ini.
"Mereka tidak mendapatkan rawatan, mungkin disebabkan oleh mereka rasa badan mereka boleh tahan lagi.
"Ada kemungkinan mereka ini mempunyai masalah pengangkutan, ekonomi, kewangan, keluarga tidak ada yang nak jaga anak dan sebagainya. Jadi. kesihatan mereka merosot lalu meninggal dunia," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Ditanya berkenaan usaha menangani masalah tersebut, Mohd Dzulkhairi menasihati orang ramai agar mendapatkan rawatan sekiranya bergejala.
Malah, katanya, ahli keluarga perlu mengesan dan memantau perubahan tahap kesihatan masing-masing sekiranya mempunyai gejala seperti demam, batuk, susah bernafas dan sebagainya.
"Mereka hendaklah menggesa individu yang tidak sihat ini supaya mendapatkan rawatan kerana ahli keluarga juga berperanan membawa individu-individu ini untuk mendapatkan rawatan.
"Selain itu, aktiviti pengesanan penyakit dalam komuniti harus dipertingkatkan selain survelan genomik untuk menentukan jenis-jenis varian baharu," katanya.
BACA: COVID-19: 73 kematian direkodkan, mangsa termuda 13 tahun
BACA: Pakej Kita Selangor 2.0: 'Home assessment tool' diberi, tangani kes BID COVID-19
Tambahnya, anggota masyarakat wajar mematuhi prosedur operasi standard (SOP) sepanjang masa bagi membendung penularan kes baharu COVID-19.
Daripada 2,976 kes kematian COVID-19 yang dilaporkan sehingga 31 Mei lalu, 10 peratus atau 293 kes merupakan kematian di luar hospital.
Harits Asyraf Hasnan
Sat Jun 12 2021
Ada beberapa kemungkinan yang menyebabkan mangsa tidak datang mendapatkan rawatan di hospital, termasuk masalah pengangkutan, ekonomi, kewangan, penjagaan anak, menyebabkan kesihatan mereka merosot dan berakhir dengan kematian. - Gambar hiasan
Hampir 2,000 meriahkan siri pertama di Negeri Sembilan
Hampir 2,000 pengunjung hadir memeriahkan Program Assalamualaikum RaRa 2025 anjuran Astro Malaysia Holdings Berhad (Astro) di Masjid Sri Sendayan, Bandar Sri Sendayan, Negeri Sembilan, pada Sabtu.
Rakyat Syria berhadapan ancaman periuk api di kawasan perumahan
Selepas bebas dari kisah perang saudara, rakyat Syria kini menghadapi ancaman baru, iaitu periuk api dan juga bahan letupan yang masih aktif di kawasan rumah mereka.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Hilal Azmi yang mengikuti Misi Bantuan Musim Sejuk Global Peace Mission Malaysia berada di Maaratul Nuqman, Pinggir Bandar Idlib, Syria ada laporannya.
Rumah transit remaja hamil bawah umur pertama akan dibuka
Rumah transit bagi remaja hamil bawah umur yang pertama akan dibuka DI Kuching dengan kerjasama pelbagaI NGO.
Hutan simpan kekal di Malaysia
Hari ini bermula penguatkuasaan Akta Perhutanan Negara (Pindaan) 2022 Akta A1667 di Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan yang bertujuan menambah baik pengurusan Hutan Simpanan Kekal.
NADMA diminta terus pantau tahap kesiapsiagaan agensi
Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) selaku urus setia kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat (JPBP) diminta agar terus memantau tahap kesiapsiagaan semua agensi terlibat di semua peringkat untuk menghadapi bencana.
Perkembangan terkini banjir di Sarawak
Perkembangan terkini banjir di Sarawak bersama
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
Fadilah Sulaiman, Wakil Astro AWANI
AWANI Borneo [1/2/2025] – Bantuan RM1,000|Banjir|Hari Wilayah
Tumpuan AWANI Borneo 1 Feb 2025 bersama Nickyson Nyambar
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
-JPBN Sarawak pertimbang kes mangsa banjir enggan berpindah ke PPS
- PPS di tiga daerah di Sabah ditutup
-Hari Wilayah: Nilai kekeluargaan teras kemajuan Wilayah Persekutuan
Sherry teruja sertai 'Mantai Bersama' di Assalammualaikum RaRa 2025
Menurut Sherry, program ini menjadi platform untuk masyarakat berkumpul dan menghidupkan semula tradisi setempat.
Perpaduan, nilai kekeluargaan teras kemajuan wilayah persekutuan - Zaliha
Wilayah Persekutuan bukan sekadar tempat tinggal malah menjadi tempat bagi pelbagai lapisan masyarakat untuk membina impian dan mencipta kenangan bersama
Dana kesiapsiagaan bencana perlu dipertingkatkan
Ahli Parlimen Semporna, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menggesa agar pihak kerajaan menyediakan dana mencukupi untuk mempertingkatkan tahap kesiapsiagaan menghadapi bencana banjir.
Wabak disyaki virus Marburg ragut lapan nyawa di Tanzania - WHO
Wabak disyaki virus Marburg di Tanzania menjangkiti sembilan individu dan mengakibatkan lapan kematian setakat ini, menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).
Kes demam denggi menurun pada ME52, satu kematian dilaporkan
Jumlah keseluruhan kes demam denggi tahun lepas adalah sebanyak 122,423 kes dengan 117 kematian.
Selesema burung ancam California dengan peningkatan kes babitkan manusia
Virus yang biasanya dikenali sebagai selesema burung itu menjangkiti 659 daripada 984 operasi tenusu di California sejak Ogos.
20 'kucing besar' mati akibat selesema burung di santuari Washington
Pihak santuari memberitahu, fasiliti itu berada di bawah kuarantin dan akan ditutup sementara, bagi membolehkan habitat disanitasi.
Tangani jangkitan saluran kencing - Pencegahan dan rawatan
Pengesanan awal dan penjagaan kebersihan yang betul adalah penting dalam mencegah Jangkitan Saluran Kencing (UTI), satu daripada jangkitan yang paling lazim di seluruh dunia.
Kes pertama varian mpox baharu disahkan di Jerman
Kes pertama varian clade Ib mpox di luar benua Afrika telah disahkan di Sweden pada pertengahan Ogos.
Kesihatan Tun M semakin baik namun masih perlu pemantauan doktor
Keadaan kesihatan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang sedang menerima rawatan di Institut Jantung Negara (IJN) di sini dilaporkan semakin baik.
Rwanda catat 7 lagi kes penyakit virus Marburg, jumlah kematian meningkat kepada 11
Jumlah keseluruhan jangkitan virus Marburg sejak wabak bermula kini sebanyak 36 kes, dengan 11 kematian dilaporkan setakat ini.
COVID-19: Korea Selatan utamakan pesakit berisiko tinggi menjelang kemuncak jangkitan
Gelombang peningkatan kes semasa musim panas tahun ini dijangka mencapai kemuncaknya pada akhir bulan ini.
Pejabat Kesihatan Jakarta lapor 11 kes mpox
Kes yang dilaporkan merangkumi lapan mukim iaitu Pasar Minggu, Ciracas, Grogol Petamburan, Jatinegara, Kebon Jeruk, Matraman, Tanah Abang dan Tanjung Priok.