Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong disahkan masih menghidap jangkitan COVID-19 selepas hampir sebulan menjalani tempoh pengasingan dan rawatan di Hospital Sibu, Sarawak sejak 16 Mac lepas.
Pemegang rekod kebangsaan dengan catatan balingan sejauh 67.01 meter (m) itu berkata sampel ujian COVID-19 terbaharu yang diambil semalam menunjukkan keputusan positif.
Menurut Jackie, 27, meskipun disahkan masih positif, tahap kesihatannya bertambah baik dari semasa ke semasa dengan beberapa gejala seperti selesema dan batuk telah berkurangan.
Bagaimanapun, pemenang pingat perak Sukan SEA Filipina 2019 itu berkata penyakit asma yang dihidapi mungkin sedikit mempengaruhi tahap kesihatannya, namun keadaan itu sehingga kini tidak memerlukan beliau menggunakan alat bantuan pernafasan.
"Saya tidak dapat pastikan sudah tujuh atau lapan kali ujian dilakukan ke atas saya sejak masuk ke sini (Hospital Sibu). Ujian paling terbaharu adalah semalam dan pada tengah hari tadi doktor sahkan keputusannya positif.
"Gejala seperti batuk masih ada sehingga kini tapi semakin berkurangan. Setakat ini kesihatan saya semakin meningkat cuma asma saya mungkin sedikit menyukarkan keadaan tetapi ia masih terkawal tanpa memerlukan alat bantuan pernafasan," katanya ketika dihubungi Bernama, hari ini.
Jackie merupakan atlet negara pertama disahkan positif COVID-19 selepas dipercayai dijangkiti menerusi bapanya yang turut disahkan positif dan kini sedang menjalani rawatan di hospital sama.
Dalam pada itu, Jackie berkata beliau perlu disahkan negatif dalam dua ujian yang dijalankan secara berturut-turut sebelum dibenarkan keluar daripada hospital selepas ini.
"Biasanya ujian dilakukan antara empat atau lima hari sekali bergantung kepada keadaan saya dan dengan dua keputusan negatif berturut-turut baru saya boleh dibenarkan pulang. Jadi saya hanya perlu banyak bersabar dan berdoa untuk dua ujian selepas ini.
"Kekuatan saya untuk terus bersabar dan melawan wabak COVID-19 ini adalah ahli keluarga yang menunggu kepulangan saya di rumah. Saya harap saya dan ayah segera sembuh dan kami boleh sama-sama pulang ke pangkuan keluarga," katanya.
Terdahulu, keputusan sampel ujian kali ketiga Jackie pada 28 Mac menunjukkan keputusan negatif, namun beliau terpaksa melupakan hasrat pulang ke rumah selepas ujian kali keempat pada 30 Mac didapati positif.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 14 2020
![COVID-19: Keputusan ujian terbaharu jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong positif COVID-19: Keputusan ujian terbaharu jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61584507764_JackieWong.jpg)
Jackie merupakan atlet negara pertama disahkan positif COVID-19 selepas dipercayai dijangkiti menerusi bapanya yang turut disahkan positif dan kini sedang menjalani rawatan di hospital sama. - Gambar fail/Foto Astro AWANI
![Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739396360_KuikChengChwee.jpg)
Dasar luar aktif, inklusif dan adaptif kunci Malaysia hadapi cabaran Trump 2.0 - IKMAS
Profesor Dr Kuik Cheng Chwee berkata dasar tidak memihak yang pasif tidak akan berkesan di bawah pentadbiran Trump.
![AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024 AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-12/41733218742_AirAsiaflight.jpg)
AirAsia bawa 63 juta penumpang dengan faktor beban 89 peratus pada tahun kewangan 2024
Angka itu berbanding 56.99 juta penumpang yang dibawa AirAsia semasa tahun kewangan 2023.
![48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM 48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739371731_RusminiKuAhmad.jpg)
48,000 murid Tahun Satu kini mampu membaca hasil Program Intervensi KPM
Menerusi program intervensi itu, guru-guru membantu murid Tahun Satu yang masih belum boleh membaca sehingga mereka mampu membaca, menulis dan mengira.
![Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739394985_Botnelayan.jpg)
Bot nelayan musnah terbakar dekat pelantar ikan Hutan Melintang
Kejadian tersebut berlaku sekitar jam 5.35 petang, bagaimanapun tiada mangsa dilaporkan terlibat.
![Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/61710219915_BazarRamadan.jpg)
Selangor pantau 244 bazar Ramadan, elak peniaga haram
Kerajaan negeri akan mengambil tindakan undang-undang terhadap mana-mana pihak yang berniaga secara haram di 244 bazar Ramadan di Selangor.
![MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/81739364988_Masis.jpg)
MASIS sasar tingkatkan keahlian untuk perkukuh rangkaian rakyat Malaysia di Singapura
MASIS menyasarkan peningkatan jumlah keahlian tahun ini bagi membina rangkaian rakyat Malaysia yang lebih kukuh dan pelbagai di Singapura.
![MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/51714149308_TBMohdKhalidHarun.jpg)
MATA perkenal platform inovatif IVT, ubah landskap pelancongan Malaysia
MATA memperkenalkan IVT, platform inovatif perintis yang mengubah cara ejen pelancongan dan pelanggan berinteraksi dalam masa nyata.
![Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/71738552691_TBbanjir.jpg)
Agensi KUSKOP tawar moratorium untuk usahawan terjejas banjir di Sabah, Sarawak
TEKUN Nasional menyediakan moratorium hingga tiga bulan sebagai kelonggaran kewangan membayar balik pembiayaan kepada usahawan di Sabah dan Sarawak yang terkesan dengan bencana banjir.
![Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2025-02/51739361007_NikNazmiPameranT.jpg)
Malaysia komited dasar sifar penggunaan plastik sekali guna - Nik Nazmi
Malaysia tidak akan berganjak dengan dasar sendiri untuk membimbing orang awam tentang risiko penggunaan plastik sekali guna.
Tumpuan Khamis – 13 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
![COVID-19: Keputusan ujian terbaharu jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong positif COVID-19: Keputusan ujian terbaharu jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong positif](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/http://img.astroawani.com/2020-03/61584507764_JackieWong.jpg)
COVID-19: Keputusan ujian terbaharu jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong positif
Jaguh baling tukul besi negara, Jackie Wong disahkan masih menghidap jangkitan COVID-19 selepas hampir sebulan menjalani tempoh pengasingan dan rawatan di Hospital Sibu, Sarawak sejak 16 Mac lepas.