JAKARTA: Kes baharu COVID-19 di Indonesia berterusan meningkat mendadak melepasi angka 50,000 kes, jumlah tertinggi direkodkan setakat ini.
Menurut data yang disiarkan di laman Twitter rasmi Badan Nasional Pengurusan Bencana Indonesia @BNPB_Indonesia pada Rabu, sebanyak 54,517 kes baharu direkodkan, menjadikan jumlah kes keseluruhan kini meningkat kepada 2,670,046 kes.
Sebanyak 991 lagi kematian direkodkan bagi tempoh 12 tengah hari Selasa hingga 12 tengah hari Rabu, menjadikan jumlah yang meninggal dunia akibat virus itu kini meningkat kepada 69,210 kematian.
Provinsi Jakarta mencatatkan jumlah tertinggi kes baharu iaitu sebanyak 12,667 kes, dengan 63 kes kematian bagi tempoh 24 jam.
Menurut kenyataan Polis Metro Jaya (Polis Jakarta), sebanyak 10 jalan utama memasuki kota Jakarta ditutup dan diadakan sekatan ketat bagi mengawal pergerakan orang ramai keluar dan masuk ke provinsi Jakarta.
Hanya yang memiliki surat kebenaran daripada pihak berkuasa sahaja dibenarkan keluar masuk.Pemerintah Indonesia sebelum ini menetapkan bermula 3 Julai lepas hingga 20 Julai ini, PPKM Darurat dikuatkuasakan di Pulau Jawa dan Bali.
BACA: Hampir separuh penduduk Jakarta dijangkiti COVID-19 - Kajian
Pada Selasa, Menteri Kewangan Indonesia, Sri Mulyani Indrawati dalam satu kenyataan berkata PPKM Darurat diperpanjangkan selama enam minggu lagi.
Antara peraturan PPKM Darurat adalah penutupan pusat-pusat membeli belah,penerapan 100 peratus bekerja dari rumah bagi sektor kurang penting, penutupan rumah-rumah ibadat, pembelajaran dari rumah sepenuhnya, larangan makan di restauran, kedai makan atau warung dan tempat-tempat atau pusat pelancongan dan rekreasi ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 14 2021

Deretan ambulans kelihatan di sebuah tanah perkuburan yang dikhususkan untuk pesakit COVID-19 yang meninggal dunia di Bekasi, pinggir Jakarta, Indonesia, 11 Julai, 2021. (Foto AP)

Manchester United bangkit ketinggalan dua gol ikat Everton di Goodison Park
Keputusan itu meneruskan persembahan tidak konsisten Manchester United nyaris dijinakkan Everton yang tampil lebih dominan.

Miki Ghazali tumbangkan lawan 10 tahun lebih tua
Adik kepada Mohammad Johan Ghazali itu menewaskan Said El Matador dari Maghribi yang berusia 25 tahun dengan aksi dominan.

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.

Pengantin perempuan ditampar mentua ketika salam minta restu
HARI bahagia seorang wanita ini bertukar duka setelah dia ditampar oleh ibu mentuanya pada hari pernikahan.

Tourism Perak sertai pameran pelancongan untuk tarik pelancong Indonesia
Pameran pelancongan itu berfungsi sebagai platform bagi agensi promosi pelancongan negeri untuk mempamerkan tawarannya yang pelbagai.

Bagaimana ASEAN boleh mengurangkan kebergantungan kepada dolar AS?
Penyelarasan transaksi rentas sempadana bukan sahaja mengurangkan kebergantungan ASEAN kepada Dolar AS, malah dapat tingkatkan perdagangan serantau, memperkukuh kestabilan ekonomi, dan menjadikan ASEA

Tindakan segera diperlukan di Indonesia, pastikan ruang digital selamat untuk kanak-kanak
Kandungan yang merangkumi keganasan fizikal dan lisan, unsur seksual, maklumat yang mengelirukan dan ucapan kebencian adalah berbahaya.

Lapan maut, empat kritikal selepas minum alkohol tulen di Indonesia
Lapan orang maut manakala empat lagi kritikal selepas meminum alkohol tulen dengan kepekatan 96 peratus di Cianjur, Jawa Barat.

Indonesia rancang had umur untuk platform digital, lindungi kanak-kanak
Indonesia sedang merangka peraturan baharu bagi melindungi kanak-kanak daripada risiko dalam talian, termasuk menetapkan had umur pada platform digital.

Pempengaruh media sosial diingatkan tidak keterlaluan hasilkan kandungan - Fahmi
Pempengaruh media sosial diingatkan untuk berpada-pada dan tidak keterlaluan dalam menghasilkan kandungan semata-mata bagi mendapatkan tontonan, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Gempa bumi sederhana landa Kepulauan Talaud, Indonesia
Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Kepulauan Talaud, Indonesia pada 9.16 malam tadi.

Indonesia tolak sebarang cubaan pindahkan penduduk Palestin secara paksa
Kementerian itu menegaskan, tindakan sedemikian menghalang realisasi penubuhan Negara Palestin yang bebas dan berdaulat seperti diimpikan.

Pembangunan IKN dipantau elak pembaziran kos, perlu fokus banyak projek lain - Menteri
Agus Harimurti Yudhoyono berkata, semua kementerian sedang membuat penyesuaian untuk mengelakkan pembaziran kos.