KOTA KINABALU: Kes positif baharu COVID-19 di Sabah kembali turun kepada dua angka iaitu 82 kes semalam selepas lebih seminggu merekodkan kes positif harian tiga angka.
Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sabah Datuk Masidi Manjun berkata angka semalam menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 56,992 kes dengan satu kematian di Tawau.
"Sebanyak 48 kes atau 58.5 peratus daripada jumlah kes baharu itu adalah berpunca daripada saringan kontak rapat; 13 kes (15.9 peratus) saringan bergejala, 14 kes (17.1 peratus) kluster sedia ada dan tujuh kes (8.5 peratus) lain-lain kategori," katanya dalam kenyataan di sini malam tadi.
Masidi yang juga jurucakap kerajaan negeri berkaitan COVID-19 berkata seramai 107 pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar dari hospital menjadikan jumlah kumulatif pesakit sembuh di Sabah sebanyak 55,361 orang.
Beliau berkata seramai 1,010 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 313 orang di hospital, 632 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah Awam manakala 65 lagi di Pusat Tahanan Sementara dan penjara.
BACA: COVID-19: Lagi daerah hijau di Sabah bertukar jadi zon kuning
Dalam pada itu, Masidi berkata enam daerah di Sabah dikategorikan dalam zon merah, empat daerah zon jingga, zon kuning (12 daerah) dan lima daerah zon hijau iaitu Tambunan; Tenom; Kota Marudu; Telupid serta Tongod.
Mengenai Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan peringkat negeri, Masidi berkata 51,787 orang telah menerima suntikan dos pertama manakala 42,178 orang telah melengkapkan kedua-dua dos.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 20 2021

Anggota Rela mengawal sepanjang perkampungan Maruntum Putatan di Kota Kinabalu berikutan tindakan kerajaan melaksanakan PKPD di kampung itu, 14 April, 2021. --fotoBERNAMA/Gambar fail

Dua kapal tentera laut Iran tiba di Malaysia untuk lawatan operasi
Dua kapal berkenaan ialah jenis Auxiliary, iaitu Ocean Liner-110-3 Shahid Mahdavi dan kapal kelas frigate IRINS Dena.
Pengerusi Ketua Turus bersama Amerika Syarikat ditamatkan perkhidmatan
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menamatkan perkhidmatan Pengerusi Ketua Turus Bersama Jeneral Charles Brown
Mayat didakwa Shiri Bibas tiba di institut forensik Tel Aviv
Mayat tebusan Israel yang didakwa sebagai Shiri Bibas tiba di Institut Forensik Abu Kabir di Tel Aviv pada awal pagi Sabtu untuk proses pengecaman rasmi.
Arab Saudi larang rekod siaran langsung solat Tarawih
Kerajaan Arab Saudi telah mengeluarkan larangan penggunaan kamera untuk merekod jemaah yang menunaikan solat Tarawih, termasuk siaran langsung sepanjang ibadah tersebut dijalankan.

Remaja maut, motosikal terbakar selepas bertembung kereta
Dalam kejadian jam 11.10 malam itu mangsa berusia 18 tahun meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah.
[TERKINI] Suspek cabul kanak-kanak di masjid direman tujuh hari
Lelaki berusia 19 tahun yang ditahan berhubung kes cabul kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor direman tujuh hari.

iPhone 17 dijangka guna cip WiFi dibangunkan Apple
Mengikut laporan terbaharu yang hadir ini, Apple dijangka menggunakan cip WiFi baharu mereka pada semua model iPhone 17 baharu tahun ini.

Spotify mula terima buku audio dijana AI
Buat masa ini, Spotify menerima buku audio janaan menggunakan ElevenLabs Voices.

Selepas disingkir, Mohalim dan Umarul umum bubar IKLIM
Jelas Mohalim, pembubaran IKLIM adalah jalan terbaik ketika ini memandangkan kemelut yang melanda (pemecatan) adalah sesuatu yang tidak sepatutnya berlaku dan di luar jangkaan.
Jejantas Tun Teja lonjak ekonomi setempat
Ikon pelancongan terbaharu Melaka, Jejantas Tun Teja sebagai pemangkin kepada perkembangan ekonomi peniaga kecil dan sederhana yang terdapat di sekitar kawasan berkenaan.

Kerajaan tanggung kerugian RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 - Dr Dzulkefly
Malaysia menanggung kerugian lebih RM185 juta akibat lebihan vaksin COVID-19 setakat 11 Jun lalu, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad.

Kertas Putih Kesihatan: Tanpa PICK, kes COVID-19 lebih 10 juta - KKM
Kerajaan Malaysia telah berjaya menguruskan pandemik COVID-19 menerusi pendekatan multi strategi.

KKM hargai penglibatan NGO bantu jayakan program vaksinasi
Inisiatif seperti program vaksinasi dari rumah ke rumah yang digerakkan NCSM membantu KKM menjayakan PICK.

'Kerajaan sementara' ini berjaya capai banyak perkara jangka masa panjang - Khairy
Kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan sementara ketika ini dilihat berjaya mencapai banyak perkara jangka masa panjang.

Hanya 4 kes AEFI serius babit kanak-kanak di Perak
Bagi remaja pula, sebanyak 23 kes dicatatkan dalam tempoh yang sama.

COVID-19: Kerajaan perlu pertimbang wajibkan dos ketiga
Langkah ini penting kerana jika tidak dilaksanakan ia boleh memberi masalah sistem kesihatan negara.

Vaksin COVID-19: 33.9 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap suntikan
Sejumlah 1,733,437 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

PICKids: 33 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap divaksin
Sejumlah 1,727,791 kanak-kanak berusia lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Vaksin COVID-19: PICKids berakhir hari ini, selepas ini perlu bayar
Pengecualian diberikan kepada kanak-kanak yang terpaksa membatalkan janji temu sebelum atau pada 31 Mei 2022, akibat jangkitan COVID-19.

Mahkamah Tinggi tolak saman pemula difailkan penuntut berhubung kesan vaksinasi
Hakim Datuk Amarjeet Singh, berkata Mahkamah Timbang Tara tiada bidang kuasa untuk mendaftarkan award semakan kehakiman.