KUALA LUMPUR: Peningkatan kes positif di Sabah sejak minggu lalu tidak menjejaskan fasiliti kesihatan yang ada di hospital-hospital kerajaan di negeri itu.
Jurucakap Kerajaan Sabah berkaitan COVID-19 Datuk Seri Masidi Manjun berkata, ini kerana lebih 90 peratus kes terdiri daripada kategori 1 (tidak bergejala) dan 2 (bergejala ringan).
"Fasiliti kesihatan untuk merawat kes positif COVID-19 di Sabah mencukupi kerana lebih 90 peratus kes positif dalam kategori 1 dan 2.
"Setakat ini, Hospital Queen Elizabeth (HQE) 1, akan digunakan khusus untuk merawat pesakit COVID-19," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Dalam laporan harian jangkitan kes pada Ahad, Sabah merekodkan 1,002 kes positif yang mana saringan kontak rapat menyumbang jumlah tertinggi iaitu 591 kes atau 59 peratus.
Tawau merekodkan 70 peratus kes menerusi saringan ini diikuti Kota Kinabalu dengan 63 peratus, Penampang (67 peratus) dan Sipitang (62 peratus).
“Data ini menunjukkan ruang atau kawasan penyebaran jangkitan COVID-19 semakin meluas dalam komuniti dan andaian ini diperkukuhkan lagi dengan jumlah peratusan yang tinggi.
“Atas fakta-fakta diperoleh daripada analisis data-data lapangan, KKM amat menganjurkan pematuhan secara total semua SOP bagi menghindar diri kita dijangkiti virus ini.
“Disiplin diri adalah komponen penjagaan kesihatan diri yang amat penting selain daripada keperluan mendapatkan vaksinasi yang lengkap,” tambahnya.
Justeru menurut Masidi, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) akan terus mempertingkatkan kadar vaksinasi melepasi 50,000 dos sehari di negeri itu selepas Sabah merekodkan 1,002 kes pada Ahad.
Menurutnya, kapasiti imunisasi yang maksimum serta bekalan vaksin yang cukup akan mampu membolehkan negeri itu mencapai imuniti kelompok dengan lebih cepat.
“Setiap hari kita berusaha meningkatkan kapasiti untuk memberikan vaksin kepada lebih ramai penduduk di Sabah.
“Kelmarin JKNS sudah mencatatkan 43,792 dos vaksin dan kita akan terus mempertingkatkan lagi keupayaan ini sehingga melepasi 50,000 dos sehari,” katanya lagi.
Syafik Shukri Jalil
Sun Aug 01 2021

Saringan kontak rapat terus kekal menyumbang jumlah tertinggi dengan 591 kes atau 59 peratus daripada jumlah keseluruhan dengan Tawau merekodkan 70 peratus kes atau 171. FOTO: BERNAMA

Usaha basmi miskin tegar akan dilipat ganda, lebih agresif - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa usaha membasmi kemiskinan tegar akan dilipatgandakan dan diteruskan dengan lebih agresif di seluruh negara.
AWANI Ringkas: Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

PBB suarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel di Tebing Barat
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menyuarakan kebimbangan mendalam terhadap serangan berterusan Israel ke atas bandar-bandar di Tebing Barat.
#AWANIRingkas 22 Februari 2025 | 9 PM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 malam, 22 Februari 2025
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
1️⃣ ADUN Ayer Kuning meninggal dunia
2️⃣ Ismail Sabri dimasukkan ke hospital
3️⃣ Aspek keselamatan stesen tren untuk OKU dikaji semula
#awaniringkas
AWANI 7:45 [22/2/2025] – Perlu Tambah Baik | Tingkat Keselamatan OKU | Taktik Unik | Ajal Di Padang Bola Sepak
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Syaff Shukri
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews
Tumpuan #AWANI745 malam ini
- PM akui menteri Kabinet tidak sempurna
- Kaji semua keselamatan OKU di LRT
- Sindiket seludup rokok beroperasi di tanah kubur
- Adun Ayer Kuning meninggal dunia
Saksikan #AWANI745 di saluran 501 Astro AWANI, Astro AWANI apps dan astroawani.com/live-tv
#AWANInews

AS akan kemukakan resolusi mengenai konflik Ukraine kepada Perhimpunan Agung PBB pada 24 Feb
Amerika Syarikat (AS) akan membentangkan resolusi "bersejarah" mengenai penyelesaian konflik di Ukraine kepada Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) pada 24 Feb.

Pihak berkuasa, pengurusan masjid diseru ambil tindakan proaktif jaga keselamatan jemaah
Pihak berkuasa dan pengurusan masjid perlu segera mengambil tindakan proaktif bagi menjaga keselamatan jemaah, terutama kanak-kanak.
Agenda AWANI Asia: Pembangunan AI untuk kebaikan manusia
Sejauh mana pembangunan teknologi AI seperti ChatGPT, DeepSeek dan terkini Grok-3 membantu kehidupan manusia dan memacu perkembangan industri?
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.
Diskusi dan analisis mengenai pembangunan teknologi dan penggunaan AI serta impak kepada perkembangan industri dalam Agenda AWANI Asia jam 9malam ini.

Thailand tegas banteras sindiket penipuan pusat panggilan dengan kerjasama serantau
Kerajaan Thailand kini memperkukuh kerjasama dengan negara jiran bagi menghapuskan operasi sindiket penipuan pusat panggilan rentas sempadan yang mengeksploitasi kelemahan sistem sedia ada.

ATC 2025: Nurul Izzah Izzati pecah rekod kebangsaan, mara ke separuh akhir
Nurul Izzah Izzati mencipta rekod kebangsaan baharu acara pecut individu pada pusingan kelayakan Kejohanan Berbasikal Trek Asia (ATC) 2025.

Kluster baharu libatkan kumpulan berisiko dikesan di Tuaran
Kluster melibatkan seorang pelajar wanita berumur 20 tahun yang sedang menjalani latihan praktikal.

COVID-19: 29 kluster institusi pendidikan masih aktif di Sabah
Jumlah itu tidak termasuk satu kluster yang ditamatkan pada Jumaat iaitu Kluster Jalan Terusan.

COVID-19: 4,794 kes positif di Sabah, dijangka terus meningkat
Sabah hari ini melaporkan pertambahan 4,794 kes positif COVID-19 dan negeri ini dijangka akan terus merekodkan kes positif harian yang tinggi dalam masa terdekat.

COVID-19: Kes positif saringan individu bergejala terus meningkat di Sabah
Sebanyak 232 daripada 476 kes positif COVID-19 dikesan menerusi saringan individu bergejala di Sabah.

COVID-19: Satu lagi kluster melibatkan institusi pendidikan dikesan di Sabah
Sejumlah 367 kes positif COVID-19 dilaporkan di Sabah pada Isnin dengan satu kluster institusi pendidikan melibatkan Kluster Lorong Api-Api dikesan di negeri itu.

COVID-19: 29 kes positif baharu di Sabah belum terima vaksin, 38 kes bawah 12 tahun
29 atau 11.3 peratus kes positif COVID-19 yang dilaporkan di Sabah hari ini melibatkan individu yang masih belum menerima suntikan vaksin.

COVID-19: Majlis keagamaan cetus satu kluster baharu di Sabah
Satu kluster baharu COVID-19 dikesan di daerah Kuala Penyu, Sabah dengan 24 kes positif dilaporkan termasuk empat kes baharu hari ini.

JKNS perkenal projek RAVO, perhebat vaksinasi outreach di Sabah
Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) melaksanakan projek Rapid Assessment and Vaccination Operation (RAVO) dalam usaha memperhebat program vaksinasi secara outreach di negeri itu.

Semua negeri capai 80 peratus bulan ini kecuali Sabah - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) yakin semua negeri di seluruh negara mampu mencapai unjuran 80 peratus penduduk dewasa divaksinasi pada bulan Oktober, kecuali Sabah.

Vaksin COVID-19: Ke mana 'menghilang' lebih 150,000 penduduk dewasa Sandakan?
Lebih 150,000 penduduk dewasa di Sandakan dilaporkan belum menerima suntikan vaksin COVID-19, setakat ini.