KUALA LUMPUR:Kementerian Kesihatan (KKM) menjelaskan ia telah mengambil semua langkah penting dalam menjangkakan beberapa unjuran yang dilakukan oleh pelbagai organisasi antarabangsa mengenai situasi pendemik COVID-19 di Malaysia.
Menterinya, Datuk Seri Dr Adham Baba dalam kenyataan semalam berkata pada fasa awal pandemik, JP Morgan dan Institut Penyelidikan Ekonomi Malaysia (MIER) meramalkan jumlah kes COVID-19 pada pertengahan April akan meningkat antara 5,000 dan 8,000 secara kumulatif.
Berikutan itu katanya, pelbagai intervensi kesihatan awam dilakukan menyebabkan bilangannya lebih rendah berbanding ramalan badan tersebut dan pada hakikatnya, jumlah kes yang dilaporkan hanyalah 4,987.
"Pada November, Imperial College United Kingdom mengunjurkan kes harian baharu yang dikesan di Malaysia antara 4,000 hingga 7,000 pada November dan Disember. Bagaimanapun dengan pelbagai intervensi yang dijalankan kerajaan, kes harian baharu hanya mencecah 1,000 hingga 2,000 sahaja," katanya.
Beliau berkata demikian sebagai respons kepada artikel berita, Putrajaya Bracing for the Worst as Lack of Beds, Manpower Threatens COVID Battle, yang disiarkan dalam portal berita semalam.
Dr Adham berkata baru-baru ini, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan (IHME), Amerika Syarikat mengunjurkan kes harian baharu akan mencecah 5,000 pada Februari 2021.
"Dalam menjangkakan ramalan ini, KKM sentiasa memantau dan meningkatkan pelbagai strategi, langkah dan intervensi. Kementerian telah meningkatkan kapasiti hospital dan mewujudkan lebih banyak Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah (PKRC).
"Selaras dengan itu, MAEPS 2.0 telah diwujudkan dengan kapasiti yang lebih tinggi untuk menampung peningkatan kes dengan penambahan katil sehingga 10,000," katanya.
Menurut Dr Adham, pada masa ini keadaan di Malaysia masih terkawal sementara KKM telah mempertingkatkan dan menyediakan pelbagai intervensi kesihatan awam serta memastikan kesiapsiagaan hospital dalam menjangkakan peningkatan jumlah kes seperti yang diramalkan IHME.
Setakat Rabu katanya, terdapat 25,456 katil secara keseluruhan bagi kes COVID-19 di hospital dan PKRC, dengan kadar penggunaan sebanyak 43 peratus manakala terdapat 871 katil di unit rawatan rapi (ICU) dengan penggunaan semasa 159 katil (18 peratus) bagi pesakit COVID-19.
Dr Adham juga berkata jumlah ventilator yang tersedia 1,581 dan daripada jumlah itu, 591 diperuntukkan untuk pesakit COVID-19 dengan penggunaan semasa 79 (lima peratus).
Bagi menangani keperluan petugas, beliau berkata pelbagai langkah telah diambil oleh kementerian seperti mobilisasi kakitangan di dalam negeri dan juga antara negeri dan memanfaatkan perkongsian awam-swasta, mendapatkan bantuan tambahan dari universiti dan sektor swasta dan lebih ramai pegawai kontrak diambil bekerja.
"Pengurusan pandemik ini merupakan pendekatan kerajaan sepenuhnya dengan kerjasama pelbagai agensi seperti Majlis Keselamatan Negara, Agensi Pengurusan Bencana Negara, Kementerian Dalam Negeri, Kementerian Sumber Manusia, Kementerian Pertahanan dan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Dec 24 2020

Dr Adham berkata baru-baru ini, Institut Metrik dan Penilaian Kesihatan, Amerika Syarikat mengunjurkan kes harian baharu akan mencecah 5,000 pada Februari 2021. - Gambar fail

ACC: Selamat datang! Azizulhasni Awang kini pengulas Astro Arena
Ia merupakan perasaan berbeza ketika beraksi sebagai atlet di dalam trek berbanding ketika melakukan ulasan di tempat duduk penonton.

Pemergian Ishsam kehilangan besar buat arena bola sepak negara - PBMM
Mohd Firdaus turut menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga Ishsam.

RUU Pembaharuan Semula Bandar dapat tingkatkan kualiti hidup pemilik - Exco P.Pinang
Kerajaan negeri melalui LPNPP telah mewujudkan Garis Panduan Pelaksanaan Pembaharuan Semula Bandar (Pembangunan Perumahan) pada 2022.

Paus Francis berehat selepas dimasukkan ke hospital - Vatican
Ketua Gereja Katolik berusia 88 tahun itu telah menerima rawatan di Hospital Gemelli di Rom selama seminggu.
10 Berita Pilihan - (22 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Ahad – 23 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.

Faizal Saari umum bersara daripada hoki antarabangsa
Namun, Faizal menegaskan akan terus beraksi untuk Terengganu dalam saingan MHL serta Piala Tun Abdul Razak.

Penantian berakhir, Selangor FC julang Piala Cabaran
Selangor FC menepati ramalan apabila meraih kemenangan bergaya dengan agregat 7-0 ke atas PDRM FC untuk julung kali menjulang Piala Cabaran.
China kesan satu lagi varian baharu Koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kepengerusian ASEAN-Malaysia mampu lonjak ekonomi negara
Kepengerusian ASEAN-Malaysia 2025 mampu melonjakkan keupayaan Malaysia sebagai destinasi pelaburan, pelancongan dan perdagangan.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.

Wabak kusta: KKM minta jangan terpengaruh dengan sumber tidak tepat
KKM meminta agar masyarakat tidak bimbang dan terpengaruh dengan sebarang spekulasi atau sumber tidak tepat berhubung wabak kusta di Kampung Orang Asli Chergun dan Guntur, Kuala Pilah.

Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini
Vaksin influenza percuma untuk warga emas di Melaka mulai hari ini

Vaksin influenza percuma untuk warga emas sakit kronik mulai 18 Feb - KKM
Warga emas, iaitu mereka yang berumur 60 tahun ke atas dan mempunyai sekurang-kurangnya satu penyakit kronik tersenarai, boleh mendapatkan vaksin influenza secara percuma bermula 18 Feb ini.

Pengharaman penuh industri vape di Malaysia bukan penyelesaian yang adil - Nanostix
Nanostix Innovations Sdn Bhd dalam satu kenyataan mahu kerajaan menekankan pertimbangan utama bagi memastikan pelaksanaan yang lebih seimbang.

Pengendali makanan di tapak pesta perlu dapatkan suntikan antitifoid - KKM
Semua pengendali perlu dipastikan menghadiri Latihan Pengendali Makanan (LPM) di Sekolah Latihan Pengendali Makanan (SLPM) yang diiktiraf.

Tiada trend peningkatan influenza, tiada kes selesema burung - KKM
Malaysia tidak menunjukkan trend peningkatan kes influenza dan tidak merekodkan sebarang kes selesema burung (avian influenza) dalam kalangan manusia, demikian menurut Kementerian Kesihatan (KKM).