KOTA KINABALU: Satu kluster baharu melibatkan daerah Kunak dan Lahad Datu dikesan di Sabah pada Rabu.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Datuk Seri Masidi Manjun, kluster yang diberi nama Kluster Madai itu mencatatkan jumlah kumulatif 30 kes positif COVID-19 setakat ini.
Daripada jumlah itu, 12 kes dicatatkan di Lahad Datu dan 18 kes di Kunak.
"Kes indeks merupakan pekerja pasar raya di Lahad Datu yang dikesan positif dalam saringan bergejala pada 4 April. Saringan kontak rapat pada 8 April mendapati 11 rakan serumah juga positif.
"Berdasarkan penelitian, kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada ibu mertua yang telah melakukan rentas daerah ke Kunak bagi menzarahi anaknya iaitu guru di SMK Madai.
"Guru tersebut disahkan positif oleh pusat kesihatan di Kunak pada 9 April," katanya.
Susulan kes itu, saringan kedua terhadap semua guru dan pelajar di SMK Madai dijalankan pada 20 April, selepas saringan pertama pada 10 April gagal mengesan sebarang kes.
Daripada saringan tersebut, lima pelajar asrama didapati positif COVID-19, katanya.
"Turut dikesan, dua kes melibatkan ahli keluarga pelajar asrama (pelajar pulang asrama).
"Saringan sampel kedua yang dijalankan pada 27 April mengesahkan enam pelajar asrama SMK Madai positif RTK-Ag," jelas beliau lagi.
Dalam pada itu, saringan tempat kerja (SMK Madai) mengesahkan satu kes positif, sementara saringan bergejala merekodkan empat kes baharu di hospital di Kunak pada 18 April lepas.
Aktiviti saringan dan kawalan masih giat dijalankan.
Sementara itu, Masidi yang juga jurucakap COVID-19 bagi negeri itu berkata Sabah pada Rabu mencatatkan pertambahan 87 kes positif COVID-19 baharu.
Daripada jumlah itu, sebanyak 51 kes adalah berpunca dari saringan kontak rapat, 14 kes saringan bergejala, 18 kes dari kluster baharu dan sedia ada, serta empat kes dari lain-lain kategori.
Tiga daerah dengan pertambahan kes baharu tertinggi ialah Kunak (19 kes), Kota Kinabalu (17) dan Tawau (16).
Eleanor Michelle Patrick
Wed Apr 28 2021
MASIDI: Kes indeks dipercayai mendapat jangkitan daripada ibu mertua yang melakukan rentas daerah ke Kunak bagi menzarahi anaknya iaitu guru di SMK Madai. - Gambar fail
Industri seks bukan produk pelancongan direstui kerajaan Thailand
Sebaliknya, kerajaan negara gajah putih itu lebih berminat menawarkan produk pelancongan berkaitan sejarah, budaya, warisan serta tempat-tempat menarik kepada pelancong asing.
Gencatan senjata: 32 rakyat Palestin dari Tebing Barat dibebaskan
Ramai daripada tahanan yang dibebaskan dilihat berada dalam keadaan kesihatan yang lemah, dengan ada yang hampir tidak dapat berjalan.
Pelaksanaan gaji RM1,700 perlu dipantau secara holistik
Presiden Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed Shafie BP Mammal, ini kerana masih wujud aduan daripada pekerja berhubung pemotongan elaun oleh syarikat selepas pengumuman kerajaan mengenai gaji minimum.
Menteri luar negara arab tolak cadangan Trump
Para menteri luar negara Arab pada Sabtu menolak cadangan pemindahan warga Palestin dari tanah mereka dengan apa juga alasan.
Tumpuan Ahad – 2 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Jumlah mangsa di Sabah, Sarawak menurun malam ini
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Sarawak menurun dan beberapa pusat pemindahan sementara (PPS) ditutup setakat 8 malam ini.
13 penuntut universiti beri keterangan pada Ahad
Seramai 13 penuntut universiti telah diberikan pemakluman untuk hadir memberi keterangan esok bagi membantu siasatan berhubung penganjuran Himpunan Rakyat Benci Rasuah di hadapan sebuah pusat beli-belah terkemuka di sini pada Sabtu lepas.
Pengurusan taman tema akan dipanggil, jawab beberapa persoalan - Amirudin
Amirudin berkata, pertemuan berkenaan adalah untuk menjawab beberapa persoalan berbangkit, antara lain membabitkan isu keselamatan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Februari 2025.
Kanak-kanak Australia pemegang rekod dunia ‘lompatan’
Usianya baru 12 tahun, namun pencapaian yang dimilikinya bukan calang-calang.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
Minatnya untuk 'melompat' hanya sekadar hobi pada mulanya. Siapa sangka rekod 'lompatannya' membolehkan kanak-kanak autime ini, kini pemegang rekod dunia.
170 kes kolera direkod di Angola
Dalam tempoh 24 jam lepas, tiga kematian akibat kolera dan 51 kes baharu telah dilaporkan.
Polis kesan tujuh kes guna dron edar dadah masuk penjara
Penggunaan dron untuk tujuan mengedar dadah di dalam penjara dikesan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
Varian COVID-19 JN.1 kini menular di AS
Varian baharu COVID-19 JN.1 kini merebak dengan pantas di AS sekali gus menjadi penyumbang kepada kes baharu di negara terbabit.
Vietnam rekod 13 kes cacar monyet
Bandar Ho Chi Minh di selatan Vietnam melaporkan empat lagi kes cacar monyet, menjadikan jumlah jangkitan di bandar itu kepada 13 setakat Isnin, lapor media tempatan.
COVID-19: 223 kes baharu, tiada kematian dicatat
9,380 kes aktif dilaporkan pada Sabtu dan daripada jumlah itu, 9,077 kes atau 96.8 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 251 kes baharu, tiada kematian dicatat
9,350 aktif dilaporkan pada Jumaat dan daripada jumlah itu, 9,012 kes atau 96.4 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 279 kes baharu, tiada kematian dicatat
Sejumlah 9,296 kes aktif dilaporkan pada Khamis dan daripada jumlah itu, 8,964 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 235 kes baharu, satu kematian dicatat
Sejumlah 9,253 kes aktif dilaporkan pada Rabu dan daripada jumlah itu, 8,916 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 170 kes baharu, tiada kematian dicatat
Kes aktif adalah sebanyak 9,239 kes di mana 8,934 kes atau 96.7 peratus pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.
COVID-19: 244 kes baharu, lima kematian dicatat
Kes aktif yang dilaporkan pada Khamis meningkat sedikit kepada 9,256 dengan 8,896 pesakit sedang menjalani kuarantin di rumah.