KOTA KINABALU:Kes di Kluster Rumah Merah di Sabah mencatatkan peningkatan mendadak dengan 111 kes baharu positif COVID-19 pada Sabtu.
Menurut Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan, Datuk Seri Masidi Manjun, peningkatan tersebut direkodkan hasil saringan yang telah dilaksanakan ke atas dua blok pusat tahanan sementara (PTS) Menggatal.
Bilangan kes dijangka akan terus meningkat untuk tempoh beberapa hari lagi. Ini disebabkan PTS berkenaan mempunyai 10 blok dengan jumlah keseluruhan 1,706 orang tahanan.
Jelasnya lagi, peningkatan drastik itu turut menyumbang kepada kes baharu di Sabah menjadikan jumlah keseluruhan yang direkodkan hari ini adalah 529 kes.
Sementara itu bagi menampung beban tugas barisan hadapan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah menambah bilangan jururawat dan pegawai perubatan.
"Dalam usaha kerajaan membantu membendung wabak COVID-19 di Sabah, KKM telah menghantar seramai 128 orang jururawat kontrak dan telah melapor diri ke Jabatan Kesihatan Negeri Sabah dan sedang menjalani latihan sebelum mula bertugas.
"Manakala, sembilan orang pegawai perubatan dari Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan dan Terengganu juga telah tiba di Sabah pada hari ini," ujarnya.
Tambah Masidi, biarpun terdapat penambahan drastik, terdapat pengurangan kes di beberapa daerah yang diletakkan di zon merah.
Berbanding Jumaat, bilangan zon merah berkurang kepada 16 daerah pada Sabtu dengan Beaufort diletakkan semula di zon kuning bersama sembilan daerah lain.
"Tiada kematian dicatatkan pada hari ini dan jumlah kumulatif kes COVID-19 di negeri ini sebanyak 15,048 kes.
Pada hari ini juga seramai 3,393 pesakit sedang menerima rawatan iaitu 654 orang di hospital dan 2,739 orang di Pusat Kuarantin dan Rawatan Berisiko Rendah (PKRC)," ujarnya.
Syah Hairizal Kamalul Arifin
Sat Oct 31 2020

Kluster Rumah Merah di Sabah mencatatkan peningkatan mendadak dengan 111 kes baharu positif COVID-19 pada Sabtu. - Gambar fail

Sultan Selangor terima zakat perniagaan anak syarikat negeri RM13.2 juta
Sultan Sharafuddin berkenan menerima zakat perniagaan berjumlah lebih RM13.2 juta daripada enam anak syarikat kerajaan negeri, pada Isnin.

Negara perlu lebih ramai wanita dalam bidang politik - ADUN KKB
Penyertaan wanita penting dalam membawa perspektif yang lebih inklusif dalam perbincangan dan mesyuarat sesebuah parti politik.

Seorang maut, beberapa individu cedera dalam insiden kereta rempuh pejalan kaki di Mannheim, Jerman
Pihak berkuasa belum mengesahkan sama ada insiden itu diklasifikasikan sebagai serangan pengganas.

Turkish Airlines perkenal laluan Phnom Penh menjelang akhir tahun
Turkish Airlines akan memulakan penerbangan ke ibu negara Kemboja, Phnom Penh mulai 10 Disember.

Lelaki lengan emas Australia yang selamatkan 2.4 juta bayi meninggal dunia
James Harrison yang telah menderma plasmanya lebih daripada 1,100 kali meninggal dunia pada usia 88 tahun.

Kebakaran hutan terbesar Jepun dalam dekad ini, kediaman di Iwate dalam bahaya
Kebakaran hutan besar di timur laut Jepun terus merebak pada Isnin dengan lebih 2,100 hektar musnah sejak minggu lepas.

Festival Makanan Ramadan ASEAN Putrajaya tampilkan hidangan serantau
Raikan kepelbagaian budaya ASEAN melalui keunikan tradisi kulinari sekali gus menyatukan masyarakat dalam semangat perpaduan.

Forum Antarabangsa Astana 2025 tumpu dialog kritikal mengenai isu global dan keutamaan
Forum itu antara lain akan meneroka penyelesaian praktikal terhadap cabaran dunia dalam suasana ketidaktentuan dan polarisasi global.

EU salur AS$70.9 juta untuk tangani krisis Rohingya
Dana itu akan diguna untuk membantu komuniti tuan rumah di Bangladesh serta penduduk yang terjejas akibat keganasan di Rakhine, Myanmar.

CAAM bakal lancar peraturan sistem pengurusan trafik UAS baharu suku keempat 2025
Peraturan itu merupakan satu langkah besar dalam usaha negara menangani peningkatan permintaan bagi teknologi dan industri UAS yang semakin pesat membangun.

KKM ambil langkah agresif tangani isu inflasi perubatan
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata perkara itu akan dapat ditangani dalam waktu terdekat.

PBT dicadang papar nombor kecemasan di bazar Ramadan - Dr Dzulkefly
PBT dan pengurusan bazar diingatkan supaya memastikan kemudahan kecemasan dapat diakses segera jika berlaku kejadian tidak diingini.

Jururawat berhenti: Ramai ingin berkhidmat di negeri sendiri - Lukanisman
Penempatan sebahagian jururawat yang tidak dihantar bertugas ke negeri asal adalah antara faktor penyebab mereka memilih meninggalkan perkhidmatan dengan Kementerian Kesihatan (KKM).

KKM perluas aktiviti pemantauan jualan makanan di hotel sepanjang Ramadan
Ia bagi memastikan semua pihak terlibat mematuhi piawaian kebersihan dan keselamatan ditetapkan sepanjang bulan Ramadan ini.

Kusta: 'Penduduk yang belum buat saringan perlu lakukan segera' - MB
Penduduk Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan Guntur di Kuala Pilah yang masih belum membuat saringan kesihatan susulan jangkitan penyakit kusta, diminta berbuat demikian dengan segera.

KKM sasar turunkan prevalens bantut kepada 14.2 peratus menjelang 2030
Kementerian Kesihatan (KKM) meletakkan sasaran untuk menurunkan prevalens pertumbuhan terbantut bagi kanak-kanak berusia bawah lima tahun kepada 14.2 peratus menjelang 2030.

Kusta: 368 penduduk jalani ujian saringan
Kerajaan memberi jaminan bahawa rawatan bagi pesakit kusta adalah berkesan dan tidak perlu dilakukan sebarang langkah kuarantin.

Kusta: Tiada vaksin, tangani dengan amalan kebersihan dan penjagaan kesihatan
Penyakit kusta tiada vaksin khusus dan merebak melalui titisan udara. Pencegahan terbaik adalah dengan menjaga kebersihan diri serta kesihatan yang baik.

Situasi kusta di Kuala Pilah terkawal, pesakit tidak perlu lagi diasing - KKM
KKM memberi jaminan situasi kusta di Kuala Pilah dalam keadaan terkawal dan pesakit kusta tidak perlu diasingkan susulan terdapat rawatan berkesan bagi penyakit itu.

Penyakit kusta: PKD ambil langkah proaktif, lakukan pencegahan awal
PKD melakukan pencegahan awal terhadap penyakit kusta menerusi saringan dan pemeriksaan terhadap penduduk di Kampung Orang Asli (KOA) Chergun dan KOA Guntur di sini, sejak Ogos lepas.