LABUAN: Labuan telah melaksanakan vaksinasi secara pandu lalu semalam bagi mempercepat program imunisasinya ke arah mencapai imuniti kelompok menjelang akhir bulan ini.
Pengarah Jabatan Kesihatan Labuan Dr Ismuni Bohari berkata buat masa ini, lokasi pelaksanaan vaksinasi secara pandu lalu itu, yang terletak di ruang letak kereta Universiti Malaysia Sabah Kampus Antarabangsa Labuan (UMSKAL), adalah terhad kepada penerima suntikan dos kedua vaksin jenis Pfizer-BioNTech.
"Kami menjangkakan ramai yang akan hadir mulai 8 Julai ini kerana kebanyakan penerima dos pertama harus mendapatkan suntikan kedua mereka sehampir mungkin dengan sela masa tiga minggu seperti yang disyorkan," katanya kepada Bernama di tapak pelancaran vaksinasi itu di sini semalam.
Beliau berkata pelaksanaan vaksinasi secara pandu lalu itu adalah dengan kerjasama UMSKAL, Majlis Perwakilan Penduduk da Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan.
Dr Ismuni juga berkata Labuan telah memberikan vaksin kepada 55,572 orang atau 81.1 peratus daripada 68,500 populasi dewasa yang layak di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan setakat Isnin dengan 18,019 telah menerima dos kedua mereka.
Beliau berkata pembukaan tiga pusat pemberian vaksin (PPV) di Kolej Matrikulasi Labuan pada 17 Jun, Taman Mutiara Blok L (22 Jun) dan Dewan Foo Chow (29 Jun), sebagai tambahan kepada dua pusat sedia ada di Dewan Darul Kifayah dan Dewan Sri Labuan telah meningkatkan jumlah vaksinasi di antara 900 hingga 1,100 dos sehari kepada lebih 3,000 dos sehari sejak dua minggu lepas.
Dr Ismuni berkata vaksinasi secara jumpa terus itu yang pertama kali dijalankan di Kolej Matrikulasi Labuan menyaksikan lebih 1,000 orang divaksin setiap hari dan langkah itu yang kemudian dipanjangkan ke Dewan Sri Labuan, telah banyak membantu pelaksanaan vaksinasi di wilayah persekutuan meskipun terdapat peningkatan jumlah kes serta kematian dalam tempoh beberapa minggu kebelakangan ini.
Beliau turut mengaitkan pencapaian itu dengan kerjasama rapat yang dijalin antara ahli Jawatankuasa Pengurusan Bencana Labuan dan penduduk setempat.
Labuan turut menyaksikan peningkatan jumlah orang ramai yang mendaftar untuk vaksinasi melalui aplikasi MySejahtera dengan 85.3 peratus populasi dewasa mendaftar setakat semalam berbanding 40.8 peratus pada 1 Jun.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jul 07 2021

Dr Ismuni (kiri) memberi suntikan vaksin kepada kumpulan penerima terawal pada pelancaran PPV pandu lalu di UMSKAL, Labuan, 6 Julai, 2021. --fotoBERNAMA

Umat Islam harus bina kekuatan ekonomi, kuasai AI dan digital - PM Anwar
Dalam menghadapi persaingan dunia yang sengit dan mencabar, umat Islam perlu merangkul usaha untuk membina kekuatan ekonomi serta menguasai kecerdasan buatan (AI) dan teknologi digital.
Satu juta mahasiswa akan terima pelaburan awal percuma
Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata seramai satu juta mahasiswa akan menerima pelaburan awal percuma RM50 menerusi program Celik MADANI.
Denggi: Peningkatan kes di Filipina pada kadar membimbangkan
Jabatan kesihatan memberi amaran peningkatan suhu dan cuaca yang tidak menentu mewujudkan persekitaran pembiakan yang ideal untuk nyamuk, memburukkan lagi keadaan.
PM Thailand arah tindakan keras terhadap e-rokok
Perdana Menteri Thailand Paetongtarn Shinawatra telah mengarahkan tindakan keras menyeluruh terhadap rokok elektronik, memberi amaran bahawa mana-mana pegawai yang didapati bersubahat akan berdepan tindakan tegas.
Pesawat American Airlines dilencong ke Rom susulan ancaman bom
Penerbangan 292 berpatah balik menuju ke Lapangan Terbang Fiumicino, Rom ketika berada di ruang udara laut Caspian, dengan diiringi dua pesawat Eurofighter tentera udara Itali bagi memastikan pendaratan selamat.
Pilihan Raya Jerman: Kepimpinan Olaf Scholz disifatkan 'malapetaka'
Ramai berpendapat keputusan pilihan raya pada Ahad memperlihatkan kekuatan parti Christian Democratic Union of Germany (CDU), pimpinan calon canselor, Friedrich Merz, namun tidak kurang juga mendakwa keputusan itu meragukan.
[TERKINI] Roberta Flack, penyanyi lagu 'Killing Me Softly With His Song', meninggal dunia
Pemilik suara emas bagi lagu malar segar, The First Time Ever I Saw Your Face dan Killing Me Softly With His Song, Roberta Flack, meninggal dunia pada pagi Isnin.
Malaysia perluas bantuan ke Baitulmaqdis - Anwar Ibrahim
Anwar berkata bantuan menerusi instrumen wakaf akan dilaksanakan selaras permohonan Imam Masjid Al- AQSA Sheikh Dr Ekrima Sa'id Sabri yang mahu negara ini membantu kemajuan di Baitulmaqdis
17 sekolah baharu dijangka mula operasi tahun ini - Fadhlina
17 sekolah tersebut merangkumi lapan sekolah rendah dan sembilan sekolah menengah membabitkan Selangor, Melaka, Johor, Kelantan, Terengganu, Sabah dan Sarawak.
RUU Pindaan Perlembagaan, Perkhidmatan Parlimen dibentang bacaan pertama
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said yang membentangkan RUU itu berkata bacaan kedua bagi kedua-dua RUU berkenaan akan dibuat pada sidang kali ini.

Jemaah haji diingat dapatkan vaksin COVID-19
Jemaah haji berumur 65 tahun ke atas serta mereka yang dikategorikan sebagai berisiko tinggi diingatkan untuk mendapatkan vaksin COVID-19.

Bakal haji berisiko tinggi diwajib ambil suntikan vaksin COVID-19, influenza
Semua bakal haji diwajibkan menerima suntikan vaksin Meningococcal manakala vaksin COVID-19 dan influenza pula, diwajibkan kepada kumpulan sasar.

Bekas penumpang Diamond Princess kenang 5 tahun wabak COVID-19
Bekas penumpang kapal persiaran Diamond Princess pada Isnin meletakkan bunga di Pelabuhan Yokohama bagi mengenang 13 orang yang meninggal dunia akibat wabak COVID-19 di atas kapal itu.

50 tahun hubungan Malaysia-Cuba catat pencapaian bersejarah untuk perkongsian lebih mendalam
Duta Cuba ke Malaysia Florentino Batista Gonzalez menyifatkan ulang tahun diplomatik sebagai pencapaian bersejarah untuk memperkukuh perkongsian dalam bidang utama seperti bioteknologi.

Hina Agong: Iswardy Morni didenda RM5,000
Mahkamah Sesyen di sini hari ini mendenda seorang aktivis RM5,000 kerana menyiarkan kenyataan berbaur hasutan dan menghina Yang di-Pertuan Agong di laman Facebooknya empat tahun lepas.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Perbelanjaan pelancong asing ke Jepun, catat rekod tertinggi pada 2024
Jumlah pelancong asing ke Jepun mencecah lebih 36 juta orang pada 2024, mencatat rekod baharu, manakala perbelanjaan mereka melebihi 8 trilion yen (US$50.8 bilion) buat kali pertama.

Jepun catat 70 juta kes COVID-19, 130,000 kematian sepanjang lima tahun
Berdasarkan populasi Jepun sekitar 120 juta, sekurang-kurangnya 73 juta orang dipercayai telah dijangkiti, minimum sekali.

Sarawak tingkat usaha dapatkan pembiayaan sektor transformasi tenaga - Abang Johari
Sarawak akan meningkatkan usaha mendapatkan pembiayaan projek transformasi tenaga pada tahun ini bagi mencapai kapasiti tenaga bersih sebanyak 10 gigawatt (GW) dan 15GW menjelang 2035.

Pengalihan kubur di Selat Klang: Kerajaan negeri runding dengan ECRL taja kepuk, batu nisan - Exco
Kerajaan Negeri dalam proses perundingan dengan ECRL bagi tujuan penajaan kepuk dan batu nisan baharu susulan berakhirnya proses pengalihan 90 plot kubur di Tanah Perkuburan Islam Selat Klang.