PUTRAJAYA: Setakat Julai, lebih RM173.4 juta telah diperuntukkan oleh kerajaan dalam program Bantuan Bakul Makanan di bawah pelbagai pakej rangsangan termasuk Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH).
Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata inisiatif yang sedang digerakkan itu dijangka memanfaatkan lebih 9.26 juta penerima dengan keseluruhan jumlah bakul makanan dianggarkan sebanyak 2.3 juta.
Jelas beliau, kerajaan terus menzahirkan keprihatinan dalam meringankan beban golongan yang terkesan akibat COVID-19.
"Saya nak maklumkan bantuan yang telah pun disalurkan dalam bentuk bakul makanan sehingga bulan Julai ialah bantuan bakul fasa pertama sebanyak RM22 juta.
"Ini pihak kementerian telah mengeluarkan sebanyak 220,000 bakul dengan 880,000 orang telah menerima. Setiap kotak bakul bernilai hampir RM100.
"Kemudian ada lagi inisiatif bantuan bakul fasa dua hingga lima yang diuruskan oleh NADMA dengan peruntukan RM34.6 juta (929,091 bakul) dan yang telah menerimanya seramai 3,716,464.
"Kemudian bantuan bakul makanan di bawah PERMAI, PEMERKASA, dan PEMULIH bernilai RM50 juta.
"Jadi, kita telah menguruskan 500,000 bakul dan ini masih berterusan," katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.
Perdana Menteri berkata demikian selepas membuat tinjauan ke pusat penyimpanan dan agihan Bakul Prihatin Negara di Kompleks Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), di sini.
Hadir sama Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Mohd Harun.
Selain itu, Perdana Menteri berkata peruntukan tambahan sebanyak RM300,000 turut disalurkan pada 1 Julai lalu di bawah pakej PEMULIH, menjadikan keseluruhan peruntukan sebanyak RM66.6 juta bagi pakej berkenaan.
Dalam perkembangan sama, Muhyiddin berkata kerajaan turut melaksanakan inisiatif terbaharu dikenali sebagai Bakul Prihatin Negara yang merupakan kerjasama strategik berkonsepkan 'whole of society' melibatkan kerajaan dan syarikat korporat.
Bagi menjayakan inisiatif itu, Perdana Menteri hari ini turut menerima sumbangan bernilai RM16 juta daripada lima syarikat korporat.
Sumbangan tersebut diberikan oleh Yayasan Petronas bernilai RM5 juta, AEON (RM4 juta) serta Pharmaniaga Bhd (RM3 juta).
Selain itu, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Telekom Malaysia (TM) masing-masing menyumbang sebanyak RM2 juta.
Perdana Menteri berkata, sebanyak RM5 juta lagi turut telah diperuntukkan kepada Bakul Prihatin Negara, menjadikan jumlah sumbangan yang diterima untuk inisiatif itu setakat ini ialah RM21 juta.
Ia akan diuruskan oleh Yayasan Kebajikan Negara (YKN) di bawah KPWKM.
Orang ramai yang ingin mendapatkan bantuan Bakul Prihatin Negara boleh menghubungi Bilik Gerakan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di 108 daerah di seluruh negara, Talian Kasih di 15999 atau Whatsapp ke nombor 019-2615999.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 15 2021

Muhyiddin melihat barang-barang keperluan asas semasa meninjau penyediaan Bakul Prihatin Negara di Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat. - Gambar BERNAMA
InRealty: LBS Memacu Pembangunan Hartanah Lestari
LBS mengekalkan amalan lestari di dalam setiap pembangunan projek hartanah.
APMM tahan tujuh lelaki Indonesia ceroboh pelantar
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Terengganu menahan tujuh lelaki warga Indonesia yang menceroboh pelantar minyak tidak berpenghuni di Lapangan Tembikai di kedudukan 77 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu, semalam. #AWANInews
KPM pantau penjaja di luar premis sekolah - KP Pendidikan
Isu penjaja di luar kawasan sekolah akan dipantau ketat oleh Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) bagi menjamin keselamatan murid. #AWANInews
Cuba cabul kanak-kanak di masjid, polis tahan remaja 19 tahun
Polis telah menahan seorang suspek lelaki warga tempatan berusia 19 tahun berkaitan kes cubaan merogol kanak-kanak di sebuah masjid di Batang Kali, Hulu Selangor. #AWANInews
Dialog Anak Muda: Pindaan akta untuk berhimpun
Apa sebab Akta Perhimpunan Aman 2012 perlu ditambah baik? Bagaimana pindaan baharu Akta 736 ini boleh memenuhi keseimbangan kebebasan bersuara dan soal keselamatan negara? Dialog Anak Muda, 8.30 malam ini.
AWANI Sabah+: Keindahan Sabah menggamit pelancong asing
Peningkatan ketibaan pelancong dari tahun ke tahun ke Sabah telah menjana perbelanjaan pelancongan yang mencecah lebih RM5 billion pada tahun 2024 dan ia dijangka meningkat dengan pelbagai penambahbaikan yang memberi tumpuan kepada pemeliharaan warisan dan alam sekitar.
NASA kurangkan risiko impak Asteroid 2024 YR4 kepada 0.28 peratus
Nasa mengurangkan lagi kemungkinan impak daripada Asteroid 2024 YR4 ke Bumi pada 22 Disember 2032, kepada 0.28 peratus, menurut jangkaan terbaru NASA pada Khamis.
MARA sasar RM50 juta kutipan wakaf MARA MADANI - Asyraf Wajdi
Majlis Amanah Rakyat (MARA) menyasarkan kutipan dana Wakaf MARA MADANI berjumlah RM50 juta menjelang hari pelancarannya pada 15 Mac ini.
HUAWEI MatePad Pro 13.2, tablet OLED terbesar dengan prestasi PC
HUAWEI melancarkan HUAWEI MatePad Pro 13.2-inci, tablet flagship dengan paparan OLED Flexible PaperMatte Display pertama dalam industri, menawarkan pengalaman produktiviti dan kreativiti yang lebih maju.
Kedai karpet di Nilai 3 terbakar, peniaga rugi RM30 juta
Pemilik kedai karpet yang terbakar di Nilai 3 menganggarkan mengalami kerugian hampir RM30 juta selepas stok bagi jualan Aidilfitri turut musnah dalam kejadian itu.

Bakul makanan: Serampang dua mata tangani keganasan domestik - Rina Harun
Hasil daripada pemberian bakul makanan menemukan pelbagai isu yang perlukan pemerhatian dan intervensi KPWKM.